Semakan Naik Taraf Kelajuan Percuma Unifi dan Streamyx



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pengguna Unifi Dan Streamyx? Mari Semak Sama Ada Anda Layak Atau Tidak Untuk Naik-Taraf Kelajuan Percuma

Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan naik-taraf kelajuan internet kepada pengguna sedia ada secara percuma secara berperingkat. Selari dengannya, hari ini pengguna Unifi dan Streamyx boleh melakukan semakan dan melihat sama ada anda tersenarai untuk menerimanya atau tidak.

Melalui program naik-taraf ini, pihak Telekom Malaysia ingin meningkatkan penawaran kepada sehingga 800Mbps untuk Unifi, sementara pelanggan Streamyx pula menerima naik-taraf kepada rangkaian Unifi sekiranya lokasi mereka disokong. Berikut adalah perancangan naik-taraf kelajuan yang ingin dilaksanakan oleh Telekom Malaysia sekiranya lokasi anda mempunyai infrastruktur yang menyokongya:

  • Streamyx –> Unifi atau 2 kali ganda kelajuan.
  • 20Mbps dan kebawah –> sehingga 100Mbps
  • 30Mbps –> sehingga 300Mbps
  • 50Mbps –> sehingga 500Mbps
  • 100Mbps –> sehingga 800Mbps



Pada halaman semakan yang disediakan oleh Telekom Malaysia ini, anda boleh menyemak sama ada anda berpeluang atau tidak, dan bilakah proses naik-taraf untuk akaun anda akan berlaku.

Jika anda menggunakan rangkaian internet Unifi atau Streamyx, anda boleh menyemak sama ada anda layak atau tidak untuk menerimanya melalui laman Unifi Turbo Upgrade hari ini.

SEMAK DI SINI : UNIFI TURBO UPGRADE

* Malangnya sampai skearang aku masih tak boleh nak check sama ada streamyx dekat rumah aku ni layak atau tidak. Sebab apa? Sebab laman web itu macam tengah jammed or something..

Sumber : Amanz.my

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post