Apakah Yang Perlu Kita Buat Selepas Wabak COVID-19 Reda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan semua? PKP untuk fasa ketiga telah pun bermula dan dijangka akan berakhir selepas beberapa kita masuk ke bulan Ramadhan. Bagaimana dengan persiapan untuk memasuki Ramadhan? Yang pastinya segalanya berbeza berbanding sebelum - sebelum ini.

Walaupun perjalanan COVID-19 masih jauh, dimana kita boleh lihat setiap hari masih lagi berlaku pertambahan kes yang masih mencecah ratusan, tapi apakah yang akan terjadi selepas wabak ini reda? Adakah keadaan akan pulih secara sediakala dan kita bebas untuk bergerak dan bersosial seperti sebelumnya?


APAKAH YANG PERLU KITA BUAT SELEPAS WABAK COVID-19 REDA?


Wabak COVID-19 sukar untuk ditamatkan “begitu sahaja”. Namun, ia boleh reda dengan meratakan lekuk graf jangkitan. Antara usaha yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mematuhi PKP sehinggalah ia berakhir.

Namun selepas ia berakhir, kita masih tidak boleh kembali ke kehidupan normal. Contohnya, kita tidak boleh anjurkan kenduri-kendara, perhimpunan, persembahan atau pertunjukan yang memerlukan kehadiran ramai individu di suatu tempat.

Sebaliknya, kita masih perlu pakai topeng muka dan pengamalan jarak sosial ketika di luar rumah atau di tempat kerja.



Begitu juga dengan aspek kebersihan. Kita masih lagi perlu amalkan etika batuk dan bersin serta mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer untuk mengelak wabak ini berulang.

Dalam erti kata lebih mudah, tiada apa yang berbeza kecuali pergerakan kita mungkin sudah tidak terlalu terbatas. Kita mungkin sudah boleh pergi bekerja dan melakukan aktiviti di luar rumah.

Namun, ini adalah sangat bergantung kepada keadaan ketika itu. Jika wabak COVID-19 dilihat semakin meruncing, maka PKP mungkin masih perlu diteruskan sehingga ia benar-benar berada pada tahap selamat.

Maka, bersamalah kita mematuhi PKP dan mengamalkan langkah keselamatan, kesihatan dan kebersihan agar lekuk graf jangkitan dapat diratakan.

RAKYAT MASIH DEGIL?


Walaupun sudah masuk ke fasa ke 3, tapi rakyat Malaysia masih degil untuk mengikut arahan yang diberikan. Masih banyak kenderaan di sana-sini, ramai juga yang ditangkap walaupun hukuman ditingkatkan. Jadi, macam mana lah wabak ini nak reda jika kita tidak 100% mengikut apa yang diarahkan oleh KKM?


Sekian

Sumber : Hellodoktor | Google Image

22 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Pada pandangan saya, pasca Covid 19 ni pastinya akan merubah banyak perkara kat Negara kita selain pergerakan . Cth mungkin banyak organisasi slps ni boleh menjadi lebih terbuka untuk menggalakkan para ibu bekerja dari rumah kee..improve work-life balance mungkin.. atau sesetengah organisasi jugak mungkin boleh reset balik sistem company more to online practice untuk lebih jimat [not all la tapi mungkin sesetengah urusan lebih jimat dibuat online ]... ni pandangan sy as a HRD practitioner. Tq. Ini pandangan sahaja. Lain orang lain practicenya kan.. hehe

    ردحذف
  2. Jika covid 19 ni pulih, kita akan lebih berhati2 jika berlaku wabak lg. Prevention is better than cure....

    ردحذف
  3. Sepatutnya kerajaan jgn bg industri2 lain operasi sbb tgk makin ramai keluar langgar pkp. Risau tak habis coviid smpi hjg tahun nnt kalau ada msih bdegil

    ردحذف
  4. Walaupun belum reda lagi ni, namun nak kata nak keluar pun, Sis masih dalam ketakutan...Suami pun dah warning, lepas ni hentikan dulu event-event semua sampai betul-betul reda huhuhu ...

    ردحذف
  5. Lps abis pkp ni..sis ttp duduk rumah, bila ada masa perlu shj keluar..lagi pun sis x keja, jual barang online je. Travel pun mayb 3 ke 4 tahun baru berani lah kot

    ردحذف
  6. Masa kita sedang PKP ni banyak yang akak pelajari. Dalam masa yang sama, kita tak boleh anggap perkara akan jadi sama seperti sebelum PKP. So bersedialah mental dan fizikal dari sekarang. Lepas Covid-19 akak akan pecut buat semua yang akak leka dan tak hargai sebelum ni. Takmo dah malas-malas. Nikmat banyak dah Allah s.w.t bagi.

    ردحذف
  7. Betul jugak.. Walaupun PKP dah tamat nanti, kita masih belum boleh bebas nak berhimpun atau nak beramai-ramai buat apa.. Tetap nak kena patuhi arahan penjarakan sosial tu dulu sehingga betul-betul satu dunia dah okey dari covid-19 ni

    ردحذف
  8. Masih banyak kenderaan di sana sini ni sebab faktor kena pergi kerja dan tambah juga mereka yang masih ingkar peraturan. Nak travel mana2 tahun ni pun fikir 2-3 kali jugak. Penangan Covid ni sangat la menakutkan. Seluruh dunia terkesan.

    ردحذف
  9. hai jemput dengar lagu saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ردحذف
  10. I agree with everything you said. The world won’t be the same again. Even experts are saying that the world will only return to normal in 2022. That is two years later.

    ردحذف
  11. bak kata PM, kebiasaan yg baru - social distancing, tidak bersalaman, pakai hand sanitizer... nampak sgt sayu di situ, sebab semcm tak bebas, namun itulah yg sebaiknya.
    semua mesti berhati-hati. tidak sihat, sila la pakai mask. jgn beri risiko kpd yg lain. sebab kita tak tahu virus covid19 ni adakah bebetul hilang dari radar dunia atau akan berulang semula, kan. vaksin pun belum ditemui :(

    ردحذف
  12. moga baik2 saja lepas covid ni. dan harap selain kebersihan, rakyat lebih cakna untuk kongsi info sahih.

    ردحذف
  13. Betul tu, lepas ni after dah reda pun kita masih perlu amalkan jaga kebersihan dan etika begini. Skrg fasa ke 3 tp ad beberapa sektor dah boleh keje. So bnyk la juga kereta kan.

    ردحذف
  14. Kalau pkp dah reda nanti kita tetap masih perlu berhati2.. Keep jaga penjarakan sosial, sentiasa jaga kebersihan. Pakai sanitizer tu sepatutnye perlu di kekalkan walaupun covid da xde nty sb tu utk lindungi kita dari bakteria dan penyakit2 yg kita tak nampak. Ada yang plan nak keluar lepas habis pkp tp pd iena tempoh selepas pkp ni juga kita tak seharusnya keluar berjalan2.. Cukup sekadar keluar bekerja atau jumpa family. Tak perlu nak keluar shopping dan sebagainya😁

    ردحذف
  15. InsyaAllah selepas PKP berakhir kita seperti diberi nafas baru dan jangan berasa lega dan selesa sebab virus tu mungkin masih ada yang membawa. Sentiasa berhati-hati dan jaga kebersihan dan amalkan apa yg KKM sarankan.

    ردحذف
  16. Betullah kata PM kita yang bahawa lepas habis covid ni reda kita kena biasakan dengan perkara yang baru yang kita alami sepanjang PKP ni kerana ia bukan boleh hilang begitu sahaja dan sangat bahaya kita tak tahu ia ada dimana-mana sahaja. Harap kita terus kuat untuk melawan Covid ni...

    ردحذف
  17. Apa yang nad tau, kehidupan kita berlainan selepas ni..Kalau kata covid reda, kehidupan kita berbeza,. Nad pun akan was2 nak keluar sebab masih fobia ni

    ردحذف
  18. Saya rasa lepas ni banyak perubahan yang akan berlaku dalam sistem masyarakat dan negara kita sendiri. Sesuatu yang tak pernah terfikir kita akan hadapi pada tahun 2020.

    ردحذف
  19. ada banyak yang saya rasa akan jadikan tabiat insyaAllah. kata orang the new normal. semoga cepat2 kita dapat atasi semua ni

    ردحذف
  20. Oh yes, even after PKP kita juga kena mengambil langkah berjaga-jaga like wash hand in the correct way, social distancing, try to stay at home juga. Semoga tiada lagi extension after fasa 3 PKP

    ردحذف
  21. Mentality kena berubah walaupun dah tiada PKP tapi saranan sewaktu PKP tetap perlu diteruskan demi kebaikan semua.

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم