Assalamualaikum dan salam sejahtera


BWF atau The Badminton World Federation (BWF) telah mengumumkan bahawa mereka telah membekukan Ranking Dunia dan Ranking Dunia Junior sehingga tarikh yang akan diberitahukan kelak. Pelbagai perlawanan antarabangsa sejak pertengahan Mac sehingga akhir April 2020 telah ditunda atau dibatalkan akibat penyebaran virus COVID-19.

Ketika ini sukar untuk mengjangka bilakah perlawanan antarabangsa seterusnya yang akan berlangsung dimana perlawanan pada bulan Mei dan juga Jun dijangka akan dibatalkan juga. Pembekuan ranking ini bermula pada Minggu ke 12 dimana minggu berikutnya adalah perlawanan antarabangsa terakhir yang berlangsung iaiatu YONEX All England Open 2020.

Senarai ranking pada 17 Mac 2020 akan dijadikan asa untuk kemasukan dan juga kedudukan pemain dalam perlawanan antarabangsa seterusnya walaupun masih sukar untuk menjangka bilakah ia akan berlangsung.

Artikel Berkaitan : Malaysia di Sukan Asia 2018 ]

BWF juga turut mengambil pandangan atlet melalui persatuan atlet tentang impak COVID-19 terhadap atlet. 

Berkenaan dengan pengumuman jadual semula Sukan Olimpik 2020 Tokyo pada 23 Julai 2021 sehingga 8 Ogos 2021, BWF juga akan memberi maklumat lanjut tentang impaknya terhadap sistem kelayakan atlet.

Sumber :  BWF News

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Semua sukan terkesan dengan wabak ini. Moga Allah memudahkan urusan kita semua aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post