Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Baru-baru ini aku berpeluang untuk melawat Kompleks Seri Perdana bersama rakan-rakan media dalam program Fam Trip Putrajaya yang dianjurkan oleh Gaya Travel dan juga Perbadanan Putrajaya. Untuk mereka yang belum tahu, Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Orang awam boleh melawat Kompleks Seri Perdana! Kepada yang tak tahu, ada beberapa tempat di Kompleks Seri Perdana ini yang anda boleh lawati, iaitu Blok Protokol dan juga Blok Banquet. Alhamdulillah, memang seronok kami semua melawat dan melihat kawasan disekitar dua blok ini.

Terdapat beberapa peraturan dan protokol yang anda perlu patuhi sebelum melawat ke Kompleks Seri Perdana ini. Contohnya, anda perlu berpakaian sopan, kasual, tidak boleh memakai seluar pendek, skirt pendek dan sebagainya.

Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang telefon, kamera, beg, makanan, minuman dan sebagainya ke dalam Kompleks ini.

Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Untuk mengambil gambar, Seri Perdana menyediakan perkhidmatan jurugambar berbayar. Kawasan yang telah dikhaskan untuk anda bergambar adalah dikawasan tangga dan juga berdekatan dengan lukisan Tun Mahthir dan Tun Siti Hasmah.

Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Lawatan kami bermula di Blok Banquet. Di sini menempatkan sebuah dewan banquet dan juga galeri pameran. Dewan Banquet yang sangat indah ini mempunyai ciri-ciri Perancis dan boleh memuatkan seramai 200 hingga 300 orang tetamu.

Ruangan galeri pameran pula menempatkan koleksi hadiah, anugerah dan cenderahati yang diterima oleh Perdana Menteri daripada pembesar-pembesar luar dan dalam negara.

Setelah selesai membuat lawatan di Blok Banquet, kami semua dibawa pula ke Blok Protokol. Disini terdapat beberapa ruangan bilik utama yang digunakan untuk menyambut dan meraikan ketua-ketua Negara, Ketua-Ketua Kerajaan dan pembesar-pembesar luar dan dalam negara.

BILIK TETAMU UTAMA
Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Perdana Menteri akan menyambut dif-dif Kenamaan di bilik ini. Ianya juga digunakan untuk perbincangan tertutup dengan ketua-ketua negara dan kerajaan.
BILIK MENUNGGU
Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

Terdapat dua bilik menunggu khas yang disediakan untuk kemudahan tetamu, iaitu Bilik Menunggu I dan Bilik Menunggu II.

SURAU
Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

DEWAN JAMUAN KHAS
Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya
Dewan ini digunakan untuk majlis jamuan rasmi Ketua-ketua negara, Ketua-ketua kerajaan dan Pembesar-pembesar luar dan dalam negara. Dewan ini mampu memuatkan antara seramai 60 – 80 orang tetamu.

Terima kasih diucapkan buat staff Kompleks Seri Perdana kerana membawa dan menjadi ‘tour guide’ untuk lawatan kami ke kompleks ini.

Lawatan Ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

CARA MEMBUAT PERMOHONAN LAWATAN KE KOMPLEKS SRI PERDANA

Untuk membuat lawatan, anda perlu membuat permohonan dengan membuat tempahan menggunakan BORANG ONLINE atau emel terus kepada visitperdana@pmo.gov.my, iaitu selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh lawatan anda.

Tempoh lawatan adalah sekitar 1 jam 30 minit dan pihak pengurusan boleh meminda jadual lawatan anda sekiranya terdapat majlis rasmi semasa waktu lawatan tersebut.


HARI LAWATAN:

Isnin hingga Khamis: Guided Tour dan Walk In
Jumaat dan Hari Kelepasan Am: Ditutup untuk penyelenggaraan.
Sabtu dan Ahad: Walk in.

WAKTU LAWATAN:

9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahhari
12.30 Tengahhari hingga 2.00 Petang (Tutup Waktu Rehat)
2.00 Petang hingga 4.00 Petang
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.seriperdana.gov.my/v2/#home

ALAMAT:

Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, 62502 Putrajaya, Malaysia.


#PutrajayaRuns #GayaTravel  #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020


Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .

21 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Selalu datang putrajaya, tak terfikir plak datang white house malaysia ni

    ردحذف
  2. Tempat dekat dah, tapi tak pernah sampai lagi. Mcm instagramble je hehe

    ردحذف
  3. bestnya. pertama kali ke putrajaya tahun lepas sebab ada program Shaklee. tak sabar nak pi lagi ^_^

    ردحذف
  4. puas hati boleh melawat ke sini.. bukan senang nak sampai sini.. pasti pengalaman yang tidak dapat dilupakan .. perlu ikut protokol berpakaian lagi..

    ردحذف
  5. wahhhh.. tak sangka pulak boleh buat lawatan ke sana.. menarik ni kalau buat grup tour opis ke sana.. thanks for sharing the info!

    ردحذف
  6. Wow, interesting! Teringin juga nak masuk ke dalam tengok2 keadaan di dalam Kompleks Seri Perdana.

    ردحذف
  7. baru tahu kena isi borang untuk buat lawatan ke sana hihi thanks for sharing

    ردحذف
  8. Menarik tempat ni. Tak sangka kat putrajaya. Teeingin nak masuk dan tengok.juga

    ردحذف
  9. Baru tahu kat Kompleks Seri Perdana ini boleh buat lawatan. Walaupun 2 bahagian, iaitu Blok Protokol dan juga Blok Banquet tapi ini pun dah cukup ok.

    ردحذف
  10. Lama tak g Putrajaya and teringin juga nak masuk ke sini merasa jadi vip jap eh..

    ردحذف
  11. Oh boleh melawat rupanya dalam Kompleks Seri Perdanan ni. Mestilah kena ada protokol semasa lawatan dan bukan semua bahagian boleh terjah kan.

    ردحذف
  12. Wah. Tak tahu pulak boleh melawat dkt sini. Selalu org have2 je masuk

    ردحذف
  13. Seronoknya dapat masuk Komplek Seri Perdana ni selalu memang susah nak masuk sini besar giler dan luas nya patut lah orang luar kagum dengan Putrajaya ciptaan Malaysia ni... Kita selalu sampai kat bulatan masjid jer wakakakaka..

    ردحذف
  14. cantiknya hiasan dalam.. oh baru tahu orang awam pun boleh masuk pejabat perdana menteri ni.

    ردحذف
  15. Syoklah dapat jalan-jalan dekat Kompleks Seri Perdanan, baru tahu public pun boleh masuk situ! teringin pula ranak nak pi melawat

    ردحذف
  16. confirm la kena cantik, kan.
    delegasi luar dtg, wow lah mereka dgn pentadbiran negara kita.
    potret tun m tu sungguh cantik dijadikan hiasan di dinding utama.
    terbaik :)
    aida setakat jalan2 kat luar aje. lom la terasa nak melawat di dalam.

    ردحذف
  17. cantiknya tempat, tak tau pulak boleh visit dah sri perdana ni. bolehla bawa anak2 nanti

    ردحذف
  18. Wahhh boleh buat lawatan ekk?? Baru sis tahu. Nak apply jugak lah..boleh bawak anak tgok nanti

    ردحذف
  19. Wah untungla dapat masuk sini..boleh tengok tempat dia macm mana..Cantik dekorasi dalamna dia..Kene byr ke masuk sini

    ردحذف
  20. Wow I never know this place is so mesmerizing about our own Malaysian story. for sure I will go there soon

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم