Soalan Lazim Tentang Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Soalan Lazim Tentang Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

Apa khabar buat rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Sementara masih dalam situasi kuarantin ni, aku nak berkongsi dengan anda beberapa soalan-soalan dan jawapan yang sering ditanya berkenaan COVD-19.

Malaysia nampaknya bakal melanjutkan lagi tempoh kuarantin. Aku berpendapat itulah yang sebaiknya sebab di hari ini pun masih lagi ramai yang tidak mengikut arahan. Semoga cepatlah pulih keadaan ini dan kita dapat menyambut Ramadhan dan Syawal dengan penuh kesyukuran.

1. APAKAH SIMPTOM JANGKITAN COVID-19?
Soalan Lazim Tentang Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

Virus korona adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan manusia. Ini bermakna, majoriti simptom yang direkodkan mempunyai kaitan dengan sistem tersebut.  Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang dijangkiti oleh virus ini lazimnya akan menunjukkan simptom seperti berikut:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah membuat analisis berkaitan dengan 55,000 kes positif COVID-19 yang disahkan di China. Berdasarkan kajian tersebut, terdapat beberapa simptom lain yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti wabak.

Antaranya:

👉Kelesuan
👉Sakit sendi/tulang
👉Sakit tekak
👉Sakit kepala
👉Kesejukan
👉Muntah dan loya
👉Cirit-birit

Namun, perlu diingatkan juga, bukan semua individu berjangkit menunjukkan simptom.

2.VIRUS KORONA ADALAH VIRUS YANG MENGJANGKITI SISTEM PERNAFASAN. BAGAIMANA IA TERSEBAR?

Soalan Lazim Tentang Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

Virus korona baharu berupaya untuk tersebar melalui titisan udara. Oleh sebab virus ini masih lagi baru, pakar di seluruh dunia sedang cuba untuk mengkaji jika terdapat kaedah penyebaran lain.

Setakat ini, kebanyakan kajian menunjukkan:

COVID-19 berupaya untuk tersebar daripada satu individu kepada individu yang lain dalam lingkungan jarak 2 meter. Ia berlaku melalui titisan udara yang tersebar sewaktu individu berjangkit bersin atau batuk.

Virus ini boleh hidup di permukaan luar badan manusia untuk satu tempoh yang lama. Individu yang ada kontak dengan permukaan berisiko boleh mengalami jangkitan jika sentuhan dengan muka berlaku selepas itu. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), ini bukanlah satu kaedah penyebaran utama bagi virus ini.

COVID-19 boleh disebarkan oleh individu berjangkit walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom. Menurut CDC, virus korona baharu boleh tersebar dengan mudah dalam satu komuniti.


3.ADAKAH VIRUS INI BOLEH TERSEBAR MELALUI BARANG ONLINE DARI NEGARA CHINA?

Kebanyakan negara telah mengimplementasikan prosedur pembasmian kuman sebelum barangan mereka dieksport keluar. Namun, jika prosedur tersebut tidak dilaksanakan sekalipun, risiko untuk anda mendapat jangkitan sangat rendah.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh hidup di luar badan sehingga 9 hari. Namun, menurut Pengarah Institusi Kesihatan Universiti Kebangsaan Singapura, Dr Michael Merson, faktor seperti suhu dan lembapan persekitaran turut memainkan peranan.

Kaedah penyebaran virus utama adalah melalui titisan udara. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan COVID-19 mampu tersebar melalui barang yang ditempah online.


4. ADAKAH PEMAKAIAN TOPENG MUKA MAMPU MENGHINDARKAN JANGKITAN COVID-19?

Secara umumnya, ia bergantung kepada situasi. Jika anda merupakan individu yang sihat, maka perlindungan yang diberikan oleh topeng muka tersebut hanyalah pada kadar sederhana. Ini bermakna anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19.

WHO menggalakkan penggunaan topeng muka pada mereka yang sakit dan individu yang menjaga pesakit (frontliner). Jika anda tidak tergolong dalam kumpulan tersebut, penggunaan topeng muka cumalah satu langkah pembaziran.

Kini, jumlah topeng muka semakin berkurangan dan harganya meningkat secara mendadak. Cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan COVID-19 adalah dengan mencuci tangan secara kerap.

5. ADAKAH SAYA BERISIKO UNTUK MENDAPAT JANGKITAN COVID-19?

Risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19 bergantung kepada beberapa faktor antaranya usia, penyakit kronik, imuniti badan dan faktor lokasi. Malaysia kini mengalami peningkatan mendadak dengan jumlah pesakit yang didiagnosis dengan jangkitan wabak ini. Oleh demikian, tanpa langkah pencegahan, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan dan amalan jarak sosial bagi membendung wabak ini daripada terus menular. Seperti apa yang telah dibuktikan oleh beberapa wilayah di China, jangkitan ini boleh dibendung. Namun, jika langkah pencegahan tersebut diambil sambil lewa, kita bakal menyaksikan peningkatan mendadak pada gelombang ketiga wabak virus korona!

