Album Siti Nurhaliza II (1997)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Siti Nurhaliza II ialah album studio kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350000 unit.

Tiga single utama album ini, Aku Cinta Padamu, Wajah Kekasih dan Bisikan Asmara menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, Aku Cinta Padamu tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1997 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu kelima.

Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.

....................................................................

Latar Belakang




Selepas kejayaan album pertamanya, pada Ogos 1996, Siti Nurhaliza mengumumkan akan merakamkan album keduanya secepat mungkin. Untuk album kedua, Siti mengetengahkan pelbagai genre muzik seperti dance pop, R&B, balada, tradisional dan pop rock selain muzik pop. Beliau turut memuatkan sebuah lagu bahasa Inggeris bertajuk “The Colour of My Love” nyanyian asal Celine Dion yang merupakan penyanyi antarabagsa yang dikagumi oleh Siti, beliau juga menyumbangkan lirik untuk lagu Demi Kasih Kita.

Album ini diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan tiga lagu dalam album ini – "Wajah Kekasih", “Demi Kasih Kita” dan “Rindu Di Antara Kita”. Penerbit dan komposer lain yang turut mencurahkan tenaga mereka dalam album ini ialah pasangan suami-isteri LY dan Baiduri (menerusi dua lagu – “Aku Cinta Padamu” dan “Kesilapanku, Keegoanmu”), Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Xiao Wong, Helen Yap, Arthur Ganov dan David Foster. Rakaman album ini dijalankan pada pertengahan Ogos 1996 sehingga awal Januari 1997.

.........................................................................................

Keluaran



Siti Nurhaliza II dikeluarkan pada 27 Januari 1997 (17 hari selepas ulang tahun kelahirannya ke-18) dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan jualan yang melebihi 150, 000 unit. Album ini menerima pensijilan platinum dan ia juga dikeluarkan lima bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.

Single pertama album ini, "Aku Cinta Padamu" dikeluarkan pada 3 Januari 1997, dan dikatakan menjulang nama Siti di persada muzik Indonesia dengan tajuk gantian "Betapa Ku Cinta Padamu" lalu mendapat sambutan baik di republik itu. Di dalam laporan berita oleh Billboard, Siti Nurhaliza II telah terjual sebanyak 500, 000 unit di Indonesia sahaja. Album ini diterbitkan bersama oleh Suria Records dan syarikat rakaman Indonesia, Blackboard dan diedarkan di Indonesia oleh Suara Sentral Sejati.

Kejayaan lagu "Aku Cinta Padamu" kemudian diikuti dengan dua single seterusnya, "Wajah Kekasih" dan "Bisikan Asmara". Pada masa yang sama, muzik video untuk ketiga-tiga lagu ini dikeluarkan. Muzik video lagu "Kesilapanku, Keegoanmu", "Demi Kasih Kita", "Tirai Semalam", "Rindu Di Antara Kita", "Khayalan Cinta" dan "Usah Diragui" turut dikeluarkan. Sepertimana album Siti Nurhaliza I, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza. Album Siti Nurhaliza II dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada Januari 2013.

.....................................................................

Senarai Runut



1. Aku Cinta Padamu
Penulis : Baiduri
Komposer : LY

2. Wajah Kekasih
Penulis : Hani M.J
Komposer : Adnan Abu Hassan

3. Tirai Semalam 
Penulis : S. Amin Shahab
Komposer : Fauzi Marzuki

4. Demi Kasih Kita
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Adnan Abu Hassan

5. Kesilapanku,Keegoanmu
Penulis : Baiduri
Komposer : LY

6. Khayalan Cinta
Penulis : Ucu
Komposer : Xiao Wong

7. Usah Diragui 
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Zul Mahat

8. Rindu Di Anatara Kita (Duet bersama Ciang Teng)
Penulis : Hani M.J
Komposer : Adnan Abu Hassan

9. Bisikan Asmara
Penulis : Amran Omar
Komposer : Helen Yap
10. The Colour Of My love (nyanyian asal Celine Dion)
Penulis : Arthur Ganov
Komposer : David Foster

................................................................................

Senarai Anugerah

  • Anugerah Industri Muzik 1998

Lagu : Aku Cinta Padamu
Lagu Terbaik - Dicalonkan

  • Anugerah Juara lagu 1997

Lagu : Aku Cinta Padamu
Kategori Balada - Menang
Persembahan Terbaik - Menang

  • Anugerah Juara Lagu 1998

Lagu : Bisikan Asmara
Kategori Pop Rock - Dicalonkan

Lagu : Wajah Kekasih
Kategori Balada - Dicalonkan

.......................................................................

Sekian

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post