10 Langkah Menangani Stress dan Tekanan



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua cara-cara menangani stress atau tekanan. Pastinya semua orang pernah mengalami stress dalam hidup. Ada pelbagai punca sebenarnya bagaimana stress boleh berlaku. Antaranya stress apabila hidup single manakala rakan sekeliling semuanya dah ber couple. Contoh lain adalah stress apabila kereta jiran lebih mahal dan cantik berbanding kereta kepunyaan diri sendiri. 


Aku sendiri selalu jugak stress bila memikirkan masa depan. Fikir tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan sebagainya. Jadi, aku terbaca satu artikel terbitan sebuah portal tentang cara menangani stress dan aku rasa langkah yang diberikan sangatlah berkesan.

APA ITU STRESS??

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres. Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan. Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B.


KAEDAH 10B

Kaedah 10B ini adalah :-

  • bertenang
  • bernafas dengan dalam
  • berkata `rilakslah’/ tak mengapa
  • beribadat
  • bercakap dengan seseorang
  • berurut
  • berehat dan mendengar muzik
  • beriadah
  • bersenam
  • berfikiran positif


Bertenang. 
>>  Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

Bernafas dengan dalam.
>> Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

Berkata, ` Relakslah’.
>> Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu. Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

Beribadat.  
>> Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

Berkongsi perasaan dengan seseorang
>> Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

Berurut.  
>> Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

Berehat dan mendengar muzik. 
>> Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

Beriadah. 
>> Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

Bersenam.  
>> Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

Berfikiran positif.
>> Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Dengan melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan. Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.

Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.


Sumber : myhealth.gov | googleimage | giphy.com

34 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Perkongsian menarik tentang 10 b tu. Cikza dulu selalu stress, alhamdulillah sekarang just happy diri utk amalkan gaya hidup sihat

    ReplyDelete
  2. Setuju... 10 B sangat membantu bila stress. Berkata relaxlah... Tu sekadar ayat sedapkan hati tapi berkesan untuk pupuk diri berfikiran positif. Stress punca penyakit lain. Semoga kita semua dijauhkan dari stress. Sentiasa berzikir dan bersyukur apa yang dipinjamkan tuk kita

    ReplyDelete
  3. Agree betul article ni. Very detail. Kita mesti tahu cara nak release stress. If not nanti jadi penyakit pula. that's why ramai yang kena depression if tak treat dari awal.

    ReplyDelete
  4. nice tips. thank you for sharing. tapi saya kalau dah stress sangat saya tidur je senang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. tidur pun salah satu cara untuk hilangkan stress :)

      Delete
  5. Selalunya stress ni boleh jd teruk kalau tak luah. Tu yg skali skala mmg husband bg keluar jumpa kawan-kawan, ada me time release stress jap.

    ReplyDelete
  6. Thanks for the tips. I sometimes feel really really stress and the tips will help me out to release it. So stressful nowadays.

    ReplyDelete
  7. nice tips. 10 b.
    nampak simple, aerill. tak perlu semua, kan.
    dpt satu yg sesuai pada waktu tu utk release kan stress pun dah ok.
    wudhu' and solat.
    bersenam. cycling ke. jogging ke. masuk gym.
    or, gi belai diri kat spa. berurut. facial. sauna...
    mesti ada jalannya ilang stress. yg pendam. dok diam sorang2. tak bagus gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tk perlu semua,asalkan stress dan tekanan tu dah hilang :)

      Delete
  8. baru tahu kalau nak hilangkan stress dengan bersenam. ohh lepas ni tak yah makan tidur la kalau stress. better lagi pergi bersenam kan. nasib baik tahu sekarang. tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bersenam dapat sihatkan badan jugak selain dapat hilangkan stress ;)

      Delete
  9. Indeed mmg semua org mesti ada alami stress ni kan, dan mmg penting unt kawal & hilangkan stress so that tak jadi depression or anything pulak. Bagus point2 tu, some of them mmg qeela ada amalkan jugak. Lagi satu, buat apa yg kita suka / enjoy, mcm tgk movie or main game pon boleh release stress jugak hehe.

    ReplyDelete
  10. Nampak macam tak de apa apa effect stress, tapi jika dibiarkan. Boleh jadi mental jugak kan Aerill.

    Betul tu, bau busuk tu kadang jadi punca stress. Macam bau taik kucing depan rumah ruby nilah. Allahu. Sabar jelah.

    Stress pikirkan kucing kucing liar ni.

    Kalau stress ni, ruby suka berurut. Fuhh release segala urat tegang.

    Simple je 10B ni.

    ReplyDelete
  11. Terbaik bro. Kalau Naim alami stress, layan lagu dan tido. Yang penting berzikir dapat kendur2 urat yang stres tu kan. Apapun terima kasih share artikel ini. Memang terbaik~ :)

    ReplyDelete
  12. Betul kalau orang kerja mesti ada sedikit sebanyak stress dan kita pernah alami dan kita amalkan beberapa langkah yang ada tu memang berkesan paling bagus adalah ambil wudhuk dan solat lagi berkesan..

    ReplyDelete
  13. Dalam byk tips tu kak ana suka bab tarik nafas. Seriously sgt membantu kalau buat dgn cara yang betul.

    ReplyDelete
  14. Susah sebenarnya bila diri sendiri ada dalam keadaan tertekan ni. Bukan semua orang ada kekuatan nak buat semua tips di atas. Yang penting kalau kite stress, reach out to people that you can trust. Dari situ, insyaAllah boleh ada kekuatan

    ReplyDelete
  15. Kena tambah satu lagu, update blog bila stress :) haha...terbaiklah tuan, teknik 10B ni memang boleh digunakan untuk kurangi stress kita. Terpulang kepada setiap individu bagaimana nak kurangkan stress yg mereka hadapi. Yang penting ianya tidak menyalahi tuntutan agama kita dan juga tidak membahayakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  16. Betul, semkain meningkat usia, tekanan tu datang semakin serius ye..banyak benda nak kene fikir, nak kene buat..fuh..kalau boleh nak jadi baby semula..hahhaa...bila nad stressnad akan berehat kejap, tgk tv, tarik nafas..tennagkan otak ni jap

    ReplyDelete
  17. Menariknya 10 B. Yes, stress berlebihan sangat bahaya. Dan point pertama sangat penting. Bertenang. Kena latih diri. Ajarkan diri. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih di atas perkongsian!
    InshaAllah lepas ni akan menguruskan stress dengan lebih baik. bahaya tauu stress ni kalau dibiar lama lama

    ReplyDelete
  19. Thanks for the sharing. Banyak membantu untuk tanganie stress. Berehat dan mendebgar musik selalu menjadi pilihan. Baru boleh relax dan tenang

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post