Antara individu yang berisiko adalah:

👉Golongan tua
👉Lelaki 
👉Individu yang mempunyai penyakit kronik (penyakit peparu, kencing manis, masalah jantung)
👉Individu yang merokok

6. ADAKAH COVID-19 SAMA DENGAN SARS?

Soalan Lazim Tentang Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

Wabak epidemik sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang pernah berlaku pada 2003 turut disebabkan virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae.

Jika dibandingkan dengan COVID-19, ia mempunyai struktur genetik yang hampir sama, namun berbeza. Sebab itu COVID-19 pernah digelar SARS-CoV 2 berikutan persamaannya dengan struktur virus SARS-CoV.


7. RUMAH KOTOR BOLEH TINGKATKAN RISIKO JANGKITAN WABAK KE?

Oleh sebab COVID-19 boleh hidup lama di luar badan manusia, pembersihan rumah perlu dilakukan secara berkala. Perkakasan, peralatan atau bahagian rumah yang banyak disentuh seperti tombol pintu, kabinet dapur, remote televisyen dan sebagainya perlu dibersihkan secara kerap.

Jika dalam kalangan keluarga, ada individu yang dikuarantin atau diisolasi, pastikan anda mengelap permukaan yang disentuh oleh mereka menggunakan cecair pembasmi kuman. Rumah yang kotor boleh menyebabkan penularan virus berlaku dengan lebih mudah.

8. APAKAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGHINDARI JANGKITAN CIRUS KORONA?

Soalan Lazim Tentang Coronavirus Disease 2019 (COVID-19)

WHO dan KKM menyarankan setiap individu untuk mencuci tangan secara kerap. Setiap sesi perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 saat. Walaupun ramai individu lebih suka menggunakan hand sanitizer namun, penggunaan air dan sabun adalah lebih berkesan.

Lapisan luar virus korona yang diperbuat daripada lemak merupakan lapisan yang memberikan sokongan lemah kepada struktur virus. Ia mudah untuk sebati bersama sabun. Kesannya, virus tersebut dapat dibasmi dengan mudah. Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Selain itu amalan jarak sosial juga boleh memberikan perlindungan kepada anda. Topeng muka hanya boleh dipakai sekiranya anda menjaga pesakit COVID-19. Jika tidak, elakkan daripada memakainya.


Sekian
Sumber : Hellodoktor | Google Image 

11 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. ya, mask muka sepatutnya digunakan oleh orang yang sakit atau ada simptom pernafasan sahaja..tapi kat Malaysia ni, orang yang sihat kalau tak pakai mask muka, tak boleh masuk pasaraya beli barang dapur..tak boleh masuk klinik buat medical checkup..masa roadblock pun polis tanya, kenapa tak pakai mask muka..huhuhu

    ReplyDelete
  2. takut nak baca. for me, just follow the perintah kawalan pergerakan to be safe sekarang ni. tapi kena baca juga info how the virus boleh tersebar kan. ;(

    stay safe everyone.

    ReplyDelete
  3. duduk rumah. ni penting. dgr la arahan kerajaan.
    jgn ada contact dgn ramai org.
    mudah nak kesan if tempat tu ada jangkitan covid.

    ReplyDelete
  4. Sejak Covide-19 melanda negara ini, Aku betul2 patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.. Nak jumpa orang pun tak berani sangat dah...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah setakat ni family kecil mommy masing-masing tiada menunjukkan tanda. yang merisaukan mommy, esok hausband dah kerja masuk kerja. pergi jumpa dengan ramai orang. nak kena remind dia selalu. bila balik kena mandi dulu baru boleh dekat dengan anak-anak

    ReplyDelete
  6. These are good information on covid-19 bro. Thank you for sharing with us. Pls stay at home safe and pray.

    ReplyDelete
  7. Penting dapatkan info sahih dari certified website untuk isu kesihatan global ini. Cepatlah selesai isu ni. Terasa ujian dari yang Esa

    ReplyDelete
  8. Nak tau tak, Sis sampai sekarangkan duk baca dan baca nak fahamkan tetap tak puashati tau...yeee sebab nak fahamkan betul-betul apa punca, akibat, kesan dan cegah semua memang kita takkan faham, tapi sekurang-kurangnya kita baca ada juga faham...yang tak baca langsung tu, haaaa sebab tu lee dia ada atas jalanraya hahahaha

    ReplyDelete
  9. key point dia, doa dan pastikan sistem imun kita kuat supaya ia boleh lawan segala jenis jangkitan

    ReplyDelete
  10. Banyak info terima dari whatsapp pasal covid nie. Ada je tiap hari org nak share. Kadang benda tu palsu je tp makcik2 bawang gigih share

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing this info, its good tips for everyone.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post