Makan makanan dari The Godmother's Kitchen



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hi semua. Baiklah hari ini aku nak cerita tentang makanan yang aku makan. Beberapa hari yang lalu, aku dan kawan aku telah memesan makanan yang diorder melalui gambar diatas. Hanya ada beberapa menu sahaja. Malah, harganya aku rasa murah. Adakah rasanya sedap? Disebabkan aku ada urusan pada hari khamis di Universiti Malaya, jadi aku tak kisah rasanya untuk merasa makanan ini.

Urusan memesan makanan hanya dilakukan melalui WhatsApp sahaja. Aku memilih untuk makan Salted Egg Chicken beserta Rice untuk dibuat makan malam. Manakala kawan aku memilih Gourmet Macaroni & Cheese.

Kedua-dua menu tersebut dicampur sekali harganya adalah RM8.50 sahaja. Aku terfikir juga bagaimana pembungkusannya, jumlahnya cukup atau tidak untuk membuatkan aku kenyang? Kalau tidak kenyang, mungkin aku tidak akan pesan untuk lain kali.

Tepat jam 5.10 petang, makanan sampai di hadapan Perpustakaan Universiti Malaya. Dihantar oleh suami kepada pembuat makanan ini. 


Alhamdulillah, makanan yang dipesan bagi aku sangat sedap. Ini pertama kali aku makan Salted Egg Chicken. Kalau anda nak tahu, bekas tersebut sebenarnya penuh dengan lauk ayam tersebut! Jadi, sememangnya jumlah ayam dan nasinya sangat mencukupi dan membuatkan aku kekenyangan bagaikan seekor ular sawa selepas memakan seekor kambing.


Seterusnya adalah Gourmet Macaroni & Cheese. Anda boleh lihat bagaimana tekstur makanan ini. Juga jumlahnya yang sangat banyak untuk harga RM3.00 sahaja. Selain itu, jumlah sosej juga dalam kuantiti yang baik sekaligus membuatkan aku ingin memesan lagi pada hari lain.


Jujur aku katakan bahawa sangkaan aku pada awalnya bahawa makanan ini rasanya biasa-biasa, jumlahnya sedikit. Tetapi setelah dapat makanan yang dipesan sangkaan aku sebenarnya salah! Untuk anda yang berada di kawasan sekitar Universiti Malaya, Kuala Lumpur, aku sarankan untuk anda cuba merasai nikmat ini, selain dapat memajukan bisnes mereka.

The Godmother's Kitchen

No Telefon : 011-6556-8311
Instagram : @thegodmotherskitchen

Sekian.

18 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Nampak sedap laaa makanan dia.best la bila dapat full satu beleas tu tak ada rasa macam ralat sangat kalau harga mahal ke apa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap. mmg saya rekomen untuk semua yg belajar di um atau berdekatan dgn um :)

      Delete
  2. Murahnya..bolehlah Bella cuba juga nanti order kat sini. Bella pun dekat area Mid Valley je. So bolehlah dorang deliver nanti. Nampak tuannya ikhlas meniaga. Zaman sekarang semuanya mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya pun rasa mungkin tuannya bersedekah melalui cara dengan meletakkan harga murah. :) dah la murah, sedap pulak tu :)

      Delete
  3. The food looks great, now I know what to order for my seminars in UM, thanks for the recommendation.

    ReplyDelete
  4. Murah dan nampak sedap.. Selalu kalau menu2 macam ni walaupun portion kecil tp mahal.. Yang ni mmg murah harganya... Tetiber kecur air liur tgk salted egg chicken tu .m

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu terkejut bila dapat portion mcm tu utk harga yg murah :)

      Delete
  5. Wahhh 3 ringgit je ?? Murah tu. portion dia pon agak meriah. Boleh kenyang. Dekatlah dgn serdang. Nanti nak singgahlah kalau lalu area UM. Teringin pulak nak rasa. Terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  6. Wow. Nampak sedap dan yang penting, harganya berpatutan. Selalunya harganya agak menakutkan nak order tapi nie macam berpatutan sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. harga yg berpatutan dengan rasa yg sedap. mmg berbaloi :)

      Delete
  7. Murahnya and nampak macam sedap je. Ni kena beli dekat dalam UM ke? Mestid dia bg harga yg mampu milik untuk student kan? Tu yg murah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat UM dan kawasan sekitar. rasanya betullah untuk student, sebab tu murah :)

      Delete
  8. Bestnya bagi student UM, dulu dekat dengan Cyberjaya pun ada seorang aunty yang masak Salted egg chicken....sedap sangat portion very generous, but memang murah. Really hope more people can run business like them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. harap2 lebih ramai lagi peniaga yg bermurah hati mcm ni :)

      Delete
  9. Nak rasa salted egg chicken tu jugak. Nampak seddaaapapppnya. Nak nak nak order. Ada buat hantaran semasa makan lunch tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post