Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat pembaca dan peminat filem sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi pandangan dan ulasan aku mengenai salah sebuah siri drama paling berpengaruh dan dikenali ramai iaitu Sherlock. Walaupun dah lama ditayangkan, tapi aku mengaku bahawa aku baru mempunyai masa untuk habiskan kesemua episod dalam drama siri ini. Jadi tanpa melengahkan masa jemput baca sehingga ke penghujung ya.✌😎

 REVIEW DRAMA : SHERLOCK (2010-2017) 

SHERLOCK merupakan sebuah siri televisyen British berdasarkan cerita detektif Sherlock Holmes hasil karya Sir Arthur Conan Doyle. Dihasilkan oleh Steven Moffat dan Mark Gatiss, siri ini membawakan pelakon Benedict Cumberbatch sebagai Sherlock Holmes dan Martin Freeman sebagai Doctor John WatsOn. Sebanyak 13 episod telah diterbitkan dan dibahagikan kepada empat bahagian yang berasingan dan ditayangkan pada tahun 2010 sehingga 2017. 

Siri ini disetkan pada zaman moden, dan ada hanya satu sahaja episod yang dihasilkan membawa era Victoria dan masih mengekalkan pelakon yang sama. SHERLOCK diterbitkan oleh rangkaian British, BBC, Hartswood Films, dengan Moffat, Gatiss, Sue Vertue dan Rebecca Eaton sebagai penerbit eksekutif. Siri ini kebanyakannya dilakonkan di Cardiff, Wales manakala North Gower Street di London digunakan untuk shot di bahagian luar untuk kediaman Holmes dan Watson, 221B Baker Street. 

Drama siri ini diiktiraf melalui kualiti oleh penulisan, lakonan dan arah tuju. Ia telah menerima pelbagai anugerah termasuklah Emmys, BAFTAs dan juga Golden Globe, memenangi beberapa anugerah melalui pelbagai jenis kategori.  Siri ini memenangi tiga kategori di 66th Primetime Emmy Awards termasuklah kategori 'Outstanding Lead Actor in Miniseries or a Movie' untuk Benedict Cumberbatch, 'Outstanding Supporting Actor in Miniseries or a Movie' untuk Martin Freeman dan juga ' Oustanding Writing for a Miniseries, Movie or a Dramatic Special' untuk Steven Moffat. Dua tahun kemudian, siri ini memenangi ' Oustanding Television Movie'.

Tambahan lagi, siri ini juga diberikan anugerah Peabody Award pada tahun 2011. Siri ketiga telah menjadi drama bersiri paling paling ramai ditonton di UK sejak tahun 2001. SHERLOCK juga telah dijual kepada lebih 180 buah negara.  Kesemua sirinya telah diterbitkan di DVD dan Blu-ray, juga disertakan beberapa edisi kisah Conan Doyle dan juga muzik untuk siri ini yang dihasilkan oleh David Arnold dan Michael Price. Pada Januari 2014, siri ini telah melancarkan aplikasi telefon pintar rasmi yang dikenali sebagai Sherlock: The Network. 

Artikel Berkaitan : [ Review Filem : Sherlock Holmes (2009) ]

 SENARAI PELAKON 

  • Sherlock Holmes : Benedict Cumberbatch
  • Dr. John Watson : Martin Freeman
  • D.I. Greg Lestrade : Rupert Graves
  • Mrs. Hudson : Una Stubbs
  • Mycroft Holmes : Mark Gatiss
  • Molly Hooper : Louise Brealey
  • Jim Moriarty : Andrew Scott
  • Mary Morstan Watson : Amanda Abbington
  • Eurus Holmes : Sian Brooke


 SENARAI SIRI DAN EPISOD 

SIRI 1 
Episode : 3
👉A Study In Pink
👉The Blind Banker
👉The Great Game
Tarikh : 25 Julai 2010 - 8 Ogos 2010

SIRI 2
Episode : 3
👉A Scandal in Belgravia
👉The Hounds of Baskerville
👉The Reichenbach Fall
Tarikh : 1 Januari 2012 - 15 Januari 2012

