Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL | Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua? Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi panduan mudah untuk mereka yang merancang membeli domain untuk blog atau website mereka.

Mempunyai nama domain sendiri merupakan satu perkara yang penting juga sebenarnya untuk mereka yang benar-benar ingin serius dalam bidang blogging ini. Bukanlah bermaksud anda yang menggunakan blogspot.com tidak serius, tetapi apabila anda mempunyai nama domain sendiri, anda akan dilihat lebih professional.

BERAPA HARGA DOMAIN ?

Sebelum ketahui harga domain, sebenarnya dipasaran terdapat banyak syarikat yang menawarkan domain-domain yang menarik dengan pelbagai harga yang ditawarkan. Macam aku sendiri, aku pernah beli domain di beberapa syarikat dan aku rasa yang terbaik setakat ini adalah NetKL. Syarikatnya bertapak di Malaysia, jadi senanglah untuk berurusan JIKA ada sebarang masalah. 


Senarai harga domain di NetKL pada Januari 2021 👇
Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

CARA MUDAH BELI DOMAIN DI NETKL

Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita mulakan step-by-step dari mula sehinggalah akhir. 

a) Buka laman web NetKL, klik pada butang Domain.

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

b) Isi nama domain yang anda inginkan. Disinilah anda boleh check sama ada nama domain anda itu  available atau tidak. Jika sudah yakin dan pasti dengan nama domain yang anda pilih, klik pada Add Cart.

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

 
Panduan Mudah Beli Domain di NetKL


c) Anda akan dibawa ke laman Domain Configuration. Tiada apa yang perlu diubah dibahagian ini. Terus tekan pada butang Continue.

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

d) Kemudian, setelah anda yakin dan pasti sekali lagi, anda bolehlah klik pada Checkout.

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

e) Isikan butiran anda. Periksa bahawa butiran yang diisi semuanya tepat. Kemudian tekan pada butang "Complete Order".

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL


Terdapat beberapa cara bayaran dan ada bayaran yang mengenakan cas. Anda bolehlah pilih sama ada anda ingin membuat pembayaran melalui MBB/CIMB/IBG Transfer | Maybank2u,CIMB Clicks, FPX | Paypal | Credit/Debit Card.

Panduan Mudah Beli Domain di NetKL

f) Buka emel anda untuk butiran invoice dan juga cara pembayaran yang akan disertakan dalam emel tersebut.

g) Setelah selesai pembayaran dan sebagainya. Tahniah anda telah mempunyai domain anda sendiri.💪

Mudah bukan? Semoga anda dapat faham panduan yang diberikan ini. In shaa Allah dalam artikel berikutnya aku akan ceritakan pula bagaimana nak setting domain ini di blog anda. Cara nak setting pun sebenarnya agak mudah dan bila dah siap semuanya, barulah happy nak menulis kan?

SEMOGA BERMANFAAT


0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم