Review Filem : Ocean's 8 (2018)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Ocean's 8 (2018)

Kembali lagi dalam rancangan "Tonton Filem Apa Minggu Ini?". Sebenarnya sudah lama jugak aku tak review atau memberi ulasan untuk mana-mana filem yang sempat ditonton. Kali terakhir adalah pada bulan November yang lalu. Kali ini aku sempat tonton sebuah filem yang ditayangkan pada tahun 2018. Ya, sudah setahun filem ini ditayangkan dan aku baru sempat nak tonton. Jadi, jangan lupa untuk membaca ulasan aku sehingga akhir.

------

Ocean's 8

Filem Ocean's 8 atau juga dikenali dengan nama Oceans' Eight merupakan sebuah filem pencurian komedi Hollywood 2018 diarahkan ole Gary Ross dan ditulis oleh Ross dan Olivia Milch. Filem ini merupakan sambungan dan jiuga spin-off bagi Steven Soderbergh Trilogi Ocean. Filem ini menampilkan pelakon hebat Hollywood seperti Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hatthaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Rihanna, Helena Bonham Carter dan Awkwafina. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan wanita diketua oleh Debbie Ocean, adik kepada Danny Oceans, merancang pencurian yang sangat rapi di majlis Met Gala bertempat di Metropolitan Museum of Art, New York. 

Tayangan perdana bagi filem ini adalah pada 5 Jun 2018 di Alice Tully Hall, dan telah diedarkan oleh Warner Bros Pictures di Amerika Syarikat pada 8 Jun 2018 iaitu 11 tahun selepas tarikh tayangan Oceans's Thirteen. Filem ini menerima kutipan box office sebanyak $297 juta dolar dan menerima respons pelabagi daripada pengkritik filem. 


SINOPSIS

Review Filem : Ocean's 8 (2018)

Newly paroled con artist Debbie Ocean (Sandra Bullock) , the late Danny Ocean's younger sister, convinces former partner-in-crime Lou (Cate Blanchett) to join her in a new heist. They assemble their team: bankrupt fashion designer Rose Weil (Helena Bonham-Carter), jewelry maker Amita (Mindy Kaling) who is eager to move out of her mother's house, security hacker Nine Ball (Rihanna), street hustler and skilled pickpocket Constance (Awkwafina), and profiteer Tammy (Sarah Paulson), who fences stolen goods out of her suburban home.

Debbie plans to steal the Toussaint, a $150 million Cartier necklace, during the upcoming Met Gala and use movie star Daphne Kluger (Anne Hathaway) as a mule. The team manipulates Daphne into hiring Weil and convince Cartier to loan Daphne the Toussaint. They digitally scan the necklace to manufacture a worthless cubic zirconia replica. Tammy secures a job at Vogue and gains access to the gala, and Debbie leads Daphne to invite art dealer Claude Becker, whose betrayal sent Debbie to prison, as her date. Lou confronts Debbie for planning revenge against Becker, but Debbie reassures her this is not the case.

When Rose learns the Toussaint can only be unclasped by a special magnet carried by Cartier's bodyguards, Nine Ball enlists her younger sister Veronica's help in solving the mechanism. At the gala, Lou spikes Daphne's soup, causing her to vomit in the restroom, a blind spot to the Met's cameras created by Nine Ball. Constance removes the necklace and sneaks it to Amita, who splits it into smaller pieces of jewelry. The Toussaint's disappearance triggers the museum's evacuation, but the search ends when Tammy "finds" the duplicate necklace. Constance slips the Toussaint pieces to the team to smuggle out; Debbie plants a piece on Becker. After the heist, Debbie and Lou reveal Daphne had been in on the plan.

Review Filem : Ocean's 8 (2018)

Cartier discovers the recovered necklace is a fake and dispatches insurance investigator John Frazier. Having crossed paths with the Oceans before, Frazier immediately suspects Debbie, but her careful presence on the gala's video footage gives her an unbeatable alibi. She tells Frazier she may know who stole the necklace. Daphne visits Becker and sends Frazier a picture of the jewel Debbie planted. To further frame Becker, Debbie hires actresses posing as elderly socialites to sell the Toussaint off piece-by-piece and deposit the money into an account in Becker's name. Frazier takes Becker into custody.

As the eight celebrate their success, Lou reveals the heist's true target: while the gala was being evacuated, she and "The Amazing" Yen replaced a Met display of royal jewels with replicas, escaping with gems even more valuable than the Toussaint. With a larger-than-expected share of the score, each member of the team goes her separate way: Amita travels to Paris with a man she meets on Tinder, Weil pays off her debts and opens her own store, Constance buys a spacious loft in the city and becomes a YouTuber, Tammy expands her business in stolen goods, Nine Ball opens a pool hall, Daphne becomes a film director, Lou takes her motorcycle on a cross-country road trip, and Debbie visits Danny's tomb and enjoys a martini knowing he would be proud of her.


WATAK
Review Filem : Ocean's 8 (2018)

➤Sandra Bullock sebagai Debbie Ocean, pencuri profesional, kawan baik kepada Lou dan adik kepada Danny Ocean.
➤Cate Blanchett sebagai Lou Miller, sahabat kepada Debbie
➤Anne Hathaway sebagai Daphne Kluger artis dan selebriti terkenal
➤Mindy Kaling sebagai Amita, pembuat barang kemas
➤Sarah Poulson sebagai Tammy, seorang suri rumah dan pencuri barangan mewah
➤Awkwafina sebagai Constance, seorang pencuri pickpocket
➤Rihanna sebagai Nine Ball/Leslie, seorang hacker berbakat
➤Helena Bonham Carter sebagai Rose Weil, seorang pereka fesyen yang memalukan
➤Richard Armitage sebagai Claude Becker, seorang  pengurus hasil seni yang membuatkan Debbie masuk penjara sbelum ini
➤James Corden sebagai John Frazier sebagai seorang penyiasat insurans

Artikel Berkaitan :  [ Review Filem : Munafik 2 (2018) ]

REVIEW FILEM

Review Filem : Ocean's 8 (2018)

Sekarang tibalah masa untuk ulasan pula. Untuk filem ini, aku lebih melihat kepada plot dan wataknya, sama ada watak berkembang atau tidak? Plot menarik , tersusun atau ada beberapa faktor yang tidak berapa menarik? Oh, satu lagi, aku belum pernah menonton mana-mana siri Trilogi Ocean sebelum ini ya!

PLOT/ JALAN CERITA

Pertama, plot atau jalan ceritanya sangat ringkas dan mudah difahami. Iaitu berkenaan sekumpulan wanita merancang untuk mencuri rantai yang berharga ratusan juta di majlis yang sangat berprestij dan sekuriti yang sangat ketat.  Kemudian, sepanjang plot ini ada beberapa tambahan atau rencah tambah yang membuatkan jalan cerita lebih menarik. Contohnya sesi merekrut wanita-wanita ini, juga bagaimana mereka menipu orang ramai.

Kedua, di awal filem lagi sudah ditunjukkan skill penipuan oleh watak utama yang sangat hebat, dan bagi aku berjaya menarik minat aku untuk menonton. Babak yang mana? Babak ketika Sandra Bullock di kedai barangan mewah dan di hotel. Sebenarnya aku menonton babak ini di Twitter, lepas tu aku tertarik nak tengok filem ni, lantas terus download dan tonton di komputer riba.

Ketiga, plot twist di pengakhirannya juga bukan suatu yang aku jangkakan. Seperti yang anda tahu dan tidak tahu, aku suka filem atau novel yang mempunyai plot twist. Aku tak jangkakan watak Anne Hathaway yang pada awalnya bukan sebahagian daripada mereka rupaya turut berkomplot.

Briliant!

WATAK

Review Filem : Ocean's 8 (2018)

Pelakon kelas pertama! Ya, filem ini menampilkan pelakon Hollywood wanita yang sangat berbakat dan hebat-hebat belaka! Siapa yang tak kenal pelakon seperti Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway dan Helena Bonham Carter? Juga yang lain-lain, mereka sangat berbakat dan sangat dikenali kerana hasil kerja!

Boleh dikatakan pelakon-pelakon semuanya membawakan watak mereka dengan baik, sangat berbeza dengan filem-filem yang pernah dilakonkan sebelum ini. Sebab itu mereka sangat versatile, mampu membawa watak lain, dan lari daripada watak yang pernah dilakonkan sebelum itu.

CAMEO

Antara yang menarik adalah cameo daripada beberapa figura terkenal Hollywood seperti Kardashians, Anna Wintour, Heidi Klum, Hailey Bieber, Gigi Hadid, Serena Williams dan ramai lagi.  Cameo ini membuatkan babak ketika di Met Gala nampak seperti majlis yang sebenar!

Kesimpulannya, filem ini merupakan salah satu filem menarik yang boleh ditonton seisi keluarga kerana komedi dan jalan cerita yang kemas dan tersusun. Senang untuk difahami dan seronok.

Review Filem : Ocean's 8 (2018)

⭐⭐⭐⭐/ 5

Artikel Berkaitan : [ Review Filem : Friendzone (2019) ]


 Sekian

 Sumber Gambar : Google Image

2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.