Bagaimana Menjawab Soalan "Tell Me About Yourself."



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Penemuduga atau majikan kadangkala atau kebiasaannya akan memulakan temuduga dengan soalan yang perlukan kita menjawab secara panjang atau open-ended question. Contohnya seperti soalan "Tell me about yourself." 

Soalan ini sebenarnya adalah sebagai sesi perkenalan dan juga untuk memberi keselesaan kepada anda untuk berasa lebih selesa ketika proses temuduga kerja. Ianya juga merupakan salah satu cara untuk majikan atau penemuduga untuk melihat kepada personaliti anda dalam memilih sama ada anda sesuai atau tidak untuk kerja yang ditawarkan. Soalan ini merupakan salah satu daripada soalan tentang anda yang kemungkinan akan ditanya ketika temuduga.


Bagaimana untuk menjawab soalan "Tell Me  About Yourself"

Walaupun kebanyakan orang akan berceritakan tentang kelayakan mereka terhadap kerja yang ditawarkan untuk soalan sebegini, ada cara lain untuk menarik yang boeh meningkatkan hubungan baik antara anda dan penemuduga.

  • Salah satu caranya adalah dengan berkongsi tentang apa yang anda minat iaitu tidak berkaitan secara langsung dengan pekerjaan yang ditawarkan. Contohnya mungkin termasuk hobi anda iaitu sama ada anda minat pada astronomi, bermain chess, bermain golf, tennis atau lain-lain.
  • Minat terhadap perkara seperti lari jarak jauh [long-distance running]atau yoga juga membantu dalam memberitahu bahawa anda seorang yang cergas dan sihat.
  • Manakala perkara seperti sukakan membaca [avid reader] atau suka menyelesaikan crossword puzzles dan sebagainya akan mempamerkan tentang diri anda yang sukakan sesuatu bersifat intelek.
  • Minat terhadap golf, tennis dan sebagainya mungkin menjadi nilai tambah jika anda perlu berhadapan dengan pelanggan dan menghiburkan mereka untuk pekerjaan baru nanti.
  • Kerja-kerja sukarelawan akan menunjukkan bahawa anda serius di dalam personaliti diri anda dan komitmen terhadap kebajikan komuniti. Peranan interaktif seperti pemandu pelancong, pengumpul dana [fundraiser], pengerusi kelab sosial pula akan memperlihatkan keselesaan anda dalam suasana melibatkan orang ramai.

Anda perlu ingat bahawa soalan " tell me something about yourself that's not on your resume", salah satu tujuan utama soalan ini adalah untuk mengetahui perkara yang lebih daripada kerjaya dan berdasarkan personaliti dan juga pengalaman anda.

Walaubagaimanapun, dalam membina hubungan baik antara anda dan juga penemuduga, berhati-hati untuk tidak berlebih-lebihan dalam menceritakan tentang hobi dan minat yang menunjukkan ianya lebih penting daripada karier anda. Tiada majikan yang mahu mengambil seseorang yang selalu tinggalkan kerja atau meminta cuti semata-mata untuk melakukan hobi yang digemari.

Ubah Topik Perbualan dari Personal ke Professional

Selepas berkongsi tentang bebeberapa perkara menarik tentang latar belakang dan minat, seterusnya anda  perlu tegaskan berkenaan kemahiran profesional anda yang akan membantu sebagai nilai tambah jika anda diambil bekerja untuk kerja yang diidamkan.

Anda boleh gunakan ayat, "In addition to those interests and passions, my professional life is a huge part of who I am, so I'd like to talk a bit about some of the strengths which I would bring to this job."


Kongsi Kemahiran anda

Anda perlu bersedia untuk berkongsi tentang tiga atau empat kemahiran , bidang yang anda betul-betul tahu atau kualiti yang ada pada diri anda yang mana akan membantu anda untuk cemerlang dalam melakukan kerja yang sedang diminta ini.

