Dato' Sri Siti Nurhaliza Bakal Kembali Dengan Album Baru #ManifestaSITI2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dato' Sri Siti Nurhaliza Bakal Kembali Dengan Album Baru #ManifestaSITI2020


DATO' SRI SITI NURHALIZA BAKAL KEMBALI DENGAN ALBUM BARU!


Penyanyi nombor 1 negara bakal kembali dengan album terbaru yang dijangka bakal dilancarkan pada 3 Julai 2020 nanti. Info ini telah diberitahu sendiri melalui laman media sosial yang dimiliki oleh figura nombor satu negara itu termasuklah di Instagram dan juga laman Twitter beliau.

Album terbaru ini dijangka akan mempunyai 11 buah lagu termasuklah lagu 7 Nasihat, Basyirah dan Anta Permana sebagai lagu bonus. Album ini bakal menjadi album solo beliau yang ke 18 selepas album SimetriSiti yang diterbitkan pada tahun 2017. Album ini juga dikhabarkan akan mengandungi lagu ciptaan komposer dan penyanyi Indonesia, Melly Goeslow! 😍


ManifestaSITI2020



Definisi : /maniféstasi/ perbuatan melahirkan, menjelaskan, atau menyatakan sesuatu. memanifestasikan melahirkan, menjelaskan atau menyatakan sesuatu 

ManifestaSITI2020. 

Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan. Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan. 

Album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza @ctdk 

ManifestaSITI2020. 3 Julai 2020.

 Universal Music Malaysia @universalmusic_my Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. #manifestasiti2020


TEASER DI INSTAGRAM 




Dato' Sri Siti Nurhaliza sememangnya seorang artis dan penyanyi yang paling aktif dengan karya-karya dan konsert beliau. Tak sabar sebenarnya untuk melihat hasil album ini. Bagaimana dengan lagu-lagunya? Bagaimana pula penerimaan peminat, penerimaan radio dan sebagainya?

Terima kasih Dato' Sri Siti Nurhaliza kerana masih berkarya, masih memberikan nyanyian yang merdu di dalam lagu-lagu beliau. Sentiasa hadir dengan naskhah lagu-lagu menjadi koleksi buat peminat-peminat. Apa-apapun nantikan review berkenaan album ini pada selepas album ManifestaSITI2020 dilancarkan nanti ya. ✌😎

Sumber : Hmetro | Google Image | instagram @ctdk

2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.