Punca dan Cara Mencegah Masalah Bau Mulut



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hi semua! Pernahkah anda berhadapan dengan seseorang yang ketika bercakap di hadapan anda, kemudiannya anda terbau sesuatu yang pelik dan agak busuk yang keluar daripada mulut itu? Pernahkah anda ditegur oleh semua rakan disekeliling anda kerana sering mengeluarkan bau busuk melalui mulut dan bukannya lubang lain?[ kentut]

Kini ada penyelesaianya! Anda tidak perlu lagi malu dan keluar daripada group whatsapp apabila ditegur sebegitu. Di sini aku nak berkongsi tentang punca sebenar mulut anda berbau dan juga cara mudah untuk mengatasinya! Selepas ini anda bolehlah yakin untuk bercakap di hadapan sesiapapun dengan jarak sedekat 10 cm! [hiperbola]

Baca Juga :7 Makanan Kurangkan Kolestrol ]

Punca Masalah Bau Mulut



Halitosis, juga dikenali sebagai nafas berbau adalah masalah dialami hampir 30% orang di seluruh dunia. Akademi Pergigian Am menyatakan bahawaa bau berasald ari mulut, tekak dan tonsil berdasarkan lebih daripada 90% kes yang berlaku. Empat penyebab utama yang menjadi punca bau mulut ialah mulut kering, jenis makanan, penjagaan mulut kurang sempurna dan penyakit tertentu.

Mulut Kering

Keadaan mulut kering menjadi persekitaran ideal untuk pembiakan anaerobic bacteria [ bakteria yang menghasilkan sulfur]. Antara penyebab keadaan ini ialah bercakap dengan lama, merokok, minum alkohol serta tidur berdengkur.

Jenis Makanan

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh memburukkan keadaan masalah bau mulut. Makanan dengan bau kuat seperti bawang merah dan bawang putih mengandungi sebatian sulfur manakala produk tenusu, daging dan ikan yang kaya dengan protein menajdi sumber makanan anaerobis bacteria.

Penjagaan Mulut Kurang Sempurna

Penjagaan mulut yang kurang sempurna akan menyebabkan pengumpulan bakteria pada gigi dan gusi. Jika tidak dibersihkan, bakteria mudah melekat pada gigi dan lama-kelamaan membentuk plak gigi. Plak gigi yang mengeras akan merosakkan gigi dan tisu gusi seterusnya menyebabkan penyakit gusi seperti priodontitis.

Penyakit Tertentu

Ada kajian yang menunjukkan 10% kes halitosis disebabkan oleh penyakit tertentu. Masalah bau mulut yang kronik selalu dialami oleh pesakit dengan masalah diabetes, jantung, buah pinggang, hati dan kanser. Sesetengah ubat seperti ubat antidepresan, ubat darah tinggi dan antihistamin mengurangkan penghasilan  air liur dan membuatkan mulut menjadi kering. 


Cara Mencegah Masalah Bau Mulut



Sememangnya ada ubat dan rawatan tertentu bagi masalah bau mulut. Namun mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Terdapat tips yang berguna dalam mencegah masalah ini daripada terus melarat dan menjadi kronik.

  • Makan makanan yang kaya dengan serat. Makanan kaya serat menghalang halitosis.
  • Menggunakan ubat kumur. Ianya berkesan dalam menghilangkan bau mulut, namun elkakkan jenis alkohol kerana akan mengeringkan mulut.
  • Amalkan minum teh hijau atau teh hitam. Ianya kerana kedua-duanya mengandungi polifenol yang boleh menyingkirkan sebatian sulfur.
  • Elakkan ubat yang mengeringkan mulut. Elakkan ubat antidepresan, tahan sakit atau antihistamin kecuali terpaksa kerana ubatan ini menghalang penghasilan air liur.
  • Hentikan merokok. Ianya untuk mengelakkan mulut kering , nafas berbau dan MATI CEPAT!
  • Sentiasa bersihkan mulut terutama selepas makan produk tenusu, daging dan ikan. Ianya untuk mengelakkan pengumpulan bakteria.
  • Minum air secukupnya. Supaya mulut tidak menjadi kering.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Semoga kita semua dapat menjaga penampilan diri dan mulut kita supaya kita mampu berhadapan dan yakin ketika berkhutbah dan juga bersembang tentang hal gosip jiran tetangga bersama jiran-jiran yang lain.

Sekian


Sumber : Cun.my | Thera Breath

16 comments:

  1. hentikan merokok, di samping mulut berbau, mati pun cepat. huhu :D

    ReplyDelete
  2. Bila bercakap dengan orang, cukup risau kalau orang tu terlalu hampir dengan kita, kalau takde bau Alhamdulillah.. kalau ada.. fuh..

    ReplyDelete
  3. Memang, sekarang ni penampilan diri selalu jaga tetapi selalu lupa akan bau mulut. Bau mulut juga penting untuk melambangkan kebersihan diri.

    ReplyDelete
  4. sekarang tengah sakit gigi so memang ada masalah yang ni

    ReplyDelete
  5. Ramai yg cantik smart bgaya mghadapi mslh ni. Salah satu cara selalu praktik kan juga, berus lidah dinding mulut lelangit. Anyway, good sharing Ril

    ReplyDelete
  6. Bab mulut kering tu mmg setuju jadi punca mulut berbau kurang enak.contohnya bangun pagi,kan mulut kering,sendiri pun rasa krg selesa nak dekat ngan org lain.hehehe

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.