Tempah Hadiah di Printcious.com



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baru - baru ini , aku ada berbelanja di Printcious.com iaitu merupakan sebuah laman web yang menawarkan perkhidmatan penjualan barangan hadiah secara online. Apa yang menarik di laman web ini adalah barangan yang disediakan boleh direka sendiri ataupun lebih dikenali sebagai Do It Yourself (DIY).

Ada beberapa barang yang aku beli dan tempah , iaitu Luggage Tag , Button Badge dan juga Mug


Luggage Tag


Sebenarnya aku tiada luggage dirumah. Jadi aku terfikir untuk meletakkan tag ini pada beg Clarinet aku. Ianya lebih menarik sebab kita boleh edit gambar dan letak ayat di tag tersebut. Jadi, aku telah edit gambar aku memegang clarinet dan menambah tulisan berupa nama aku di bahagian atas tag itu.



Nampak tak tag tersebut pada beg clarinet? Warna biru merupakan warna kegemaran aku, jadi tema tag tersebut adalah biru dan dihiasi gambar aku sendiri. Menaik kan? Haha.



Button Badge


Aku terfikir, apa kata aku buat satu button berkenaan filem yang sedang hangat diperkatakan iaitu filem Avengers Inifinity War? Memandangkan aku merupakan seorang peminat tegar filem - filem Marvel, jadi aku telah mengedit button badge tersebut mengikut gambar dan warna kesukaan aku. Jadi, gambar Avengers telah menjadi pilihan aku.



Mug


Barangan terakhir adalah Mug. Tema warna dan grafik pada mug ini adalah sama seperti di Button badge di atas , cuma yang berbeza adalah tambahan logo di bahagian tengah Mug ini.




Jujur aku katakan mug ini sangat cantik. Boleh dijadikan sebagai hadiah untuk hari lahir sesiapa yang akan datang.

...................................................................................

Kesemua barang yang ditempah dan dibeli sampai ke rumah dengan kualiti yang sangat tinggi.Ia menunjukkan bahawa Printcious.com sangat mementingkan kualiti. Kebiasaannya sukar untuk kita dapat barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kepada anda yang ingin menempah barangan hadiah, anda boleh ke Printcous.com .

Sekian

8 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wife saya antara yang rajin buat tempahan macam ni secara online. Selain printcious ... ada lagi beberapa laman web buat benda sama.

    Yg best, dapat abadikan kenangan pada cenderahati mcm ni

    ردحذف
  2. Semua cntik2 .
    CCL pernah guna juga perkhidmatan dari printcious ni .. 3 4 kali juga ..
    Antara barang yg CCL dah oder tshirt, mug & button badges .. kualiti printing memang terbaik . Servis terbaik

    ردحذف
  3. Pernah try edit di printcious ni but takda yang beli barang kita lagi. Hahaha. Maybe kurang menarik design dia. Apa trend sekarang ek? Btw memang nampak kualiti and nice mug. Suka gak marvel movies. Tak tahu pulak sekarang ada luggage tag. wow. Menarik.

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم