Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank? [ IBG Transfer ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank? [ IBG Transfer ]

Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank? | Sekarang ini makin ramai yang menggunakan perkhidmatan pemindahan duit daripada satu bank ke bank yang lain. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia mempunyai akaun bank, dan dengan berkembang majunya perniagaan secara online, lagi banyaklah proses pemindahan wang di dalam bank berlaku.

Perasaan sangsi sama ada wang anda sudah ditransfer atau belum pastinya wujud selepas melakukan transaksi tersebut. Begitu juga dengan si penerima wang tersebut, tertanya-tanya bilakah waktunya wang akan masuk ke dalam bank mereka. Oleh itu, artikel ini akan memberikan info kepada anda berkenaan proses transaksi pemindahan wang. ✌😎

PROSES TRANSFER DUIT

Pada waktu sekarang ini terdapat pelbagai cara dalam pemindahan wang melalui bank. Pertamanya adalah pemindahan akaun sendiri kepada akaun kedua milik sendiri pada bank yang sama, akaun sendiri ke akaun pihak lain dalam bank yang sama, dan yang terakhir daripada akaun sendiri kepada akaun lain berlainan bank.

Pemindahan ke akaun bank lain pula terdapat dua jenis iaitu instant transfer/ DuitNow dan juga IBG transfer.


MAKSUD INTERBANK GIRO TRANSFER

Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank? [ IBG Transfer ]

Interbank GIRO Transfer (IBG) adalah  sistem pemindahan wang secara elektronik daripada bank ke bank tanpa dokumen berbentuk fizikal seperti cek. 

Berbeza dengan Instant Transfer, pindahan melalui IBG ini akan mengambil sedikit masa, bergantung pada hari dan waktu anda melakukan proses IBG ini. Proses pemindahan melalui Interbank Giro ini juga boleh dilakukan di mana-mana mesin ATM, di kaunter mahupun melalui online banking

TEMPOH PEMINDAHAN WANG MELALUI IBG TRANSFER


Transaksi Dilakukan (IBG Transfer)

Wang Diterima

Bayaran Balik Sekiranya Transaksi Tidak Berjaya

Hari

Masa

Hari

Masa

Hari

Masa

Isnin hingga Jumaat (Hari Bekerja)

Sebelum jam 5.00 pagi

Hari yang sama

Pada jam 11.00 Pagi

Hari Yang sama

Pada jam 5.00 Petang

5.01 pagi -8.00 pagi

Pada jam 2.00 petang

Pada jam 8.20 pagi

8.01 pagi -11.00 pagi

Pada jam 5.00 petang

Pada jam 11.00 pagi

11.01 pagi -2.00 petang

Pada jam 8.20 petang

Hari Bekerja Seterusnya

Pada Jam 11.00 Pagi

2.01 petang -5.00 petang

Pada jam 11.00 malam

Selepas 5.00 petang

Hari bekerja seterusnya

Pada 11.00 pagi

Pada jam 5.00 Petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum (Hari Tidak Bekerja)

Hari bekerja seterusnya

Pada 11.00 pagi



APA ITU INSTANT TRANSFER

Instant Transfer pula adalah pemindahan wang yang berlaku secara serta merta. Pemilihan pemindahan ini lebih dipilih orang ramai kerana prosesnya berlaku secara serta merta. Untuk pengetahuan anda, sebelum tahun 2018, terdapat caj yang dikenakan sekiranya anda memilih melakukan Instant Transfer, dan kini tiada lagi caj dikenakan dan menjadi ia pilihan lebih menarik.

Berapa Lama Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank? [ IBG Transfer ]

BERAPA LAMA TEMPOH PEMINDAHAN IBG TRANSFER

Jadi, ada sudah ketahui perbezaan antara IBG Transfer dan juga Instant Transfer. Jadual mengenai tempoh pemindahan wang melalui IBG Transfer juga telah ditunjukkan. Sebenarnya pemindahan melalui IBG Transfer tidaklah mengambil masa yang lama, sebenarnya mengambil masa kurang daripada sehari jika anda memindahkan dalam jangka masa yang betul. 

Tempoh pindahan wang menjadi lama bila mana anda membuat transaksi selepas jam 5.00 Petang pada hari Isnin - Jumaat dan juga anda membuat transaksi pemindahan pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum. 


AKHIR KATA

Semoga dengan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam melakukan transaksi pemindahan wang tanpa sebarang masalah.

Pilihan cara pemindahan wang yang tepat boleh membantu anda terutamanya bagi mengurangkan tempoh transaksi tersebut.

Sekian. 


0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post