9 Langkah Mencegah Obesiti Tanpa Produk Bodoh


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Obesiti. Apa yang anda faham daripada perkataan ini? Rasanya ramai yang sudah mengetahui dan faham apa itu obesiti.  Disebabkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak rakyatnya menghidapi penyakit obesiti, jadi aku nak kongsi bagaimana untuk hindarkan diri daripada obesiti tanpa menggunakan produk-produk pelik yang boleh dijumpai di pasaran.


9 Langkah Cegah Obesiti

  • 1 Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.

[ Janganlah pula makan makanan bergula dan berkanji melampau-lampau pula! Ingat badan tu nak guna lama ya! Bukan sehari dua! ]

  • 2 Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tpak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan saur-sayuran.
[ Ada pulak sesetengah orang yang selagi tak melimpah kuah dgn nasi, selagi tu nak ditambahnya jumlah makanan dalam pinggan.]


  • 3 Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.
[ Selain dapat elak obesiti, dapat juga jimatkan minyak. Bukan ke minyak agak mahal? Lain lah kalau kau mampu! ]


  • 4 Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.
[ Rasa stevia pun manis juga tetapi lebih baik daripada gula biasa. ]


  • 5 Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.
[ Ini bukan setakat tak bersenam, nak bangun daripada sofa depan TV pun susah. Yelah, kan ada drama best tengah tayang. ]


  • 6 Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.
[ Selain dapat elak obesiti, dapat juga pahala puasa sunat. Kurang sikit dosa yg sudah banyak tu. ]


Baca Juga : Apa itu Diet Atkin? ]
  • 7 Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.
[ Rehat yang cukup ya! Bukan rehat yang berlebihan! ]


  • 8 Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun rawatan ini memerlukan pemantauan doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari kelenjar pituitari.
[ Ada sesetengah tu takut jumpa doktor. Hei, doktor tu tak makan orang! ]


  • 9 Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti kaedah 'Zerona amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak berkumpul di tempat yang tidak diingini.
[ Ada pula yang suka sedut lemak. Kebanyakannya artis, lepas tu lancar produk kurus. ]


Aku ketika sedang update artikel ini.


Kesimpulannya, sebagai seorang yang sayangkan diri seperti lagu hits penyanyi Fazura, Sayangi Dirimu, kita perlulah sentiasa menjaga kesihatan. Untuk sentiasa sihat, amalkan 9 langkah di atas supaya dapat kita bersama-sama hidup dan menghadapi dunia dengan lebih baik. 


Sekian.

11 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. makan kena jaga , yang paling penting kena kawal makanan yang kita ambik

    ReplyDelete
  2. yang paling penting sekali, amalan baik ni kena berterusan barulah hidup sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! tak boleh sekejap-sekejap.. perlu berterusan dan on-going

      Delete
  3. No 5 tu paling susah nak buat.. kikiki..
    Sha tengah amalkan yang no 6 tu.. Dan Alhamdulillah memang terasa perubahan badan.. Walaupun tak ketara tapi memang sangat-sangat membantu..

    ReplyDelete
  4. shu pun dah mula berdiet ni, alhamdulillah turun 2 kilo. takpa plan plan kayuh. heeee

    ReplyDelete
  5. puasa paling senang nak buat .bukan sekadar tahan makan..tapi tahan nafsu serakah kita tu...saya kalau puasa berat mesti turun...heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post