Review Filem : Holidate (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Holidate (2020)

Holidate (2020) merupakan sebuah filem romantik komedi yang diarahkan oleh John Whitesell dan lakon layarnya oleh Tiffany Paulsen. Barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah seperti Emma Roberts, Luke Bracey, Jake Manley, Jessica Capshaw, Andrew Bachelor, Kristin Chenoweth dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan di Netflix pada 28 Oktober 2020. 

HOLIDATE (2020)

Review Filem : Holidate (2020)

Pengarah : John Whitesell
Penerbit : McG, Mary Viola
Lakon layar : Tiffany Paulsen
Pelakon : Emma Roberts , Luke Bracey
Muzik : Dan the Automator
Sinematografi : Shane Hurlbut
Tarikh Tayangan : 28 Oktober 2020
Durasi : 103 minit 

BARISAN PELAKON

👉 Emma Roberts sebagai Sloane
👉 Luke Bracey sebagai Jackson
👉 Andrew Bachelor sebagai Neil
👉 Jessica Capshaw sebagai Abby
👉 Manish Dayal sebagai Faarooq
👉 Alex Moffat sebagai Peter
👉 Jake Manley sebagai York
👉 Cynthy Wu sebagai Liz
👉 Frances Fisher sebagai Elaine
👉 Kristin Chenoweth sebagai Aunt Susan
👉 Dan Lauria sebagai Wally
👉 Carl McDowell sebagai Scruffy Santa
👉 Nicola Peltz sebagai Felicity
👉 Julien Marlon sebagai Luc
👉 Mikaela Hoover sebagai Annie
👉 Aimee Carrero sebagai Carly
👉 Meeghan Holaway sebagai emak Carly
👉 Savannah Reina sebagai Daisy
👉 Billy Slaughter sebagai Barry
👉 Carlos Lacamara sebagai ayah Carly


SINOPSIS FILEM HOLIDATE (2020)

Review Filem : Holidate (2020)

Sloane adalah seorang gadisa yang tinggal di Chicago yang membenci musim cuti kerana bila tiba musim cuti, keluarganya akan bertanya sama ada dia sedang menjalin hubungan atau tidak. Baru sahaja berpisah dengan teman lelakinya, ibunya iaitu Elaine sentiasa berusaha untuk menjodohkannya dengan lelaki baru, yang tidak disukai oleh Sloane. Sementara itu di Evanston, Illinois, Jackson adalah pemain golf muda Australia yang menghabiskan cuti dengan seorang gadis, tetapi tidak berminat untuk menjalin hubungan serius dengan gadis tersebut dan keluarganya. Kemudian pada satu malam, gadis tersebut menjadi marah kepadanya kerana tidak memberikan  hadiah Krismas, dan Jackson terus meninggalkan gadis itu dengan kecewa.

Pada suatu hari, setelah Krismas berakhir, Jackson dan Sloane bertemu secara tidak sengaja ketika kedua-duanya mengembalikan hadiah yang mereka terima. Setelah Sloane memberitahunya tentang makciknya,  Susan yang membawa pasangan baru untuk setiap kali gathering bersama keluarga, yang dia panggil sebagai "holidate", Jackson mencadangkan bahawa mereka menjadi 'holidate' satu sama lain sehingga dia dapat mengelakkan diri dari komitmen kepada pasangan manakala Sloane pula dapat mengelakkan diri daripada belas kasihan dari keluarganya. Walaupun pada awalnya Sloane menolak, dia memutuskan untuk menerima tawarannya dan keduanya menghabiskan Malam Tahun Baru bersama. 

Mereka berseronok dan bersuka ria, dan walaupun mereka jelas menikmati kehadiran masing-masing, Sloane menolak untuk menjadi 'holidate' pada Hari Kekasih, mempercayai bahawa kedua-duanya dapat menemui pasangan sebenar sebelum tarikh itu. Tetapi ketika Hari Valentine semakin hampir, Sloane bertemu dengan bekas kekasihnya bersama kekasih barunya ketika membeli gula-gula. Kerana Jackson berjalan dan terlihat situasi tersebut, dia berpura-pura menjadi teman lelakinya dan mereka pergi bersama. Kedua-duanya bersetuju bahawa adalah lebih selamat untuk menjadi 'holidate' satu sama lain dari saat itu untuk mengelakkan masalah lebih lanjut, dan hubungan yang platonic.

Review Filem : Holidate (2020)

Setelah menghabiskan perayaan Saint Patrick's Day dan Easter bersama, jelas bahawa kedua-duanya menjadi sahabat. Namun, pada ketika perayaan Cinco de Mayo, mereka berseronok sehingga mabuk dan pada keesokan harinya, dipercayai bahawa keduanya melakukan hubungan seks malam sebelumnya. Walaupun Jackson nampaknya tidak peduli sama ada melakukan seks atau tidak, Sloane dengan tegas menafikannya dan seterusnya mereka menjalani kehidupan seperti biasa - berpura-pura tidak ada yang berlaku.

Menjelang 4 Julai, Jackson telah menjadi sangat rapat dengan keluarga Sloane dan berkawan baik dengan abang Sloane, York. Semasa mencucuh mercun, Jackson terkena mercun dan jarinya terputus. Sloane dipaksa untuk membawanya ke hospital untuk memasang jari yang terputus itu kembali. Kedua-duanya berada di hospital dan menemui Farooq, seorang doktor yang dipasangkan bersama Sloane oleh ibu Sloane; Sloane menggoda Farooq dan Jackson menjadi cemburu. Mereka kembali ke rumah Jackson di mana mereka bersentuhan tangan dan tertarik pada satu sama lain. Bagaimanapun, Jackson menjadi takut bahawa nanti dia dan Sloane akan menjadi terlalu serius dan memutuskan untuk mencari 'holidate' atas cadangan rakannya Neil. 

Sloane membawa Farooq sebagai pasangannya untuk perkahwinan adik dan pasangannya Liz, Jackson pula menghadiri majlis perkahwinan tersebut dengan makcik Sloane, Susan. Walau bagaimanapun, pasangan yang mereka bawa tertarik pada satu sama lain ketika di majlis perkahwinan, dan kedua-duanya memutuskan untuk meneruskan 'holidate' untuk perayaan Halloween. Semasa di pesta kostum bersama, kakak kepada Sloane, Abby berkenalan dengan Neil dan keduanya bermesra walaupun Abby sudah berkahwin. Sloane dan Jackson juga bertemu dengan bekas kekasihnya dan pasangannya yang telah hamil. Sloane menjadi sangat sedih dan diberi minuman antasid oleh kakaknya, yang membuatnya sakit dan memaksanya untuk pergi. Jackson membawa Sloane kembali ke rumah Sloane dan menjaganya sehingga mereka akhirnya tertidur dan melakukan hubungan seks keesokan harinya. Sloane jelas malu dengan keseluruhannya dan membuat Jackson pergi, percaya bahawa mereka melakukan kesalahan. Kemudian, Abby datang ke apartmen untuk memberitahunya bahawa dia akhirnya mencium Neil, dimana Sloane berjanji untuk menyimpan rahsia.

Apabila Hari Kesyukuran tiba, Susan telah tiba dengan 'holidate' lain yang bernama Walley dan bukannya Farooq, yang sangat mengecewakan semua orang. Kemudian Jackson muncul dan dia dan Sloane pergi ke pasaraya Sprouts untuk mendapatkan barang untuk makan malam. Semasa berada di sana, Jackson cuba membincangkan apa yang berlaku tetapi Sloane tidak mahu membincangkannya. Sloane mengingatkan Jackson bahawa ketika mereka pertama kali bertemu, Jackson mengatakan kepadanya bahawa dia tidak tertarik padanya, dan percaya bahawa dia masih tidak tertarik sehingga sekarang. Jackson memberitahu Sloane bahawa dia berbohong ketika dia mengatakan 'tidak tertarik' untuk membuatnya setuju tawaran holidate, tetapi Sloane masih menolak untuk menerima permintaan maafnya. Kemudian pada hari itu, Wally akhirnya mengalami serangan jantung dan Susan membawanya ke hospital bersama Sloane dan bertemu dengan Farooq lagi. Setelah Sloane mendorongnya untuk mencuba mendapatkan cinta sejati lagi, Susan mengaku kepada Farooq bahawa dia mempunyai perasaan terhadapnya, dan keduanya mencium dan menjadi pasangan.

Pada hari-hari menjelang Krismas, Sloane mengekori Jackson tetapi masih enggan bercakap dengannya. Ketika membeli-belah di pusat membeli-belah dengan adik-beradik dan anak saudaranya, mereka melihat Jackson berjalan dan mereka mendorong Sloane untuk mengejarnya. Pasukan Koir Pasaraya itu membantunya mendapatkan perhatian dan memberikan mikrofon. Di hadapan beratus-ratus orang, dia mengaku cintanya pada Jackson dan keduanya berpelukan dan mula menjadi pasangan kekasih. Pada babak kredit akhirnya menunjukkan bahawa semua pasangan masih bersama, dan Neil akhirnya berpasangan dengan kekasih Jackson pada awal filem.

TRAILER FILEM HOLIDATE (2020)


REVIEW FILEM HOLIDATE (2020)

Review Filem : Holidate (2020)

JALAN CERITA

Filem Holidate (2020) bagi aku merupakan sebuah filem romantik komedia yang ringkas. Jalan ceritanya kita sudah tahu apa yang bakal terjadi pada penghujungnya. Untuk mereka yang sukakan cerita aksi, seram dan sebagainya tak kurang gemar kisah-kisah romantik, filem ini bukannya untuk anda. Aku pasti bilamana anda lihat sahaja filem ini pada 10 minit pertama, anda akan terus tutup laptop anda, dan terus menonton video youtube yang lebih menarik.

Tidak untuk aku, aku suka pelbagai jenis genre filem, daripada filem aksi, filem bertemakan angkassa, dokumentari, romantik komedi, seram, sedih, politik dan pelbagai lagi semuanya aku akan tonton. Tapi filem yang dihasilkan perlulah menepati citarasa aku, walaupun mungkin jalan cerita klisye tapi kalau lakonannya mantap, boleh jadi salah satu sebab aku suka sesebuah filem atau drama.

Filem Holidate (2020) ini umpamanya seperti menjadi kekasih upahanlah, tapi dalam konteks filem ini tiada upah, hanya menjadi pasangan untuk perayaan bersama keluarga. Menarik konsepnya. Tapi kita dah tahu akan ada bahagian dimana mereka bergaduh, kemudian tidak bercakap dan sebagainya. Bila nak-nak penghujung mereka berbaik semula dan hidup bahagia.

Walaupun plot romantik komedi sebegini sudah diketahui, tapi untuk filem ini aku nak lihat bagaimana babak-babak sampingan terjadi. Pasti ada situasi komedi atau romantik yang berbeza daripada filem romantik komedi yang lain.

Review Filem : Holidate (2020)

PELAKON

Review Filem : Holidate (2020)

Barisan pelakon dalam filem ini juga antara yang mempunyai mutu lakonan yang menarik dan berkualiti. Sebelum ini aku dah pernah tonton lakonan Emma Roberts dalam beberapa drama dan filem, memang terbaik lakonannya! Oh kepada mereka yang tak tahu, Emma Roberts merupakan anak saudara kepada pelakon Julia Roberts.

Pelakon lain juga membantu dan lakonan yang baik juga. Ini pertama kali aku tonton lakonan Luke Bracey. Boleh nampak lakonan yang baik dan juga mereka berdua cukup serasi. Minta-minta mereka digandingkan lagi dalam drama atau filem lain.

Seorang lagi pelakon yang aku kenal dan pernah nampak lakonannya sebelum ini tidak lain tidak bukan adalah Kristin Chenoweth. Lakonan beliau sebagai Susan memang sangat kelakar. Walaupun aku berpendapat pembedahan kosmetik di wajahnya semakin teruk, tapi lakonannya masih menghiburkan. Btw, kepada anda yang tak kenal Kristin Chenoweth, beliau adalah seorang pelakon dan penyanyi yang sangat hebat! Anda boleh cari nyanyian beliau di Youtube yang sangat merdu dan bertenaga!

KESIMPULAN

Kalau filem-filem lain mungkin ada beberapa lagi bahagian yang akan diulas, tapi untuk filem ini, aku rasa hanya dua bahagian ini sahaja yang boleh diulas. Bahagian lain seperti CGI, muzik, dan sebagainya bagi aku biasa-biasa sahaja. Maaf, tiada yang menarik atau istimewa.

Jadi, bagi aku filem ini secara keseluruhannya satu filem yang menghiburkan. Sesuai untuk ditonton ketika masa terluang atau waktu sebelum nak tidur dan sebagainya. Adakah aku akan menonton filem ini lagi? Mungkin, tapi tidak dalam jangka masa terdekat. 

BINTANG : ⭐⭐⭐/ 5

SUMBER : WIKIPEDIA & GOOGLE IMAGE


SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post