Upcycled Floating Island Tarikan Terbaru di Sunway Lagoon Menampilkan Pinky

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berpeluang ke Sunway Lagoon untuk menyaksikan pelancaran Upcycled Floating Island dimana pulau buatan ini akan menempatkan Pinky iaitu seekor gibbon comel. Salah satu usaha menarik dan murni oleh pihak Sunway Lagoon atas tujuan penghasilan pulau buatan manusia ini. 


UPCYCLED FLOATING ISLAND FEATURING PINKY 

Sunway Lagoon mempunyai kejutan buat puteri gibbon, Pinky. Dia akan berpindah ke rumah baru yang terletak di pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Upcycled Floating Island.

Pinky adalah gibbon bertangan putih berumur 15 tahun, dia sangat pandai dan nakal. Gibbon kami turut dikenali sebagai lar gibbon (Hylobates lar), merupakan spesies terancam dalam keluarga gibbon, Hylobatidae. Bulugibbon mempunyai variasi dari warna hitam, coklat gelap dan perang.

Tangan dan kaki gibbon berwarna putih dan mempunyai kolar berwarna putih. Gibbon mempunyai muka yang berwarna hitam. Selain daripada itu, Sunway Lagoon ingin mempromosikan United Nation’s global Sustainable Development Goals (SDGs) melalui Upcycled Floating Island buatan manusia.


Pembinaan pulau itu diperbuat daripada sisa kitar semula lebih daripada 300 kilogram seperti kepingan Styrofoam, botol plastik & tong klorin. Projek ini selari dengan visi dan misi kami bagi mencapai Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Matlamat 15: Kehidupan di Darat, untuk melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari.

Upcycled Floating Island adalah hasil titik peluh daripada lapan orang dan pembinaan pulau ini mengambil masa selama 14 bulan. Kos pembinaan pulau ini mencecah sehingga RM150,000.00. Salah satu keunikannya adalah pulau ini terapung di tengah tasik dan penjaga zoo kami akan menaiki bot bagi memastikan keperluannya dijaga.



“Fokus SDG dikenali seluruh dunia dan focus kami adalah kelestarian dan pembelajaran yang berpanjangan menjadikan Sunway Lagoon tarikan terbaik di Asia. Kami bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya untuk mengitar semula.

Kami percaya pulau buatan manusia ini dapat memberikan kesedaran kepada semua, khusunya tentang pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk melindungi alam sekitar sebelum menjadi sfera plastik." Kata Penolong Kanan Sunway Lagoon, Magendaran Marimuthu.


Dia turut berkata, "Kebaikan dan belas kasihan yang kecil buat haiwan mungkin tidak bermakna apa-apa tetapi ini budaya Sunway untuk mencintai alam sekitar dan bersikap baik antara satu sama lain.

Aku turut berpeluang untuk menaiki bot dan melawat pulau ini. Selain itu, aku juga dapat melihat keindahan kawasan sekitar Sunway Lagoon yang sememangnya cantik lagi menarik. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunway Lagoon, sila lawati sunwaylagoon.com


Sekian

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. seumur hidup tak pernah sampai lagi Sunway Lagoon ni. hehehe.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. kena pegi sunway ni, lama dah tak pergi and byk new things to explore nampaknya

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post