Nikmati ‘2020 Mnet Asian Music Awards’ (MAMA) secara langsung di Astro

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nikmati ‘2020 Mnet Asian Music Awards’ (MAMA) secara langsung di Astro


TENTANG ‘2020 MNET ASIAN MUSIC AWARDS’ (MAMA)


Semua peminat K-pop boleh strim anugerah muzik terhangat di Asia, 2020 MAMA secara langsung pada 6 Disember, jam 3 petang untuk sesi Karpet Merah dan jam 5 petang untuk siaran anugerah di tvN HD (saluran 395) dan Astro GO.


Anugerah ‘2020 MAMA’ yang sebelum ini diadakan di pelbagai lokasi di sekitar Asia, kini bertemakan ‘New-Topia’ dan akan diadakan secara maya buat pertama kalinya. ‘2020 MAMA’ akan menghubungkan artis-artis bersama para peminat melalui ikatan kuat muzik, di musim norma baharu ini. Para peminat K-pop dapat menikmati pesta muzik antarabangsa dan anugerah ini dengan selamat di rumah mereka.


Semasa anugerah ‘2020 MAMA’, peminat dapat menikmati persembahan yang menarik dari idola Kpop terhangat termasuk BTS, TWICE, NCT, SEVENTEEN, IZ*ONE, TREASURE, TXT, MONSTA X, MAMAMOO, GOT7 dan ramai lagi.


Para peminat Kpop boleh terus membuat undian di laman web rasmi MAMA sehingga 5 Disember 2020 untuk calon idola Kpop kegemaran mereka dalam 18 kategori termasuk Artis Terbaik Tahunan, Lagu Terbaik Tahunan, Album Terbaik Tahunan, Ikon Terbaik Seluruh Negara, Pilihan Peminat Seluruh Negara, Muzik Video Terbaik dan banyak lagi.  


BACA : Jom Tonton Drama Korea & Program Idol Korea di Astro


VIDEO PROMOSI ‘2020 MAMA’



UNTUK MAKLUMAT LANJUT, LAYARI :-


2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wah dah boleh tengok live mama di astro. dah lama tak layan kpop ni, tak kenal sgt group yg ada sekarang..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post