Kedah dan Sarawak Tangguh Pelaksanaan PKPB, Teliti Syarat dan Kesan Sebelum Buka Ekonomi

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kedah dan Sarawak Tangguh Pelaksanaan PKPB, Teliti Syarat dan Kesan Sebelum Buka Ekonomi | KEDAH : Kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan dicapai pada Menyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada  Selasa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang diumumkan Kerajaan Persekutuan.

Katanya pelaksanaan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

"Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai zon Hijau setelah tiada lagi kes aktif COVID-19 dikesan di semua daerah."

"Oleh yang demikian,pelaksanaan di bawah PKPB ditangguhkan sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada 5 Mei ini." katanya dalam kenyataan hari ini.

$ads={1}

SARAWAK : Sarawak memutuskan tidak mengikut langkah kerajaan persekutuan untuk membuka semula ekonomi pada Isnin ini, sebaliknya kekal dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa.

"Kerajaan Sarawak menghormati sepenuhnya pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenan keperluan membuka semula ekonomi, justeru melonggarkan PKP bermula Isnin, 4 Mei ini.

"Bagaimanapun kerajaan negeri memutuskan untuk meneliti kesan membuka semula kegiatan ekonomi, sektor mana yang boleh dibuka, waktu dan setakat mana mereka dibenarkan (untuk beroperasi)," kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya lagi, JPBN akan meneliti perubahan peraturan yang digariskan Peratusan peratusan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.. Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), terlebih dahulu.



Sumber : Berita Harian | MalaysiaKini

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم