Review Novel Fixi : Mental by Shaz Johar



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tajuk : Mental
Penulis : Shaz Johar
Keluaran : November 2012

Sinopsis

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!

Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.

Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?

MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.

Review :

Kembali lagi dalam segmen review novel. Kali terakhir aku membuat review dan ulasan novel adalah pada bulan April yang lalu. Agak lama sebenarnya. Sebenarnya novel yang aku nak review ini dah lama berada dalam koleksi aku, baru sahaja dibeli ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 yang lalu. Tapi tiada masa nak membacanya.

Alhamdulillah, aku baru selesai membaca novel ini dalam tempoh kurang 4 jam ketika perjalanan di dalam bas menuju ke kampung. Sebenarnya perasaan dan juga anggapan aku terhadap novel ini bercampur baur. MENTAL merupakan novel ketiga tulisan penulis Shaz Johar selepas KOUGAR dan TABU. Malangnya aku belum lagi membaca kedua-duanya.

Novel ini membuatkan aku seperti seorang yang mental. Maksudnya novel ini membuatkan aku faham bagaimana seorang yang bermasalah mental itu berfikir dan sebagainya. Karakter di dalam novel Mental ini juga ringkas tetapi mempunyai fungsi tersendiri.

Banyak juga isu yang disentuh berkenaan agama, keluarga dan juga masyarakat. Good job! Aku merasakan novel ini agak tidak sesuai untuk mereka yang masih lagi muda (kecil) kerana ada beberapa bahagian di hadapan yang agak seksual tetapi ianya aku rasa terjadi di dalam masyarakat sekarang. Sememangnya novel ini khas untuk pembaca matang ya.

Plot twist merupakan salah satu elemen wajib di dalam novel Fixi sememangnya sudah dapat diagak ketika lebih separuh bacaan novel ini. Seperti biasa, penulis berjaya menggarap novel ini dengan jayanya. Plot twist merupakan salah satu elemen wajib di dalam novel Fixi sememangnya sudah dapat diagak ketika lebih separuh bacaan novel ini. Seperti biasa, penulis berjaya menggarap novel ini dengan jayanya. 





Sekian

44 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wow what a great novel. will checkout this novel

    ReplyDelete
  2. To be honest, tak pernah lagi baca buku-buku Fixi walaupun ramai yg recommend. Huhu. Skrg baca buku parenting je byk.

    ReplyDelete
  3. buku fixi memang tak pernah mengecewakan.
    aku dah baca MENTAL, dan TABU. KOUGAR aku lupa. hahahhaha.

    ReplyDelete
  4. Rajinnya baca novel. saya ni susah nak baca buku kalau takde gambar.. haha.. tapi saya akan cuba sebab novel ni saya tau best sebab kita kena bayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab saya suka membaca, jadi sebab tu suka novel haha. tambah pulak novel fixi :)

      Delete
  5. aduh. ni penulisan aerillhassan da buat orang menggelitik tak senang duduk nak baca novel skrg juga. biasa orang yang terer tulis ni taste dia sangat bagus. grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh? mana ada terer tulis. haha rasanya lepas dah baca banyak penulisan orang, sedikit sebanyak akan influence diri kita cewahh

      Delete
  6. nice.
    membaca dan berfikir.
    bila penulis sukses buat pembaca menjadi watak dlm buku, satu kejayaan tu.
    menjadik!
    wah, baca dlm bas? aida x boleh membaca dlm kenderaan yg bergerak. akan pening.
    phone pun takkan baca sms ke, wasap ke, fb ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bijak cerita dalam novel ni. alhamdulillah , boleh baca dalam bas, takda rasa pening sbb fokus kot haha

      Delete
  7. jalan cerita dia nampak menarik sebab kupas kehidupan dan perasaan pesakit mental. Nak cari lah nanti.

    ReplyDelete
  8. Tabikkk kat Aerill, boleh habiskan baca novel tu dalam masa 4 jam.

    Gunakan masa sebaiknya. Good.

    Bila kita baca novel, kita seolah dapat menghayati watak dan karakter dalam tu kan.

    Ruby dah lama tak beli novel novel begini :(

    Sekarang lebih banyak kepada buku buku motivasi dan bisnes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak sangka boleh habis baca dalam 4 jam tu. haha :)

      Delete
  9. Hey there, although I am not joining the sesi today but can I still share some comment here. I am also a fan of Fixi novel. I think the writers are honest and the story line is cool too. Maybe I should add Mental to my #BooksToReadList. Tq

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak baca novel dan rasanya macam sis tak cukup masa nak baca novel. Pernah dengar FiXi tu sebab ada sorang kenalan penulis buku dan bukunya pun diedar oleh FiXi. Sis sekarang dah kurang membaca. Baca buku masakan aje. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa. mungkin suatu hari nnti , bila ada masa lapang :)

      Delete
  11. Kita bila tengok Novel tebal-tebal dan banyak tulisan ni terus jadi MENTAL hehehe tak tahu kenapa mungkin kita bukan ulat buku kot. Tapi tak apa ada review macam ni kita juga dapat tahu pasal sebuah novel macam Mental ni///

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, novel fixi ni bagi saya takdelah tebal mana. kalau novel cinta lagi tebal boleh mencapai 800 muka surat haha

      Delete
  12. Rajin betul aerill bwt review ttg novel...kalo BC tgk novel tebal2 ni boleh bwatkam BC tertidur...syabazz kerana berkongsi review ttg novel ini...boleh NC cadangkan dgn pd kakak BC yg suka membaca novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sebab best! haha novel yg best , saya rasa salah satu cara nak appreciate penulis adalah melalui review :)

      Delete
  13. Baru baca ulasan awak dah rasa mental membacanya.. Kalau baca ni mau murung akak nanti. Hehhehe. Tapi akak ni nk pegang novel pun xsempat skrg ni.. Anak2 asyik mngacau ja. Either anak kacau or tertidur x sempat baca pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya best jika faham betul2. :) macam luar daripada pemikiran.

      Delete
  14. Jalan cerita dia macam best. Kalau aerill kata membaca novel ni boleh rasa diri sendiri yg mental, meaning gaya penyampaian penulis ni memang betul2 hebat lah.

    ReplyDelete
  15. MAcam menarik je novel ni dari ulasan Aerill ni especially bila Aerill kata "Novel ini membuatkan aku seperti seorang yang mental" Macam mana rasanya tu ye?

    Apapun tahniah sebab dapat isi masa kosong dalam bas tu dengan membaca. Tak pening ke baca dalam bas? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam dalam fikiran jadi macam2 ada haha.. apa yg kita fikir tak sama dengan apa yang dibaca. haha :) saya rasanya tiada masalah untuk baca dalam bas

      Delete
  16. Dah lama tak baca buku fixi. dulu selalu jugak baca buku fixi housemate punya. baca sinopsis macam menarik isi dalam tu. kena mintak si housemate beli buku ni la

    ReplyDelete
  17. Gila lah. Saya baca sinopsis pun dah berdebar2 nak tahu ending dia. Itu la elemen plot twist yang best dalam novel.

    ReplyDelete
  18. Tak reti baca buku fixi. Macam kene kritikal thinking. Dah lama tak baca buku. Saya suka buku motivasi and islamic dakwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba baca ya, rasanya semuua buku fixi khas untuk mereka yang berfikiran matang sbb byk elemen2 pelik :)

      Delete
  19. I pernah dengar feedback bagus ttg novel fixi ni, belum habis baca novel nya lagi.

    ReplyDelete
  20. Dah lama x baca novel ni. Sekarang mouse mommy lebih ke maklumat yang berkaitan dengan famili, anak2 dan perubatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke haha sekali sekala b9lehlah try baca kisah mcm nj

      Delete
  21. dah habis baca Nota tapi belum lg baca Mental. slow sikit baca buku fixi ni..

    ReplyDelete
  22. One of the hardest steps in writing a fantasy novel is of course how to start it. Here are some writing fantasy novels tips on how you can start it.นิยาย pdf

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post