Sebelum ditemuduga, buatkan satu senarai kekuatan yang anda ada supaa anda tahu apa yang akan dikongsikan ketika temuduga. Lihat pada deskripsi kerja [job description] dan padankan dengan kemahiran anda. Kemudian, pastikan anda memberitahu tentang kemahiran-kemahiran yang sesuai untuk kerja itu.

Walaubagaimanapun, berhati-hati untuk tidak berlebih-lebihan dengan begitu banyak informasi. Selepas memberitahu tentang tiga atau empat kekuatan [kebolehan] anda, seterusnya anda boleh cerita bahawa anda ada beberapa kelebihan lain yang ingin dikongsikan.

Pada mulanya, anda mungkin boleh menyebut tentang kelebihan dan memberikan gambaran bukti tentang bagaimana anda menggunakannya sebagai kelebihan. Sebagai contoh, anda mungkin mengatakan yang anda sukakan memberi penerangan [presentations] dan ianya membantu anda untuk menjana lebih banyak keuntungan dalam jualan sebelum ini. Kemudian, anda mungkin akan menceritakan dengan lebih spesifik dan terprinci tentang situasi tersebut, cara kerja anda dan kelebihan melalui kekuatan anda. 

Contoh Jawapan

Ini adalah contoh bagaimana jawapan yang efektif yang memperihatkan transisi dari bercerita tentang perkara diminati atau personaliti kepada kemahiran professional yang anda ada.

When I'm not working, i like to spend time exploring with my cats. I take them hiking, visiting hisorical sites, or even just walking around town. A surprising number of people are drawn to cats, and I always enjoy talking with who I meet. I feel that communication is one of the most important aspects of my professional life as well.. When talking with people, being able to guide the conversation in a particular direction is one of the ways I've been successful in different situations at the office. 

Politik dan Kontroversi

Kebiasaannya, anda perlulah mengelakkan topik kontroversi seperti politik atau agama. Adalah sangat penting untuk anda elakkan sebarang rujukan tentang topik tentang bangsa, karakter,dan etika kerja anda.

Elakkan

Sebenarnya perkara terbaik adalah dengan tidak menceritakan penglibatan anda tentang politik,melainkan pekerjaan itu tentang kerja berasaskan politik yang mana anda tahu pandangan terhadap politik akan diterima.

Contoh : When I'm not working, one of the things I spend time on is voter registration and canvasing for the Barisan Nasional party. I belong to a group that goes into schools and low income communities to explain the importance of voting, and the process of registration.


Pilihan Terbaik Untuk Menjawab Soalan

Ini adalah cara untuk anda ceritakan tentang penglibatan anda di pusat komuniti tanpa menyentuh isu kontroversi dan politik.

When I'm not working, I volunteer at the community center. We offer a variety of civic and sports programs, and I really enjoy working with teenagers.

Pastikan Anda Elakkan

Anda juga tidak perlu untuk berkongsi info peribadi tentang keluarga. Tidak perlu untuk ceritakan tentang pasangan anda, anak-anak atau perkara peribadi yang lain.

Sekian sahaja tips dan panduan yang diberikan buat mencari kerja di seluruh Malaysia. Senang sahaj untuk menceritakan dan menjawab soalan "Tell Me About Yourself."


Sekian.

Sumber : Balance Career

12 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sangat berguna ips ni sebab saya selalu sangkut kalau soalan macamni.by the way, ni first time saya datang sini & terus follow sini sebab content blog ni sangat bermanfaat. meh lah singgah ke blog baru saya

    ردحذف
    الردود
    1. terima kasih :) in sha Allah akan sentiasa hasilkan content yg bermanfaat utk semua :)

      حذف
  2. walaupun dah beberapa kali interview kerja tetap berdebar-debar hahaha

    ردحذف
  3. Good sharing. Selalunya kalau ditanya soalan ni masa iv memang sehabis baik untuk make it short but at the same time padat :)

    ردحذف
  4. bagus entry ni, sesuai dijadikan panduan bagi mereka yang nak attend interview kan

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم