Menulis Blog Menggunakan Telefon Pintar atau Laptop?

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Menulis Blog Menggunakan Telefon Pintar | Mempunyai laptop yang berfungsi dengan baik merupakan salah satu keperluan utama untuk setiap pelajar dan juga para blogger. Mungkin kini sudah ramai blogger yang menulis menggunakan tablet dan sebagainya. Tetapi peranti yang khas untuk mengedit gambar, mengarang cerita dan menulis fakta-fakta adalah lebih mudah menggunakan laptop.

Sebenarnya sudah lebih sebulan aku menulis blog dan melakukan kerja-kerja online hanya menggunakan peranti pintar sahaja. Laptop yang dibeli mempunyai masalah dan sehingga sekarang masih berada di tempat baik pulih.

Sebab itu jika anda perasan , sejak belakangan ini sangat kurang artikel ditulis di blog dan kebanyakannya artikel mengenai event, kerja dan review sahaja. 

Menulis blog menggunakan telefon pintar juga sebenarnya boleh sahaja. Tapi untuk aku sendiri, lebih mudah dan senang apabila dapat menaip di papan kekunci yang besar, serta dapat mengedit gambar dan blog itu sendiri di laptop atau tablet.


Sehingga sekarang aku masih lagi menunggu laptop aku untuk dibaikpulih dan dapatlah aku menulis secara konsisten seperti sebelum-sebelum ini. 

Banyak juga kerja tergendala, termasuklah artikel-artikel panjang mengenai perjalanan fam trip baru-baru ini. 

Doakan semoga semuanya dapat pulih seperti sediakala dan aku dapat menulis artikel dengan lebih kerap. In shaa Allah. 


SEKIAN

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Kalau pakai wp ok je tulis guna phone.tapi pakai dotcom je leceh sikit. Nak letak tag label, nak letak adjust gambar macam leceh sikit la.

    ReplyDelete
  2. abe kie pun lebih selesa menaip entri guna laptop. baru ada feeling.

    ReplyDelete
  3. rabia selesa guna laptop. senang nak menaip blog. kalau phone ni susah sikit.

    ReplyDelete
  4. screen laptop/computer juga the best dari phone ni , sbb phone kecik ...

    ReplyDelete
  5. kalau pakai fon tak puas mcm pakai laptop sebab skrin dgn keypad yg lagi besar

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post