Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sudah lama sebenarnya aku bercadang dan menulis tentang perkara berkenaan konvo ini. Tetapi kekangan masa dan tenaga untuk membuka komputer riba menyebabkan semuanya dilakukan secara separuh jalan sahaja. Hanya separuh sahaja entri yang berjaya di tulis dan bermakna ianya akan lambat lagi di publish. Mintak maaf ya. Baiklah.

Pada 23 Oktober yang lalu, telah berlangsung satu majlis gilang gemilang dan antara yang bermakna dalam hidup aku iaitu Majlis Istiadat Konvokesyen ke 89 UiTM. Alhamdulillah, aku tersenarai sebagai salah seorang penerima Ijazah Sarjana Muda pada hari tersebut. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, akhirnya aku secara rasminya tamat belajar dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan (Kepujian) Kelas Pertama. Perkara yang lebih mengembirakan lagi adalah aku merupakan salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor! Alhamdulillah. Segala yang aku harapkan akhirnya menjadi kenyataan. Syukur ke hadrat Ilahi.

Bersama dengan semua penerima Anugerah Naib Canselor


...................................................................

Berbilion penghargaan dan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang membantu sepanjang pengajian ijazah sarjana muda ini. Terutamanya buat para pensyarah yang memberikan ilmu dan mengajar aku setiap perkara yang aku pelajari sepanjang pengajian ini, tak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu aku dalam mengenal erti penat dan lelah dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar. Akhir sekali, buat ibu bapa dan keluarga kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan ketika aku susah dan senang.

Bersama mak dan ayah


...................................................................

Alhamdulillah. Impian aku untuk mendapat Anugerah Naib Canselor buat kali kedua akhirnya berjaya. Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini ketika diploma, aku telah mendapat Anugerah Naib Canselor. Anugerah ini diberikan buat mereka yang berjaya mendapat anugerah dekan bagi setiap semester sepanjang pengajian. Alhamdulillah.

[ Baca Juga : Kisah Konvokesyen Diploma  ]

Bersama dengan penerima ANC daripada Fakulti Muzik


Apa yang menggembirakan aku adalah apabila melihat wajah kedua ibu bapa aku yang pastinya bangga dengan kejayaan aku. Alhamdulillah, aku rasa segala pelaburan mereka keluarkan sepanjang aku belajar akhirnya berbaloi apabila aku akhirnya tamat dengan kejayaan. Alhamdulillah.


Bersama kakak 

Bersama adik pertama

Bersama adik kedua dan terakhir

..........................................................

Alhamdulillah. Jadi, apa pula selepas ini? In shaa Allah aku akan ceritakan segalanya berkenaan apa yang bakal terjadi dan sedang terjadi di dalam kehidupan aku. Semoga anda juga dapat mengecapi impian anda dalam segala yang anda hajatkan. In shaa Allah. 

Bersama keluarga tercinta

Sekian



9 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post