Malaysia Terkandas di Suku Akhir Piala Thomas 2018 !



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hasrat pasukan Badminton lelaki Malaysia untuk mencapai sasaran ke separuh akhir dan menamatkan badi kejuaraan Piala Thomas tidak kesampaian apabila pasukan Malaysia terkandas di pusingan suku akhir. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas adalah pada tahun 1992.


Cabaran Malaysia di Piala Thomas bermula apabila berada di dalam Kumpulan D bersama-sama dengan negara Denmark selaku juara bertahan, Russia dan juga Algeria. Di peringkat kumpulan, Malaysa berjaya menjadi naib johan dan berjaya ke peringkat suku akhir bersama juara kumpulan iaitu Denmark.

Di peringkat suku akhir pula, Malaysia menempah cabaran sukar apabila terpaksa berdepan dengan naib juara edisi Piala Thomas yang lalu iaitu pasukan Indonesia. Pasukan Malaysia menamatkan perjuangan apabila terkandas di peringkat suku akhir apabila hanya berjaya memungut satu mata sahaja daripada Dato' Lee Chong Wei.

...............................................................................................

Pendapat aku adalah apa yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia masih berada di tahap membanggakan kerana Malaysia pada edisi kali ini merupakan pasukan underdog. Tambahan pula, Malaysia membawa pasukan yang dibarisi pemain muda (selain Dato' Lee Chong Wei). Kalau dilihat di peringkat kumpulan ketika menentang pasukan Denmark, pemain muda banyak menunjukkan peningkatan dan seketika berjaya membuatkan pasukan Denmark tergugat apabila berjaya mendapat dua mata.




Apa- apa pun diucapkan semoga berjaya dan jangan putus asa buat pasukan Malaysia. In shaa Allah pada masa akan datang , kita pasti juara. Terima kasih kepada Dato' Lee Chong Wei kerana masih beraksi untuk pasukan meskipun ini adalah penampilan terakhir beliau,

Sekian.

Sumber Gambar : Astro Awani

3 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم