2,000,000

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berjaya Tambah 1 Juta Pageview Kurang Setahun | Pada bulan Mac 2020 yang lalu, blog ini baru sahaja berjaya mendapatkan pageview 1 juta. Alhamdulillah, walaupun dah lama sebenarnya berblogging, tapi sebab jarang update dan sebagainya. Kini, belum sampai setahun daripada bulan Mac, pageview blog ini sudah pun mencecah angka 2 juta pada bulan Januari 2021.

Ya, ada blogger lain lebih hebat! | Seronok tengok blogger-blogger lain juga rancak menulis pelbagai artikel menarik dan dalam masa yang sama berjaya mengumpul jumlah view yang banyak. Menulis blog ini bagi aku akan sentiasa relevan selagi mana orang mencari maklumat di dalam internet. 

Sepanjang tahun 2020 ini, syukur alhamdulillah, pendapatan melalui blog ini sahaja mampu buatkan aku membeli pelbagai barangan, dan juga menjadi tempat menjana pendapatan juga. Alhamdulillah. Bila diingat balik, macam-macam yang terjadi dalam tempoh tahun 1 tahun. 

Daripada bertukar domain, kepada masalah apply Adsense, pageview merudum dan mencanak naik dan pelbagai lagi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi datang membaca artikel di dalam blog ini. Sedikit sebanyak artikel yang dikongsikan dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada semua orang.

Tak lupa juga kepada rakan-rakan blogger, rakan-rakan media, wartawan, PR dan sebagainya, yang sudi menjalin persahabatan dan juga kerjasama. Semoga ia berkekalan sampai bila-bila.


WHAT'S NEXT?

Macam yang aku tulis dalam artikel 1,000,000 , mengejar pageview bukanlah perkara utama, yang penting adalah artikel yang dihasilkan mempunyai manfaat kepada semua orang. Sampai sekarang aku msaih belajar cara menulis artikel berkualiti dan bermanfaat disamping artikel-artikel yang topiknya pelbagai.

3,000,000 pageview? In shaa Allah, mari kita nantikan bila pula akan sampai ke angka tersebut. Untuk sekarang ini, aku berusaha naikkan lagi blog ini. Kukuhkan jenama agar lebih dikenali orang ramai dan hasilkan artikel yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. ✌


SEKIAN.

5 comments:

  1. tahniah dh smpai 2j...teringin nk tukar domain juga tapi nanti byk yg kena setup balik huhu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Tahniah..
    Waa.. sy rasa terharu pula.. sbb nak capai jutaan tu pun bukan senang..
    Kdg kita mmg tak kejar pageviews pun kan.. yg penting dapat menulis dan berbagi manfaat kpd org lain.. Tetapi kalau berjaya capai jutaan tu pun memang dah bersyukur.. Semoga dimurahkan rezeki selalu .. keep it up! Teruskan berkongsi semoga beroleh pahala berterusan..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.