Makan Menu Halal di Restoran View Yor, Phatthalung, Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar rakan-rakan dan pencinta makanan sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Aku past isepanjang PKP ni mesti banyak menu-menu menarik yang anda sediakan untuk seisi keluarga? Baiklah, kali ini aku bukan nak cerita tentang PKP atau COVID-19 ni tapi aku nak share dengan anda tempat yang menarik di wilayah Phatthalung untuk anda makan, kalau-kalau nanti anda ke sana.

Kalau nak baca tentang trip aku ke Thailand bolehlah baca dekat link yang aku berikan ni.



Okay, ini merupakan malam kedua kalau aku tak silap. Restoran View Yor ni terletak dalam kawasan yang sama jugak dengan Sri Parkpra Resort ni.  Jadi takdallah kena menapak jauh cari tempat makan, memang dekat sahaja dengan tempat penginapan.


Aku suka suasana di restoran ini. Pertamanya adalah sebab restoran ini terletak betul-betul di tepi tasik, jadi angin sepoi-sepoi bahasa memang anda dapat rasa bila berada di restoran ini. Kemudian, masa aku pergi tu memang ramai orang, nampak sangat meriah dan dikenali ramailah restoran ni.

Lagi, ada persembahan muzik yang menenangkan, muzik yang dimainkan juga sangat menghiburkan diselang selikan dengan lagu tempatan (lagu berbahasa Thailand) dan juga lagu antarabangsa. Memang menghiburkan, takdalah macam di tempat lain yang mana ada lagu rock lah, lagu yang pelik-pelik sampai mengganggu konsentrasi untuk menikmati makanan yang terhidang.

MENU MAKANAN

Baiklah, sekarang tibalah masa untuk aku ceritakan pula pasal makanan yang dihidangkan pada malam tersebut. Menu yang kami semua makan tidaklah banyak, tapi kuantitinya sangat mencukupi dan membuatkan aku kenyang sekenyangnya.


SAYUR MANIS - Pertama adalah sayur manis ni. Antara yang aku suka sebab kebiasaannya aku kurang makan sayur, tambah-tambah kalau sayur yang dimasak rasa pahit melampau. Bagi sayur manis ni, memang rasa sedap. Kalau aku reti buat ni, bolehlah masak kemudian makan sambil menonton filem.


TEMBIKAI - Sebagai pemanis hidangan, aku rasa buah tembikai sangat patut dihidangkan. Tambah-tambah bila cuaca yang panas, lepas tu makan buah tembikai, memang terus rasa segar.


SALAD SEAFOOD - Menu salad kali ini sangat istimewa, sebab rasanya sangat berbeza. Inilah rasa Thai yang sebenarnya. Kebanyakan menu di bahagian selatan Thailand rasanya lebih kurang sebegini.


IKAN TASIK GORENG - Aku kurang gemar kalau ikan yang isinya sedikit dan kita perlu mencari isinya kemudian rasa lapar sebab tak cukup makan, tapi untuk ikan kali ini memang banyak isinya, walaupun digoreng sebegini rupa, boleh nampak ada tulang yang banyak, tapi aku tak kisah untuk godek-godek ikan ini untuk mencari kebahagian (isi).


KARI THAI - Kari yang dihasilkan di sini sangat berbeza dengan yang aku rasa di rumah, masakan mak aku. Walaupun aku tak reti masak, tapi aku dapat rasa ada bahan-bahan yang berbeza disediakan. Tahap kepedasannya juga sangat tinggi, jadi pesanan aku untuk anda, bolehlah request untuk tahap kepedasan yang anda suka, sama ada sederhana, tinggi atau sebagainya.


SOTONG GORENG BATANG TERATAI - Pertama kalinya aku makan batang teratai. Rasanya sangat unik, walaupun macam pelik pada mulanya, tapi lama kelamaan rasanya sedap lah pulak. Ditambah dengan bahan-bahan perasa lain, kemudian rasa seafoodnya, memang sedap.


Yang lagi best adalah bila minum air kelapa! Secara keseluruhannya aku memang rasa sangat kenyang dengan semua menu yang dihidangkan. Suasana restoran yang sangat mendamaikan, jadi aku sangat recommendkan untuk anda semua datang ke sini jika berpeluang!

 LOKASI 

 

Restoran View Yor
เลขที่ 223 Phanang Tung, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand

SEKIAN

22 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Uishhh sedap-sedapnya semua...ni kalau bolan pose mau telan ayaq liur..lepas ni kalau ke Thailand dah tau le nak makan tuju mana...

    ReplyDelete
  2. Rindu betul nak travel. Kari thai x pernah rasa. Selalu makan tomyam je

    ReplyDelete
  3. dekat thailand ni makan seafood memang puas hati, fresh sangat. terliur tengok sotong tu haha

    ReplyDelete
  4. thailand ni penuh dengan makanan, tengok semua macam sedap2 je.. teringin nak jejak sana satu hari nanti, tak pernah lagi pergi thailand..

    ReplyDelete
  5. sedapnya salad seafood tu. BBL suka salad thai sebab dorang guna seafood fresh, udang, sotong, kerang manis2. sabar jelah tengok gambar aerill pergi thailand.. seronok weh

    ReplyDelete
  6. Pernah menaiki kereta perjalanan dari Kedah ke Krabi. Rasanya macam ada lalu area Phattalung ni. Masakan kat sana memang sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  7. Kalau ke Thailand menang paling best sebabnya makanan. Macam-macam ada dan murah. Ada masa tu mommy balik kampung kat padang serai, sanggup p masuk Thailand sebab nak p makan ja. Hahaha

    ReplyDelete
  8. sedapnya tengok makanan kat sini. suasana tempat makan pun rasa macam dekat kampung lah sis. terus rindu suasana kampung :)

    ReplyDelete
  9. Makanan Thai memang sedap tu sebab kat sini banyak masakan Tom Yam dan banyak lagi. Klu makan sama lagi la sedap kan?

    ReplyDelete
  10. Makanan Thailand memang tak pernah menghampakan. Biasanya sedap dan pedas. Tengok gambar pun dah buat rasa lapar.

    ReplyDelete
  11. Menarik menu tu semua tapi tak pernah lak rasa kari thai camtu, selalu rasa green kari tu je. Next time boleh cari la nak rasa macam mana. Thailand ni kita masuk wishlist tahun depan je.

    ReplyDelete
  12. Looks so yum! I can't wait to finish this MCO & go out and have fun with my daughter.

    ReplyDelete
  13. Biasa makanan Thai kena dgn tekak Melayu dan Asia. Sayur manis tu pair dgn telur asin ke tu? Sis kalo travel mesti cek siap2 tmpt makan supaya tak jauh.

    ReplyDelete
  14. Ok blog u mmg i pinned saved utk buat travel listing i g thailand nnt. Hahha tak sabar nya nak travel semula.

    ReplyDelete
  15. Menarik kedai makan ni. Angin sepoi2 tu. Tertarik dengan menu sotong masak dengan batang teratai tu.. Haishh harap dapatla travel

    ReplyDelete
  16. sotong goreng batang teratai tu nampak sedap. teinginnye nak rasa. apa lah rasanye batang teratai tu ye. kat malaysia ada jual tak? nak pergi thai nye ni tak tahu lah bila nak sampai

    ReplyDelete
  17. banyak betul menu sotong dia. mesti sedap2 tu. teruja saya menengoknya

    ReplyDelete
  18. batang teratai tu rare, aerill. sedap tak? camne rasanya.
    thailand ni makanan nyer unik.
    meskipun byk restoran thai kat malaysia ni, still kita kena ke thailand utk merasai makanan diorang.
    lebih asli. lebih rasa, kan.
    kari tu nampak pekat sgt, aerill. lain ekk bahan tumisannya? sure menarik ekk dpt rasa kelainan rasa kari.

    ReplyDelete
  19. Last kak travel kst hatyai mmg klu pg sana suka mkn2 dari gi shopping sbb makanan kat sana sedap2 belaka mmg ikut citarasa kita

    ReplyDelete
  20. Temgok entri makanan ni terus rindu thailand... bila la dapat ke sana lagi

    ReplyDelete
  21. Wow semua seafood yang banyak! Menu dia unik kan, tapi sedap. Enjoy thai food.

    ReplyDelete
  22. Wow this seafood looks really delicious and enticing. Hopefully I could drop at this place one day to enjoy the food. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post