Faedah Buah Kedondong Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Buah Kedondong atau buah amra merupakan salah satu buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan faedahnya. Aku merupakan salah seorang penggemar buah ini. Pantang aku napak buah ni di kedai atau di pokok , pasti aku akan beli atau minta pada tuan rumah. Sebab apa? Sebab rasanya yang sedap. Jadi di sini aku nak kongsi dengan anda semua beberapa faedah buah kedondong ini kepada manusia dan kesihatan.

...................................................................

Membantu memulihkan tubuh setelah sakit berat

Pemulihan tubuh setelah sakit dapat dipercepatkan dengan mengambil buah kedondong secara rutin. Dengan catatan, buah ini tidak dimakan sebelum makan nasi. Kandungan vitamin C pada buah kedondong dapat membantu hati dalam membunuh kuman dan mempersiapkan sel darah merah baru pengganti sel darah yang telah rosak sebelumnya. Selain itu, vitamin C pada buah kedondong dapat memperbanyak kadar leukosit di dalam tubuh. Leukosit ini berguna untuk membunuh sisa-sisa bahteri dan parasit setelah sakit.


Ubat penyakit jatung

Kandungan kalsium di dalam buah kedondong dapat memelihara urat dan arteri pada jantung. Kalsium juga boleh menghalang penebalan pada kedua-dua saluran itu. Selain itu, dengan kandungan kalsium yang tinggi, jantung akan lebih mudah menerima oksigen yang dibersihkan di paru-paru.


Anti kolesterol

Kandungan vitamin C pada buah kedondong dapat mengubah kolesterol jahat di dalam pankreas menjadi asid hempedu. Kolesterol jahat di dalam pankreas boleh menyebabkan batu hempedu. Hal ini sangat berbahaya kerana akan menghalang pengeluaran hormon insulin.

Melindungi wajah

Buah kedondong dapat melindungi sel kulit pada wajah dari bahaya sinar ultraviolet yang berlebihan. Hal ini kerana buah kedondong mengandungi vitamin C semulajadi dengan dos yang tinggi. Dalam satu biji buah kedondong mengandungi 30-50 mg vitamin C.

Menjaga kesihatan gigi dan tulang

Kandungan fosforus dan zat besi di dalam buah kedondong dapat melindungi kesihatan gigi dan tulang. Fosfor berfungsi sebagai pembentuk rangkaian tulang sementara zat besi berfungsi sebagai pelapis jaringan tersebut.

Ubat anemia

Zat besi di dalam buah kedondong berperanan dalam meningkatkan produktiviti sel darah merah di dalam sum-sum tulang belakang. Perlu diketahui bahawa dalam 100 gram buah kedondong terdapat 30 miligram kandungan zat besi. Selaras dengan itu, kandungan vitamin B1 di dalam buah kedondong juga dapat melancarkan peredaran darah dan oksigen ke seluruh tubuh. Dengan peredaran darah yang lancar maka anemia akan hilang dengan sendirinya.

Merawat keradangan

Antioksida di dalam buah kedondong mampu melindungi tubuh dari segala bentuk keradangan khususnya keradangan pada mata dan kulit. Kandungan vitamin C di dalam buah ini dapat menangkal radikal bebas. Orang yang tinggal di daerah / kawasan industri sangat dianjurkan mengambil 1-3 buah kedondong setiap minggunya. Hal ini guna melindungi tubuh dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan bahan-bahan kimia.

Mengubati luka bakar

Luka bakar boleh diubati dengan buah kedondong. Getah yang ada pada kulit buah kedondong dapat menutup luka lebih cepat. Selain itu, kandungan vitamin A dan C pada buah ini dapat mempercepatkan regenerasi sel kulit. Anda hanya memakan buah ini secara teratur setiap hari.

Penghilang rasa mengantuk

Bagi para pekerja yang selalu kerja di malam hari, buah kedondong dapat menjadi 'teman' yang baik. Ya, buah ini mengandung zat asam yang boleh merangsang saraf mata untuk tetap bekerja pada malam hari. Hasilnya, rasa mengantuk pun akan hilang dengan sendirinya. Anda hanya memakan satu atau dua buah kedondong pada lepas tengah malam.



Penyembuh cirit-birit

Cirit-birit berlaku kerana banyak hal. Namun faktor yang paling dominan berasal dari makanan. Buah kedondong sendiri boleh menyembuhkan cirit-birit dalam waktu cepat. Caranya, ambil kulit batang kedodong sebanyak 20 gram, lalu potong kecil-kecil dan rebus hingga mendidih. Kemudian tapis air rebusan tersebut lalu diminum secara teratur setiap petang hingga cirit-birit berhanti.


Itulah beberapa maklumat kesihatan faedah buah kedondong yang perlu anda ketahui. Barangkali selepas membaca artikel ini, anda tidak lagi mengenal buah kedondong sebatas makanan pelengkap rojak dan bahan campuran ais batu. Dengan pelbagai kandungan zat yang bermanfaat bagi tubuh, juga tidak salah kiranya bila para ibu hamil sering mengidam rujak selama kehamilan. Sebab, di dalam rujak tersimpan pelbagai faedah buah kedondong yang dapat menjaga kesihatan selama masa kehamilan.

Sumber : Maklumat Sihat

Sekian

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post