SIRI 3
Episode : 3
👉The Empty Hearse
👉The Sign of Three
👉His Last Vow
Tarikh : 1 Januari 2014 - 1 Januari 2014

SPECIAL
👉The Abominable Bride
Tarikh : 1 Januari 2016

SIRI 4
Episode : 3
👉The Six Thatchers
👉The Lying Detective
👉The Final Problem
Tarikh : 1 Januari 2017 - 15 Januari 2017

 [ Senarai Episod dan Sinopsis : LINK ]


 ULASAN & REVIEW 


PLOT \ JALAN CERITA

Untuk jalan cerita, boleh dikatakan setiap episod dalam siri ini sangat unik dan memang menjadi. Aku sememangnya seorang peminat siri detektif dan thriller, jadi ada banyak juga filem bertemakan sebegini aku dah tonton, tapi siri SHERLOCK ni bagi aku terbaik!

Kalau dilihat dalam tempoh setiap episod dan tayangan, aku tak jangka jalan ceritanya akan berkait dan sebegini rupa. Dalam jangka masa bertahun-tahun walaupun dalam hanya beberapa belas episod sahaja, tapi setiap episod itu penting dan berkait rapat antara satu sama lain.

Aku dah pernah tonton siri filem Sherlock Holmes yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr, dan secra jujurnya kedua-duanya adalah berbeza! Sangat berbeza. Mungkin sebab set masa pada siri adalah zaman moden, jadi kita dapat lihat bagaimana Sherlock Holmes hidup dizaman moden, menggunakan peralatan moden untuk penyiasatan.

Sherlock Holmes dan Jim Moriarty

LAKONAN

Yang perlu dipuji adalah lakonan oleh kesemua pelakon. Bagi aku tiada seorang pun pelakon dalam drama ini yang tidak perlu dipuji. Lakonan mereka sangat hebat! Terutamanya teraju utama iaitu Benedict Cumberbatch!

Ada beberapa babak sedih dan sebagainya juga dilakonkan dengan begitu baik sehinggakan aku turut merasa suasana tersebut. Oh ya, watak penjahat iaitu Jim Moriarty lakonan Andrew Scott juga sangat wajar dipuji. Lakonan beliau membuatkan aku begitu benci dengan wajah tersebut. 

Walaupun ramai juga pelakon yang hebat dan aku pernah tonton lakonan mereka di filem dan drama lain, tapi boleh lihat watak yang dibawakan mereka sangat berbeza dengan lakonan di tempat lain. Aku juga suka edisi Special dimana mereka membawakan watak yang sama tetapi di era lain. Sangat hebat dan seronok episod tersebut.

Sherlock melompat dan terjun daripada bangunan tinggi.

MUZIK

Muzik di dalam siri drama ini juga aku kena puji! Ciptaan David Arnold dan Michael Price sememangnya sangat hebat. Sampai sekarang aku masih ingat muzik latarnya.  Setiap lagu didalam 'soundtrack' yang dihasilkan sangat sedap dan berbeza mengikut tema dan juga episod. 

Antara yang aku suka adalah 'Opening Title', 'The Game is On' dan 'Irene's Theme'. Yang paling diingat adalah 'The Game is On' sebab ada elemen-elemen misteri dan juga elemen klasik yang menjadikan lagunya unik dan sedap.

Babak menyedihkan, Mary Watson terbunuh.

Artikel Berkaitan : [ Review Filem : Friend Zone (2019) ]


BABAK TIDAK DIJANGKA

Ada banyak sangat babak-babak yang tidak dijangka. Boleh dikatakan tiada satu babak pun aku tak skip. Antara yang membuatkan aku terperanjat dan terkejut adalah ketika Sherlock membunuh diri dengan menjatuhkan diri dari tebing bangunan tinggi. 

Satu lagi yang menarik adalah bagaimana Jim Moriarty yang asalnya sudah mati tetapi kembali semula. Jalan cerita yang menarik di situ bagaimana Jim Moriarty dihidupkan semula.

Yang aku terkejut jugak adalah bila mana Mary Watson iaitu isteri kepada Doctor John Watson sebenarnya bukanlah seperti yang dijangkakan.

Babak di mana Sherlock berjumpa dengan adik perempuannya.

 KESIMPULAN 

Kesimpulan yang aku boleh katakan adalah drama siri ini WAJIB DITONTON. Satu siri drama yang sangat tersusun, penuh dengan babak dan jalan cerita yang tidak diduga. Penuh dengan saspens dan  anda boleh lihat bagaimana setiap kes diselesaikan dengan begitu bijak oleh Sherlock Holmes dan John Watson dengan bantuan beberapa rakan mereka.

Tahniah diucapkan kepada penerbit, pengarah, pelakon dan semua krew yang terlibat dalam menjayakan drama siri ini kerana ia adalah satu KEJAYAAN. Ya aku akan tonton drama siri ini berulang kali!

BINTANG : ⭐


Artikel Berkaitan : [ 5 Filem Terbaik Lakonan Saiful Apek ]

SUMBER :  WIKIPEDIA | GOOGLE IMAGE

Sekian

15 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tq for recommending, aerill.
    aida suka tgk ni. but tak pernah abis tgk the whole episodes.
    baca facts je pasal sherlock ni.
    boleh la layan di saki-baki pkp ni. tq again.

    ReplyDelete
  2. byk btul series nya dr thn 2010 hingga 2017...pernah dgr tajuk SHERLOCK tp mmg tk tgk..tq for sharing the review

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi ni, sebab masih melayan cite Korea manjang ni..nanti nak kena tengok gak ni...suka cite bersiri, sebab Sis suka suspen dan 'geram' menunggu kesudahan hahahaha

    ReplyDelete
  4. Gya satu ketika dulu siri The Sherlock Holmes menjadi popular tetapi dah lama dah tibggal tgk cerita genre begini. Yang terbaharu ni blm tgk lagi...

    ReplyDelete
  5. Cadangan yang baik, sempena PKP ni, saya memang banyak masa untuk menonton movie, nanti saya nak tengok movie nih, rfasanya belum tengok lagi sebelum ni!

    ReplyDelete
  6. menarik baca review ni aeril, akak memang suka drama penyiasatan macam ni, kadang-kadang tak seperti yang kita jangka. lama betul duration episod cerita ni ya, memang kena follow baru tahu cerita

    ReplyDelete
  7. Dulu masa sekolah suka baca buku cerita dia. Tapi sekarang dah lama tinggal. Sebab beralih kepada bahan bacaan yang lebih kepada parenting.

    ReplyDelete
  8. Yess one of my fave drama! Berapa kali tengok ulang-ulang dah dari zaman belum kahwin dulu.

    ReplyDelete
  9. Wow nampak gempak betul series ni walaupun dah banyak kali terserempak kat online tapi masih belum-belum nak tengok lagi. Tapi lepas baca review yang details ni.. rasa macam wow okay nak kena tengok

    ReplyDelete
  10. Belum pernah tonton drama ini walau pun dahulu pernah tonton siri drama Sherlock Holmes... seronok juga tengok cara dia selesaikan kes.

    ReplyDelete
  11. Perghhh series nie mmg popular. Ramai suka sbb jln cerita best dan menarik. Nanti bolehlah tonton sementara tgh free ni

    ReplyDelete
  12. Thank you for sharing! Was thinking if I want to watch this!
    I prefer Benedict in Dr Strange, the character totally suits him!

    ReplyDelete
  13. My entire family memang suka cerita ni... menarik dan full of exciting scene... kalau dulu zaman Alias, dok suka tengok Jennifer Garner... basically, siri penyiasatan memang syiok ditonton... memang sesuai dapat beribu-ribu lemon... hehehehe...

    ReplyDelete
  14. ZUl dari dulu layan cerita Sherlock ni, ada semua episode and keep repeating bila mood menyiasat datang. heheh. Seronok sebab jalan cerita dia tersusun dan menarik perhatian

    ReplyDelete
  15. amboi banyak nya bintang dia bagi... za ikut cerita ni dari 1 season ke 4 season je.. lepas tu takde masa nak tgk...hahah tapi mmg cerita dia best sgt...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Previous Post Next Post