Cara Semak Saman Trafik, POLIS, AES dan JPJ Melalui SMS



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebelum ini telah diberitahu cara semakan saman melalui online. Mungkin ada mereka diluar sana yang tidak mempunyai internet atau internetnya agak lembab dan sangat perlahan bagaikan kura-kura, maka anda bolehlah semak melalui SMS sahaja. Senang dan ringkas sahaja.

Perkhidmatan untuk semak saman melalui SMS dikenakan bayaran caj perkhidmatan sebanyak 15 sen bagi setiap penghantaran dan 20 sen bagi setiap penerimaan mesej pesanan ringkas ini. Sila ikuti cara untuk menyemak saman menggunakan SMS atau MySMS seperti berikut :-


Sila taip :-

POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan atau No Kenderaan]

pada telefon bimbit anda dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728

Contoh :

POLIS SAMAN 860112025786 atau POLIS SAMAN WRU 4432

Jika anda mahukan jawapan yang lebih terperinci, sila tapi mesej berikut:-

POLIS SAMAN [No Kad pengenalan atau No Kenderaan] [Email]

Dan hantarkan ke 32728. Semakan saman yang lengkap milik anda akan dihantarkan ke alamat email yang telah diberikan.

Contoh :

POLIS SAMAN 830112085476 hakimruslie@gmail.com




Sila taip :-

JPJ SAMAN [No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan]

di paparan telefon bimbit anda dan hantarkan SMS tersebut ke 15888

Contoh : 
JPJ SAMAN 830112085476 atau JPJ SAMAN HKM 1132

Sekian

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post