Review Filem : Avengers Endgame | Filem Terbaik Sepanjang Masa



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, sudah tiba masanya untuk kita review filem terhangat pada tahun ini iaitu filem Avengers: Endgame. Filem ini ditayangkan di Malaysia pada 24 April 2019 manakala tayangan di seluruh dunia adalah pada 26 April 2019. Aku berpeluang untuk menonton filem ini sebanyak 3 kali iaitu pada 24 April 2019, 27 April 2019 dan juga 3 Mei 2019. 

Filem Avengers: Endgame merupakan siri terakhir dalam Marvel Cinematic Universe : Infinity Saga. Bermakna selepas ini filem MCU lain adalah satu perjalanan baru. Bermula dengan IronMan (2008) sehinggalah kini, lebih daripada 22 buah filem telah dihasilkan. Umpamanya kesemua filem adalah siri di dalam komik, dan filem Avengers: Endgame ini adalah siri atau chapter terakhir.

Sinopsisnya adalah kisah bagaimana Avengers yang tinggal selepas Thanos melakukan "snap" yang menyebabkan separuh hidupan di alam dimatikan. Avengers yang tinggal mencuba untuk menukar dan mengembalikan mereka yang telah mati tersebut. Jadi, kita boleh lihat bagaimana usaha mereka dalam mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

Review Filem

Jalan Cerita:-

Dari segi jalan cerita, sememangnya aku tak dapat nak agak bagaimana filem ini daripada awal sehingga akhir. Aku suka bilamana filem ini menggunakan tema "time travel" iaitu kembali ke masa lampau untuk mengutip "infinity stones". Ianya bukan sahaja sesuatu yang bijak, tetapi juga membawa penonton untuk bernostalgia apabila filem-filem terdahulu dilihat semula di beberapa babak.


Antara yang aku suka pastinya babak kembali ke New York 2012 dan juga babak Asgard 2013. Aku juga kagum dengan konsep tiga kumpulan yang mencari batu-batu itu.

Secara jujurnya ada banyak babak yang membuatkan aku sedih dan beremosi. Pertama adalah ketika Thanos dipenggal kepalanya. Rasa kasihan terbit kepada Thanos walaupun aku tahu bahawa dia adalah watak antagonis dalam filem ini. Babak lainnya adalah ketika Natasha Romanoff (Black Widow) dan Clint Barton (Hawkeye) di Vormir mencari batu Soul. Ya, aku menangis kerana aku melihat bagaimana watak Black Widow itu berkembang daripada filem IronMan 2 sehinggalah ke filem ini. Bagaimana Black Widow jumpa keluarganya di Avengers.

Babak yang pastinya membuatkan semua orang sedih dan menangis adalah pada babak Tony Stark (Ironman) melakukan "snap" dan akhirnya membuatkan dirinya terbunuh. Aku menangis lagi. Terus teringat babak-babak Ironman di filem-filem terdahulu.


Satu lagi babak yang sangat mengagumkan dan membuatkan aku menangis teresak-esak (sedih+gembira) adalah ketika semua Avengers memunculkan diri untuk melawan Thanos dan pasukannya. Sangat bijak dan sememangnya merupakan salah satu babak yang diimpikan oleh semua peminat filem Marvel.

Goosebumps. Antara babak yang membuatkan aku sebegini selain babak Avengers Assemble adalah ketika Captain Marvel muncul. Selain itu, babak Spider-Man dibantu oleh Woman Avengers juga sangat hebat. Babak Wanda Maximoff (Scarlett Witch) berdepan dengan Thanos adalah sangat epic ya!

Pelakon:-

Rasanya tiada seorang pun pelakon yang aku rasa memberikan lakonan yang tidak bagus. Semuanya sangat hebat terutamanya Scarlet Johanson & Robert Downey Jr. Sebelum ini aku menganggap lakonan ScarletJo hanyalah biasa-biasa sahaja. Tetapi untuk filem ini emosi yang diberikan adalah sangat tulen. Begitu juga dengan RDJ.


Aku juga suka bagaimana watak-watak terdahulu muncul kembali. Antaranya Ancient One, Loki, Jane dan juga pasukan Shield (Hydra) di dalam filem ini. Tak dilupakan pada budak lelaki dalam filem Ironman 3 turut memunculkan diri.

Imej Janaan Komputer:-

TIPTOP! Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana imej dan setiap babak di dalam filem ini hanyalah CGI! Semuanya kelihatan sangat real. Pastinya pelaburan oleh Marvel Studios sangat tinggi untuk menghasilkan filem berkualiti sebegini.

Muzik:-

Tahniah Alan Silvestri kerana memberikan muzik yang sangat segar, berkualiti dan memberikan impak yang hebat. Untuk filem Marvel, selain menonton, aku juga suka untuk melihat bagaimana muzik di dalam filem itu dibawa arah tujunya.



Aku juga suka bagaimana muzik bagi filem terdahulu di bawa kembali. Sebagai contoh, ketika babak Ancient One, muzik seperti dalam filem Dr. Strange dapat didengari. Begitu juga ketika di Asgard 2013, muzik seakan filem Thor: The Dark World.

Penerimaan Penonton:-

Tidak dapat dinafikan lagi apabila filem ini mengutip 1Bilion USD dalam masa beberapa hari sahaja dan kini sedang menuju ke 3Bilion USD. Boleh dikatakan fenomena Avengers Endgame berlaku di seluruh dunia! Tak mustahil jika filem ini mampu mengalahkan filem Avatar (2009) dari segi kutipan filem dalam beberapa hari sahaja lagi.

Aku tidak tahu sama ada adakah akan ada lagi filem yang mampu membuatkan aku rasa sebegini ketika menonton. 3 kali ya wahai rakan-rakan semua. Mungkin lagi 10 tahun, baru ada filem yang sehebat ini? 

Markah : INFINITI


Sekian


4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Avenger!!!! Assemble...!!!Saya layan jgk cite ni dr episode awal..Episode end game ni siap bercostume bagai...Hahaha =)

    ReplyDelete
  2. Alamak, saya blm sempat pii tgk, but mmg akan tgk 😁
    Btw, slmt berpuasa aeril, lama tak blogwalking ke sini

    ReplyDelete
  3. Blum dempat lyn lagi...tggu gambar lawa keluar

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post