Pelajar Kolej di Melaka dijumpai Mati di Asrama



Assalamualaikum dan salam sejahtera



MELAKA: Seorang pelajar lelaki sebuah kolej kerajaan negeri Melaka dijumpai mati di dalam bilik asramanya di Taman Pertam Perdana, Pulau Gadong, pagi 1 Julai 2018.

Mayat Muhamad Izz Zulkarnain Mohamad Shahizan, 21 tahun, yang juga pelajar jurusan Diploma Penyelenggaraan Pesawat itu ditemui sekumpulan penghuni asrama dan juga pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat pelajar itu sekitar jam 12 tengah hari daripada warden asrama.

Katanya, mayat pelajar tersebut ditemui di atas tilam di lantai bilik asrama berkenaan, dan pemeriksaan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau.

Tambahnya, pelajar berkenaan tinggal seorang diri di bilik tersebut memandangkan ketika ini semua pelajar termasuk rakan sebilik, sedang bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Difahamkan pelajar terbabit yang berasal dari Kedah juga sepatutnya pulang ke kampung halaman dan tiba kira-kira jam 5 pagi ini.

Bagaimanapun, ibu pelajar berkenaan yang bimbang anaknya tidak tiba bertindak menelefon pihak asrama untuk memeriksa keadaannya sebelum pihak asrama menemukan mayat pelajar itu di dalam bilik tersebut.

Jelas Afzanizar, berdasarkan siasatan awal, tiada sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum mengesahkan punca sebenar kematian.

Sumber : Astro Awani

9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post