Album All Your Love (2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



All Your Love (bahasa Melayu: Segala Cintamu) merupakan album studio ke-15 dan album Inggeris sulung penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan secara digital pada 16 September 2011dan secara fizikal pada 26 September 2011 dan diterbitkan oleh What’s Up Entertainment, yang dimiliki dan diuruskan oleh anak tirinya, Adib Khalid. Semua lagu-lagu di dalam album ini telah ditulis dan diterbitkan oleh dua komposer Australia, Bryan Bouro dan Christian Alexanda.

Menerusi lagu "Remember You" dan "I’ll Wait Forever", beliau bekerjasama dengan Sean Kingston dan Christian Alexanda. Proses rakaman dan pembikinan album ini dilakukan pada lewat Januari 2011 dengan rakaman suara untuk semua 10 lagu yang mengambil masa dua minggu di Kuala Lumpur, manakala proses adunan dan mastering dilakukan di beberapa studio rakaman di Australia dan Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Single pertama album ini, "Falling In Love" telah dilancarkan dan dipromosikan pada 9 Julai 2012, di mana beliau menyanyikan lagu ini untuk salah satu konsert promosinya untuk rangkaian kosmetik dan produk kecantikannya, SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia juga dipersembahkan secara langsung sekali lagi seminggu kemudian di Anugerah Industri Muzik ke-10. Sehingga Mac 2012, album ini telah terjual sebanyak 70, 000 unit samada dalam bentuk digital dan fizikal.

..................................................................................



Latar Belakang

Dalam satu temu bual semasa Minggu Setiausaha pada Mac 2011, Siti mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan album Inggeris sepenuhnya, dengan enam daripada 10 trek telah dirakamkan seawal akhir bulan Januari tahun yang sama.

Buat pertama kali, beliau bekerja di bawah pengurusan What's Up Entertainment, yang dimiliki oleh anak tirinya, Adib Khalid yang hanya baru berusia 21 tahun. Ditulis dan diterbitkan sepenuhnya oleh Christian Alexanda dan Bryan Bouro, semua trek telah diadun dan menjalani proses 'mastering' di pelbagai studio, termasuk studio mixHaus di Los Angeles, Oasis Mastering di Burbank, California dan Whyte Hype Studios di Perth, Australia.

Idea di sebalik album itu bermula apabila Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melawat syarikat rakaman anak tirinya, What's Up Entertainment, dan menyatakan minat terhadap dalam mempunyai beberapa lagu yang ditulis oleh Alexanda (artis rakaman di bawah pengurusan Adib). Dalam masa kurang daripada dua bulan, Alexanda selesai menulis 10 lagu untuk Siti, beliau dan Bouro memantau sebutan bahasa Inggeris Siti sepanjang proses rakaman di samping mengekalkan identiti "Suara Asia". Selain trek solo, All Your Love juga menampilkan vokal dari Alexanda, dalam "I'll Wait Forever", serta Sean Kingston, yang ditampilkan di dalam trek akhir album, "Remember You". Beberapa pertimbangan diberikan kepada penampilan Pitbull menerusi album, tetapi oleh kerana masalah kewangan idea itu digugurkan.

......................................................................

Pelancaran dan Promosi

Walaupun pengumuman rasmi untuk tarikh versi fizikal telah ditetapkan pada 26 September 2011, All Your Love sudah disediakan untuk pasaran seawal juga 24 September; ia dijual lebih 3000 salinan dari cetakan pertama  dan setakat ini telah menjual lebih daripada 70, 000 unit sehingga Mac 2012. Versi digital album itu bagaimanapun dikeluarkan 10 hari sebelum itu dan ia adalah album pertama Siti untuk dikeluarkan secara digital melalui ITunes. 

Album ini dikeluarkan secara rasmi pada 26 September, di Shook Restaurant, Starhill Gallery, Bukit Bintang. Beliau juga mempromosikan album beliau melalui beberapa program televisyen termasuk di Wanita Hari Ini (TV3) Bella (ntv7) dan Hello On Two (TV2). Untuk mempromosikan single keduanya, beliau melawat beberapa pusat membeli-belah utama di Malaysia termasuk The Curve (10 Mac) dan Pusat Beli-belah One Utama (16 Mac).

...........................................................................



Senarai Runut

1. All Your Love
Penulis : Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro & Christian Alexanda

2. Nobody Else
Penulis : Bryan Bouro & Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro

3. Tonight
Penulis : Bryan Bouro & Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro

4. All Over Again
Penulis : Bryan Bouro & Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro


5. I'll Wait Forever
Penulis : Bryan Bouro & Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro

6. Falling In Love
Penulis : Bryan Bouro & Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro


7. I Cry Out
Penulis : Bryan Bouro & Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro

8. Fight For Love
Penulis : Bryan Bouro & Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro

9. Stand Up
Penulis : Bryan Bouro, Christian Alexanda, Tom Diesel & Ron E Jones
Komposer : Bryan Bouro & Tom Diesel

10. Remember You
Penulis : Christian Alexanda
Komposer : Bryan Bouro

........................................................................



Anugerah


  • Intuned Awards 2011

Artis Kegemaran -  Menang
Penyanyi Solo Wanita Terbaik - Menang
Artis Harapan - Menang
Media Sosial - Menang
Penyanyi Wanita Seksi - Menang
Album Terbaik - Menang

Lagu : Falling In Love
Muzik Video Terbaik - Menang


  • Anugerah Industri Muzik 2012

Lagu : I Cry Out
Persembahan Vokal Terbaik di dalam lagu (Wanita) - Dicalonkan

Lagu : Stand Up
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Dicalonkan

.....................................................................................

Sekian

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم