Review Filem : Enola Holmes (2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Filem Enola Holmes (2020) merupakan sebuah filem misteri berdasarkan buku pertama dalam siri yang sama nama (Enola Holmes) ditulis oleh Nancy Springer. Secara asasnya jalan cerita ini adalah mengenai adik perempuan kepada penyiasat terkenal, pergi ke kotaraya London untuk mencari ibunya yang hilang. Diarahkan oleh Harry Bradbeer, lakon layar oleh Jack Thorne. Antara pelakon yang terlibat termasuklah Millie Bobby Brown, Henry Cavill, Sam Claflin dan Helena Binham Carter.

Pada awalnya filem ini dijadualkan untuk ditayang di pawagam oleh Warner Bros. Pictures, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, hak penyiaran dan tayangan dijual kepada Netflix.  Filem Enola Holmes (2020) ditayangkan pada 23 September 2020 dan menerma kritikan positif daripada peminat filem dan pengkritik dan kebanyakannya memuji persembahan Millie Bobby Brown. 


 ENOLA HOLMES (2020) 

Pengarah : Harry Bradbeer
Penerbit : Mary Parent,  Alex Garcia, Ali Mendes, Millie Bobby Brown, Paige Brown
Lakon Layar : Jack Thorne
Pelakon : Millie Bobby Brown, Sam Claflin, Henry Cavill, Helena Bonham Carter
Muzik : Daniel Pemberton
Tarikh Tayangan : 23 September 2020
Durasi : 121 minit. 

SENARAI PELAKON


👉Millie Bobby Brown sebagai Enola Holmes
👉Henry Cavill sebagai  Sherlock Holmes
👉Sam Claflin sebagai  Mycroft Holmes
👉Helena Bonham Carter sebagai  Eudoria Holmes
👉Louis Partridge sebagai  Tewkesbury
👉Burn Gorman sebagai  Linthorn
👉Adeel Akhtar sebagai  Lestrade
👉Susie Wokoma sebagai  Edith
👉Hattie Morahan sebagai  Lady Tewkesbury, ibu Tewkesbury
👉David Bamber sebagai  Sir Whimbrel Tewkesbury, pakcik Tewkesbury
👉Frances de la Tour sebagai  The Dowager, nenek Tewkesbury
👉Claire Rushbrook sebagai  Mrs. Lane
👉Fiona Shaw v Miss Harrison
👉Ellie Haddington sebagai  Miss Gregory

 SINOPSIS 
( agak panjang sinopsisnya, boleh skip sekiranya sudah tahu )


Enola Holmes adalah adik bongsu dalam keluarga Holmes yang terkenal. Dia sangat cerdas, taat, dan berwawasan, dan menentang norma sosial untuk wanita pada masa itu. Ibunya, Eudoria, telah mengajarnya segala-galanya dari catur hingga jujitsu dan mendorongnya untuk menjadi wanita muda yang berkeinginan kuat dan berdikari.

Pada hari ulang tahunnya yang keenam belas, Enola bangun dan sedar bahawa ibunya telah hilang, dan hanya meninggalkan beberapa hadiah ulang tahun. Dia bergegas ke stesen kereta api untuk menemui abang-abangnya, Mycroft dan Sherlock, yang pada awalnya gagal mengenalinya, kerana sudah bertahun-tahun tidak berjumpa. Sherlock menganggapnya sebagai gadis yang cerdas, sedangkan Mycroft menganggapnya menyusahkan. Sebagai penjaga sahnya, Mycroft berhasrat untuk menghantarnya ke sekolah yang dikendalikan oleh Miss Harrison yang tegas. Bunga yang ditinggalkan oleh ibunya mendedahkan mesej rahsia dan membawa kepada wang tersembunyi, yang digunakan oleh Enola untuk melarikan diri dan menyamar sebagai anak lelaki. Di dalam keretapi, dia mendapati Viscount Tewkesbury telah bersembunyi di dalam beg perjalanan. Dia mengira dia adalah nincompoop (seorang yang bodoh) tetapi memberi amaran kepadanya bahawa seorang lelaki dengan topi bowler coklat (bernama Linthorn) sedang dalam keretapi mencari dia. Mereka melompat dari keretapi untuk melarikan diri. Tidak mempunyai makanan, Tewkesbury mencari tumbuhan yang boleh dimakan sebagai makanan. Mereka pergi ke London, di mana kemudiannya mereka berpisah.

Menyamar sebagai wanita Victoria, dia terus menjejaki Eudoria dan meninggalkan pesanan cryptic  di iklan peribadi surat khabar. Enola menemui pamplet dan tempat simpanan barang berisi bahan letupan dan mengetahui bahawa Eudoria adalah sebahagian daripada kumpulan radikal. Dia kemudiannya diserang oleh Linthorn, yang menyeksanya untuk mendapatkan maklumat mengenai Tewkesbury, serta cuba menenggelamkannya. Mereka bertempur dan berlawan, tetapi dia dapat menyalakan bahan letupan dan melarikan diri. Enola memutuskan untuk menghentikan pencarian ibunya dan mencari Tewkesbury sekali lagi untuk menyelamatkannya kerana dia tidak mampu mempertahankan dirinya. Enola mengunjungi ladang Tewkesbury di Basilwether Hall untuk mengetahui lebih lanjut. Pada masa yang sama, Mycroft menyuruh Inspektor Lestrade dari Scotland Yard mencari Enola.


Enola mendapati Tewkesbury menjual bunga di Covent Garden dan memberi amaran akan bahaya itu. Dia membantunya melarikan diri tetapi ditangkap oleh Lestrade dan dipenjarakan di sekolah Miss Harrison oleh Mycroft. Sherlock mengunjunginya dan mengakui dia kagum dengan kerja detektifnya. Tewkesbury menyelinap masuk ke sekolah, dan mereka melarikan diri bersama-sama, mencuri kereta Miss Harrison. Mereka sampai di seberang jalan dan, daripada kembali ke London, Enola memutuskan bahawa mereka mesti pergi ke Basilwether Hall dan menghadapi pakcik Tewkesbury, yang dia simpulkan sedang berusaha membunuhnya. Ladang itu nampaknya sepi, tetapi Linthorn menyergap mereka, melepaskan tembakan. Enola menjatuhkannya menggunakan gerakan jujitsu, menyebabkan kecederaan kepala yang fatal. Nenek Tewkesbury rupanya adalah penjahat sebenar; seorang tradisionalis, dia tidak mahu Tewkesburry mengambil tempat ayahnya di House of Lords dan mengundi untuk Rang Undang-Undang Pembaharuan. Dia menembak cucunya di dada, tetapi dia selamat berkat piring baju besi yang disembunyikannya di bawah pakaiannya. Sherlock tiba di Scotland Yard dan Lestrade menanyakan dua soalan kepadanya: pertama, bagaimana dia berjaya menyelesaikan kes itu, dan kedua, bagaimana adiknya menyelesaikannya terlebih dahulu.

Enola menemui dan menguraikan mesej di sebuah surat khabar tetapi menyimpulkan bahawa ia tidak dihantar oleh ibunya. Pada tempat pertemuan bersama adik mereka, Sherlock dan Mycroft berbincang tentang Enola, dan Sherlock mencadangkan untuk menjadi penjaga Enola. Mereka memutuskan untuk pergi, dan Sherlock perasan akan satu petunjuk, tetapi memilih untuk tidak mencari Enola. Sebenarnya Enola memerhatikan mereka melalui penyamaran sebagai budak menjual surat khabar. Kembali ke tempat penginapannya, Enola mendapati ibunya menunggu di sana. Mereka berpelukan, dan Eudoria menjelaskan mengapa dia harus pergi, dan mengapa dia harus pergi lagi, tetapi dia kagum dengan apa yang telah menjadi Enola. Enola telah menemukan kebebasan dan tujuannya - dia adalah seorang detektif dan pencari jiwa yang hilang.

 TRAILER ENOLA HOLMES (2020) 


 REVIEW FILEM 

Macam biasa, sebelum mereview dan memberikan kritikan pada sesebuah filem, aku nak jelas beberapa perkara. Pertamanya aku akan berikan komen dan pandangan melalui beberapa bahagian. Keduanya segala kritikan dan komen yang aku berikan adalah pandangan peribadi aku sendiri berdasarkan pengetahuan aku mengenai filem yang sangat rendah. Jika ada sebarang komen atau pandangan aku tidak sama dengan anda, bolehlah anda komen dan juga beri pandangan anda juga. ✌😎

SINEMATOGRAFI


Filem Enola Holmes (2020) bagi aku merupakan sebuah filem yang menarik, konsep yang bagi aku agak baru dan membuatkan aku menonton filem ini hingga ke akhir. Konsep apakah itu? Aku suka bilamana watak utama iaitu Enola bercakap dengan penonton. Beberapa kali juga sebenarnya Enola memandang ke arah penonton yang membuatkan aku tertarik.

Filem, novel atau mana-mana drama yang mengisahkan tentang Sherlock Holmes pastinya aku akan tonton. Tetapi untuk filem ini, kisahnya lebih kepada Enola Holmes dan watak Sherlock Holmes hanyalah sebagai watak pembantu sahaja. 

Setiap sudut frame filem ini digarap dengan begitu baik, warna dan tone bagi filem ini juga sangat kemas. Bravo! Di babak pertarungan juga dari satu frame ke frame lain juga sangat kemas. Mungkin ada beberapa yang boleh diperbaiki, tapi secara keseluruhannya mantap.

JALAN CERITA


Bagi jalan cerita pula, bagi aku penamatnya adalah sesuatu yang dijangka tetapi apa yang berlaku antara permulaan dan pemgakhiranlah yang membuatkan filem itu menjadi atau tidak dan bagi aku jalan cerita filem ini sangat padat, penuh dengan aksi dan juga kisah detektif.

Mungkin ada yang mengkritik tentang fokus Enola daripada mencari ibunya tetapi lebih kepada menyelamatkan seorang lelaki. Bagi aku itu adalah normal untuk remaja seperti Enola dan dia bukanlah melepaskan pencarian ibunya begitu sahaja.

Of course aku suka dengan filem yang membuatkan penonton berfikir, mencari klu-klu dan petunjuk yang mungkin berguna untuk plot berikutnya. Tapi dalam filem ini, elemen ini tidaklah terlampau banyak, selain itu elemen komedi yang dimasukkan juga menjadi dan tidak klisye. Selain itu, aku juga suka babak bila mana Enola bersama Tewkesbury. 



 PELAKON 


Sebenarnya ini pertama kali aku menonton lakonan Millie Bobby Brown dan sememangnya aku cukup kagum dengan lakonan beliau. Begitu menarik, segar dan juga bertenaga. Kantoi pula yang aku belum lagi menonton Stranger Things.😅 Mungkin selepas ini beliau bakal menjadi pelakon kesukaan aku, siapa tahu? Pujian patut diberikan kerana lakonan beliau sebagai Enola Holmes yang sangat bersahaja tetapi dalam masa yang sama memberikan persembahan sebagai Enola dengan begitu baik!

Siapa lagi dalam filem ini? Oh sudah tentunya Henry Cavill. Of course aku lebih suka lakonan Robert Downey Jr dan juga Benedict Cumberbatch sebagai Sherlock Holmes tetapi pujian perlu diberikan juga kepada Henry Cavill kerana berani mengambil watak kesukaan ramai ini. 


Pelakon lain termasuklah Sam Claflin. Pertama kali melihat, aku tak sangka inilah dia pelakon yang membawakan watak Finnick Odair dalam siri filem Hunger Games. Cukup berbeza dan menyakitkan hati! Haha 😂 Helena Bonham Carter didalam filem ini memainkan watak pembantu sahaja tapi anda boleh rasa penjiwaan watak ibu yang cukup berkesan walaupun hanya beberapa babak sahaja.

Oh ya, jika anda perasan betul-betul ada beberapa pelakon daripada siri filem Harry Potter seperti Helena Bonham Carter, Frances de la Tour dan juga Fiona Shaw. Melihat mereka berlakon membuatkan aku teringat siri filem epik tersebut. 


Secara keseluruhannya filem ini merupakan sebuah filem yang sangat baik, susunan jalan cerita yang mantap, pelakon yang hebat-hebat belaka juga sinematografi yang cukup mantap! Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Bila melihat filem ini yang dilakonkan pada zaman Victoria iaitu lebih 200 tahun yang lalu, teringin pula aku melihat filem di Malaysia membawakan jalan cerita pada zaman yang sama.

Elemen-elemen dalam filem ini yang disuntik semuanya menjadi dan berkesan, termasuklah unsur komedi, saspens, pertarungan, romantik dan sebagainya. Dengar khabar mungkin ada sekuel pulak lepas ni. Of course kalau ada sekuel aku akan tonton dan review lagi! Terima kasih.


BINTANG : ⭐⭐⭐⭐/ 5

SUMBER : WIKIPEDIA & GOOGLE IMAGE

SEKIAN

22 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Dah tengok filem ni! Memang best, siapa sangka filem ni beri spotlight pada adik Sherlock Holmes yang tak kurang menarik kehidupannya kan. And yes, teringin juga produksi Malaysia buat filem lampau versi kita kan. Tapi dengan nafas baru dan segar begini. Mesti awesome!

    ReplyDelete
  2. jalan cerita yang menarik. pelakon2 die pun hebat...mesti banyak cabaran die kena lalui kan untuk cari ibu die tu tapi ada pula muncul lelaki lain.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! cara mereka bercerita pun best. mungkin saya buyers sikit sbb saya memang minat filem2 sherlock :)

      Delete
  3. Wah ni genre kegemaran Marsha ni penyiasatan. Nak tengok lah nanti...jalan cerita dia nampak best

    ReplyDelete
  4. Ramai yang cakap cerita ni best. Tapi admin sendiri belum berkesempatan untuk tengok cerita ni. Terima kasih atas review ni so boleh la lepas ni admin cari cerita ni

    ReplyDelete
  5. macam best je movie ni. nanti nak tengok la. suka tengok genre movie books..

    ReplyDelete
  6. I watched this myself and I must say that this is really good especially the way they develop the story. Of course the leading young actress was also really in her element, breathing life into her character with so much ease and charisma.

    ReplyDelete
  7. Oh wow......another Sherlock Series. Cool! Henry Cavil lah blakon jadi Sherlock. He is hot. Hehehe.........

    ReplyDelete
  8. dah tengok jugak. Tak sangka Sherlock Holmes ada adik perempuan yang bijak. cantik plak tu. Ye, sis pun suka part yang Enola bercakap dengan kamera tu. Ia seolah2 berinteraksi dengan penonton. Part sinematografi tu pun mmg mantap. memang terasa betul2 berada di zaman tu

    ReplyDelete
  9. Dah bukak dah cuba tengok, tapi tak masuk dalam jiwa Sis betullah..macam lembab nauu jalan citenya.. so tengok suku jeee.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. Baru tahu ada filem ni hahaha. Sinopsis macam best. Sebut Holmes je, tahu dah mesti ada kaitan Sherlock. Semua adik beradik penyiasatla ni

    ReplyDelete
  11. wow, this looks like a must-watch movie. totally loving the cast and the way the stories evolves. thank you so much for sharing! :)

    ReplyDelete
  12. Like brother like sister la filem ni.. ada nampak appear kat front page bila login my Netflix tapi tak tengok lagi...menarik juga based on the details kat sini.. Masukkan dalam watch list skrg juga..

    ReplyDelete
  13. Wahh dah tengok ea belum sempat lagi nak layan kat Netflix. Suka cerita dari zaman epik lagi. Takpe kita bookmark dulu

    ReplyDelete
  14. wahh panjangnya sinopsis Enola Holmes..ramai orang kata best dan puas hati tengok cerita ni..nanti kene tengok juga la

    ReplyDelete
  15. Wah! Cerita misteri sherlock holmes memang menarik. Watak Enola Holmes yang utama mencari ibu dia tapi akhirnya terkucil pergi selamatkan lelaki pula. Hehe Menarik cerita dia ni. Nanti nak tengok juga lah.

    ReplyDelete
  16. Oh wow i nak tengok cerita ni sebab i memang minat cerita Sherlock Holmes since young.

    ReplyDelete
  17. Best cite. Za suka dia mcm berinteraksi dgn penonton.. Kelakar pun kelakar..

    ReplyDelete
  18. Tak tengok lagi cerita Enola ni. Nanti nak tengok la sebab ramai kata best ! hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post