Varni Southern Wickery | Pusat Barangan Kraftangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan dengan anda salah satu tempat yang aku lawati bersama rakan-rakan blogger ketika Thailand Trip pada hujung bulan Februari & awal bulan Mac yang lalu. In shaa Allah dalam entri kali ini akan ada banyak gambar-gambar untuk anda lihat lokasi yang aku akan ceritakan nanti. Jemput baca ya! ✌😎

Baca Juga :  Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

VARNI SOUTHERN WICKERY | PUSAT BARANGAN KRAFTANGAN


Varni Southern Wickery terletak di wilayah Phatthalung, Thailand. Pusat kraftangan ini menawarkan anda yang mengunjungi dengan pengalaman membuat barangan kraftangan dan juga pelbagai produk kraftangan yang cantik-cantik dan kreatif.


Antara pengalaman yang menarik adalah bila pengunjung dapat melihat tayangan video dan sedikit penerangan mengenai Varni Craft ini. Juga mengenai produk-produk yang mereka telah pasarkan ke seluruh dunia.



 BELAJAR ANYAM


Pengalaman yang menarik adalah bila dapat belajar bagaimana menganyam. Untuk pengetahuan anda ini merupakan pokok Krajood atau di Malaysia dikenali dengan nama Kercut.  Kita diajar dengan baik tentang teknik-teknik menganyam yang betul dan tepat. Bila melihat begitu susahnya nak anyam produk sebegini, barulah aku sedar bahawa produk kraftangan sememangnya perlu diletakkan pada harga yang tinggi kerana nak membuatnya memerlukan seseorang yang pakar.



Gambar diatas adalah anyaman yang sempat aku anyam. Walaupun nampak macam kecil tetapi masa yang diambil untuk menyiapkan sebesar ini sangat lama. Kalau mereka yang pakar pastinya sekejap sahaja masa yang diambil.



DIY BEG KRAJOOD

Seterusnya adalah menghias beg krajood anda sendiri. Kami diberi peluang untuk menggunakan kreativiti sendiri menghias beg krajood. Pada mulanya kami perlu memilih beg mengikut saiz yang kita suka. Ada pelbagai saiz, yang kecil, sederhana, besar dan sebagainya.


Kemudian, menggunakan kreativiti yang ada dalam kepala, anda bolehlah hias beg anda. Disebabkan ketika itu didalam kepala aku sudah penuh dan sarat dengan pelbagai perkara, jadi kreativiti aku agak terbantut dan aku hanya menghias beg dengan meletakkan huruf mengikut nama aku sahaja.




Kalau anda seorang yang pandai melukis, anda bolehlah melukis lukisan yang anda inginkan di beg tersebut. Aku ingatkan aku seorang sahaja yang letakkan nama di beg, rupanya semua letakkan nama dan huruf di beg tersebut.
PEMANDANGAN SEKITAR

Di bahagian ini pula aku akan tunjukkan beberapa gambar kawasan sekitar Varni Southern Wickery. Melalui gambar-gambar ini anda dapat lihat pelbagai produk kraf dan juga kreativiti pihak Varni dalam menjaga dan menarik minat pengunjung.







VARNI HOMESTAY

Oh ya, di Varni Southern Wickery juga terdapat homestay! Kalau anda perlukan masa yang banyak untuk menghias dan menghasilkan serta belajar membaut barangan kraftangan, anda boleh menginap sahaja di homestay yang disediakan dengan harga yang berpatutan.



Harga bagi bilik di homestay ini adalah sekitar 1,200 -1,800 Baht termasuk sarapan untuk dua orang dan hadiah percuma. Yang lagi menarik bila ada kolam berhadapan dengan bilik homestay anda!


 GAMBAR KENANGAN


Seperti biasa, bila melawat secara berkumpulan pastinya akan ada sesi bergambar berkumpulan. Barulah ada bukti bahawa kami sudah datang ke Varni Southern Wickery.


Kesungguhan pihak Varni Southern Wickery dalam mengekalkan produk kraftangan tradisi serta membangunkan pusat ini sememangnya menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius dalam industri ini. 

LOKASI


Facebook : Varni Craft
Alamat : Thale Noi, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand
Telefon : +66 74 610 415

#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Baca Juga : Makan Menu Halal di Restoran View Yor, Phatthalung, Thailand



Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

15 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Suka pergi tempat orang macam ni laaa, dapat lihat aktivoti budaya dan kraftangan mereka kan, kadang kita dapat dan beli sesuatu yang sangat menarik yang takde di jual di negara kita kan.. rindunya nak bersoping di tempat orang hohohoho
    Cantik betul bag tu laaa...siap ada nama ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sebab belajar macam2 & dapat tengok macam mana diorang betul2 bangga dengan produk diorg :)

      Delete
  2. Memang lain dari yang lain dan Sal tertarik gak dengan bag tu . Memang sejenis yang suka dengan bag ala tote gitu . Ni unik dari anyaman lagi la suka

    ReplyDelete
  3. Wow....... nice and lovely. I love this kinda crafts. Thank you for sharing your review about this place.

    ReplyDelete
  4. Wah! Memang menarik ni... tak berkelip mata saya tengok gambar-gambar yang terpapar dalam entri ni... semuanya cantik-cantik belaka... pengalaman yang sungguh bernilai kan... saya paling minat part menganyam beg (hobi favourite saya tu)... hehehehe...

    ReplyDelete
  5. Orang orang Thai memang terkenal dengan kerja kraftangannya...banyak produk mereka yang menarik untuk dijadikan cenderahati.

    ReplyDelete
  6. ini kalau beli topi yang macam lopaaa tu, ada siap tulisan nama tu ada tak

    ReplyDelete
  7. Wah. Lama betul tak pergi Thailand ni. Boleh pulak belajar anyaman ni. Last tinggal kemahiran hidup waktu sekolah. Kena belajar lagi ni

    ReplyDelete
  8. Bestnya dpt gi tempat mcm ni..sis pun suka kalau travel dan lakukkan aktiviti mcm ni.

    ReplyDelete
  9. Bestnye dapat pergi sana. Cantik tempat kraftangan dia. Homestay dia pon cantik

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat jenjakan kat sini. Suka dengan kraftangan mrk yang cantek2

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post