Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahukah anda kini anda tidak perlu bersusah payah memperbaharui cukai jalan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh melakukannya secara online sahaja? Lebih sistematik dan yang paling penting menjimatkan masa anda tanpa perlu beratur panjang dan sebagainya. 

Pandemik Covid-19 telah memaksa kita untuk menjaga penjarakan sosial dan sebagainya. Jadi, dengan adanya proses renew secara online ini ia betul-betul memudahkan cara. Baiklah tanpa melengahkan masa lagi, marilah saya menceritakan langkah-langkah dari awal sehingga akhir tentang proses memperbaharui cukai jalan.

CARA RENEW ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ONLINE

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online


1) DAFTAR AKAUN DI MYEG

Untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di laman MYEG, anda perlulah mempunyai akaun yang berdaftar.

Buka laman web MYEG dan sekiranya anda belum mempunyai sebarang akaun, bolehlah mendaftar seperti biasa.


Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online


2) LOG MASUK

Setelah anda mendaftar dan juga mmepunyai akaun, anda bolehlah log masuk seperti biasa. 

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online

3) RENEW INSURANS KENDERAAN ONLINE

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online

Baiklah, untuk me'renew' insurans, langkah-langkahnya adalah seperti berikut :-

a) Klik pada ikon JPJ
b) Klik pada Insurance Renewal 

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online

d) Kemudian, pada skrin akan dipaparkan syarikat insurans dan takaful yang menawarkan produk mereka menerusi laman MYEG dan antaranya adalah seperti Zurich Takaful, RHB Insurance, Takaful Malaysia, Berjaya Sompo Insurance dan juga AIG.

e) Kemudian, pilih pada ikon syarikat yang anda inginkan.

f) Isi nombor MYKad dan kelayakan NCD akan akan dipaparkan.

g) Isi maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi dan juga menambah maklumat pemandu tambahan. (Amaun kebiasaannya mengikut harga semasa kereta) 

4) BAYARAN & MUAT TURUN RESIT INSURANS

Selepas anda sudah mengisi segala maklumat, harga penuh berserta caj akan dipaparkan.

Setelah bersetuju dan berpuas hati, anda boleh meneruskan untuk proses pembayaran.

Untuk melakukan pembayaran, anda boleh membuat bayaran sama ada melalui kad kredit atau pun perbankan online seperti FPX, Maybank2U, RHB Online dan juga Public Bank Online.

Setelah bayaran dilakukan, anda boleh memuat turun resit bayatan dan juga sijil perlindungan yang diberikan. 

5) RENEW ROADTAX

Setelah anda selesai melakukan proses 'renew' insurans takaful kenderaan, anda boleh meneruskan dengan proses 'renew' roadtax pula.

Jika anda tidak renew insurans takaful kereta melalui MYEG, anda masih boleh menggunakan MYEG untuk renew roadtax. Insurans anda boleh membeli dengan ejen insurans.

Baiklah cara untuk 'renew' roadtax, ini adalah langkah-langkahnya :- 

a) Log masuk dan pilih JPJ
b) Pilih butang Road Tax Renewal

c) Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta, tempoh cukai jalan dan sebagainya.

BACA JUGA : CARA DAFTAR SPA9

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online

d) Kemudian, pilih cara anda mendapatkan roadtax sama ada melalui penghantaran ke alamat pilihan anda atau anda mengambil sendiri di pejabat MYEG

*Terdapat caj penghantaran untuk penghantaran roadtax ke alamat pilihan anda.

e) Setelah selesai mengisi maklumat, tekan butang Proceed.

f) Maklumat berkenaan roadtax dan kos yang terlibat akan dipaparkan untuk anda.

6) BAYARAN DAN MUAT TURUN RESIT ROADTAX

Sekiranya anda telah berpuas hati, anda boleh meneruskan dengan proses pembayaran. Klik pada butang Confirms & Pay.

Untuk pembayaran terdapat beberapa pilihan pembayaran iaitu pembayaran melalui kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MYEG.

Setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh memuat turun resit anda. 

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online



ALHAMDULILLAH, SELESAI

Sekarang ini anda hanyalah perlu menunggu penghantaran roadtax anda sampai ke alamat yang anda isikan dalam borang sebelum ini.

Anda boleh print sendiri slip sementara sekiranya anda perlu kemana-mana dalam masa terdekat sebagai bukti bahawa anda telah merenew roadtax dan insurans.

Cara Renew Roadtax dan Insurans Kenderaan Online

Diharapkan anda dapat memahami langkah-langkah merenew roadtax dan insurans ini dengan jelas. Mudah sahaja sebenarnya. Di dalam zaman yang serba moden ini, segalanya dilakukan secara online sahaja dan lebih memudahkan daripada cara sebelum-sebelum ini. Semoga bermanfaat. 


    Sumber : MYEG | RENEW

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.