Impian di Pusat Beli Belah Online Lazada



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setiap orang ada impian tersendiri. Ada orang yang impiannnya untuk berkahwin di usia muda. Ada pula orang lain yang impiannya untuk menjadi usahawan kosmetik yang berjaya tanpa perlu membuat kontroversi dan ada juga yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi tanpa perlu mempromosikan single dengan membuat gimik murahan. Bagaimana dengan impian aku?

Impian aku adalah untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya dan mampu menarik lebih ramai rakyata Malaysia khususnya kaum melayu untuk memilih bidang ini sebagai salah satu cabang pekerjaan mereka. Walaupun impian ini masih on-going aku harap ianya akan tercapai juga kelak. TETAPI, disebabkan impian itu terlampau besar, jadi aku usahakan untuk penuhkan impian lain aku iaitu untuk memiliki beberapa barang di Lazada!

===========================================

Sebenarnya dah lama aku memasang niat untuk memiliki dan mempunyai beberapa barang yang dijual di Lazada. Tetapi disebabkan kekangan kewangan dan sebagainya, impian itu sekadar impian sahaja. Masih belum terlaksana meskipun ianya sangatlah mudah sahaja, hanya perlu menggunakan telefon pintar sahaja untuk dilaksanakan.

===========================================

TIGA BARANG YANG AKU PALING NAK BELI DI LAZADA



Walaupun sekarang ini aku dah ada telefon pintar tetapi sebagai seorang manusia, kita sememangnya tidak akan puas dengan apa yang kita ada. Jadi, sebagai menyahut seruan itu, aku teringin nak ada Huawei Nova 3i.  

Sebab-sebabnya anda boleh lihat pada gambar di atas ini. Iaitu mempunyai storage RAM 4GB dan 128 GB ROM iaitu sangatlah besar untuk aku memasukkan gambar-gambar, video serta aplikasi yang menarik di dalam telefon pintar ini tanpa kerap kali 'hang' dan sebagainya. Sebab-sebab lain adalah seperti tertera di dalam gambar itu. 



Sebab lain adalah ianya disertakan bersama barang percuma! Free Bluetooth Headset, Tempered Glass dan Casing Cover. Sebab terakhir adalah kameranya yang begitu wow! Aku merupakan salah seorang pencinta kamera dan selalu ambil gambar menggunakan kamera telefon pintar. Jadi, memilik telefon pintar yang mempunyai kamera cantik adalah suatu kemestian!

..................................................................



Untuk pengetahuan pembaca semua, di rumah aku sekarang ini mempunyai satu microwave oven yang tidak digunakan lagi tetapi dipamerkan di ruangan dapur sebagai salah satu barang elektrik yang kononnya masih berfungsi sedangkan ianya telah rosak dan tidak digunakan beberapa tahun lamanya.

Sudah lama rasanya mak aku tak menggunakan oven untuk memasak dan kadangkala bila pergi ke pusat beli belah dan melalui kawasan barang elektrik, aku dapat lihat riak wajah mak aku yang sepertinya inginkan oven tetapi wang masih tidak mencukupi.


Jadi, jika diberi peluang, aku ingin menghadiahkan microwave ini sebagai hadiah untuk mak aku. Itulah impian aku sebenarnya. Untuk menggembirakan mereka yang banyak membantu kita. Selain itu, microwave yang aku pilih ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan elegan. Sesuai dengan dekorasi rumah yang pastinya akan cantik bila adanya microwave ini di rumah.

In shaa Allah, jika diizinkan suatu masa nanti.

........................................................................................

BEDL (BD250) Multi-Function Home Exercise Fitness Gym Mini Foldable Running Manual Treadmill With Sit Up Stand


Barang terakhir yang aku idamkan adalah Treadmill. Setelah beberapa jam aku teliti satu persatu treadmill yang dijual di Lazada, akhirnya aku memilih untuk menjadikan treadmill seperti di dalam gambar sebagai impian aku. 

Sebenarnya aku teringin untuk sediakan satu bilik khas untuk gym atau senaman di rumah , tetapi disebabkan semuanya sudah dipenuhi dan ruangan yang ada tersangatlah sempit maka mempunyai satu treadmill serbaguna adalah jalan penyelesaiannya. 

In shaa Allah , aku rasa harganya sangat berpatutan dengan fungsi dan sebagainya. 

=======================================


Untuk pengetahuan anda, Lazada akan mengadakan jualan iaitu 9.9 Festival sale yang akan berlangsung dari 6 sehingga 9 September 2018. Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang jualan ini boleh klik pada link di sebelah ini.  [ LAZADA ]

=========================================

Bagaimanakah dengan anda? Apakah impian anda? Adakah impian anda tercapai atau bagaimana? Mungkin anda juga mempunyai impian dan barang yang diidamkan di laman web Lazada? Anda boleh ceritakan di ruangan komen artikel ini.

Sekian.


3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kadang2 je shopping kat Lazada. stakat ni service memuaskan. tapi tak pernah lagi beli barangan elektronik =D

    ReplyDelete
  2. wahhhh semua best barang yang diidamkan ni! Tak sabar nak tunggu festival sale ni nanti!

    ReplyDelete
  3. Wahhh semua barang-barang dekat lazada tu best2 belaka la. Kalau boleh semua nak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post