Meneroka Kampung Budaya Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini aku nak sambung cerita tentang salah satu tempat yang pertama kali aku terjah di Terengganu dan tempat ini merupakan salah satu tarikan terbaru yang wujud di negeri ini pada tahun 2020. Pastinya anda tahu apakah tempat itu. Ya betul, tempat menarik ini dikenali dengan nama Kampung Budaya Terengganu.

MENEROKA KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU


Bila sebut sahaja perkataan 'Kampung Budaya', anda pastinya akan teringat dengan Kampung Budaya Sarawak yang cukup terkenal dengan tarikan kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Sarawak itu. Sebenarnya, di negeri Terengganu sendiri turut mempunyai kampung budayanya tersendiri dimana ia bertujuan untuk berkongsi  tentang kesenian, warisan, kebudayaan dari negeri Terengganu kepada semua pengunjung.

Kampung Budaya Terengganu ini bagaikan sebuah 'muzium hidup' dimana anda dapat melihat demonstrasi aktiviti-aktiviti tradisi yang dipamerkan oleh mereka yang berada di sini. Selain itu, anda juga boleh mencuba aktivit-aktiviti yang disediakan sekaligus dapat belajar dan mendapat pengalaman baru!


Lokasi Kampung Budaya Terengganu ini terletak berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu iaitu salah sebuah muzium terbesar di Asia Tenggara. 

JOM TEROKA KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU



Seterusnya aku akan ceritakan pengalaman aku meneroka kawasan Kampung Budaya Terengganu ini. Lebih menarik, setiap lokasi terdapat staf yang akan menceritakan dengan lebih jelas tentang setiap fungsi dan cerita disebaliknya.

Lokasi pertama yang aku jejak bersama rakan-rakan yang lain adalah sebuah kapal ataupun perahu besar. Perahu ini merupakan salah satu khazanah warisan bangsa Melayu yang digunakan sekitar abad ke 18 sehingga pertengahan abad ke 20. Ia dibina di sekitar muara sungai kuala Terengganu dan digunakan untuk perdagangan. 


Kemudian, untuk ke lokasi berikutnya kami melalui satu laluan yang disebelah kirinya terdapat mini zoo, sambil-sambil melawat dan mengenal budaya dan warisan, dapatlah juga melihat antara haiwan menarik disini.

Demonstrasi pertama yang dilihat adalah mengenai dua jenis cara menggoreng keropok lekor. Tahukah anda pada suatu masa dahulu, menggoreng keropok lekor adalah dengan menggunakan pasir sahaja? Ya! Rasanya lebih menarik dan bagi aku lebih sedap bebanding cara menggoreng dengan minyak. Risau tentang kebersihan? Tak perlu risau sebab pasir tersebut dipilih dengan baik dan dibersihkan dengan elok.


Seterusnya kami melawat rumah-rumah lama, rumah tradisional melayu yang terdapat di Kampung Budaya Terengganu ini. Terdapat beberapa buah rumah disini dan antaranya adalah Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, dan juga Istana Tengku long.

Dibawah adalah beberapa gambar yang sempat aku ambil ketika meneroka kawasan rumah-rumah dan juga melihat aktiviti yang didemonstrasikan. Sungguh menarik!

Rumah Bujang Berpeleh dan juga demonstrasi menganyam. Proses yang cukup rumit dan kadang-kadang menghasilkan satu unit mengambil masa berhari-hari. 

Antara peralatan dan juga permainan tradisi yang dipamerkan. Bilik tidur di dalam salah satu rumah disini. 

Rumah Limas Belanda, demonstrasi permainan rakyat dan juga ruangan dapur yang cukup minimal. 

Demonstrasi mencanting batik, terdapat dua cara dalam menghasilkan hasil seni batik. Juga anda dapat melihat bagaimana majlis perkahwinan diadakan. Jika bertuah, anda juga dapat cuba pakaian dan bergambar! 


Istana Tengku Long, dibina pada tahun 1904. Juga persembahan gamelan yang cukup menghiburkan. 

Pengalaman di Kampung Budaya Terengganu ini satu pengalaman menarik dimana kita dapat belajar warisan, kesenian dan tradisi orang Melayu pada zaman dahulu kala. Seni bina rumah yang cukup menarik dengan ilmu yang mereka miliki.

Kedatangan aku ke Kampung Budaya Terengganu ini membuatkan aku rasa bangga menjadi salah seorang anak melayu kerana betapa hebatnya mereka dalam setiap aspek. Alangkah lebih menarik sekiranya setiap negeri mempunyai kampung budaya dimana mereka dapat mempamerkan kebudayaan, warisan dan keseniaan tersendiri di lokasi tersebut. Mungkin dimasa akan datang.✌


KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU

Lokasi : Lorong Bukit, Kampung Losong Bukit, 20566 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi :
✅Sabtu-Khamis : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
✅Jumaat : 2.30 Petang - 5.00 Petang

Harga Tiket :
🔔Dewasa (13 Tahun ke Atas) : RM10.00
🔔Kanak-Kanak (8-12 Tahun) : RM5.00
🔔Warga Emas : RM5.00
🔔Orang Kelainan Upaya (OKU) : RM5.00

SEKIAN

#BeautifulTerengganu #TourismTerengganu 
#CutiCutiMalaysia #Travellocal #Travelsafe #GayaTravel

Program Pakat Maghi Terengganu ini telah berlangsung dari 15 Disember 2020  sehingga 18 Disember 2020 dan dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dan Beautiful Terengganu Malaysia.

13 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Waalaikumussalam. sangat lah cantik pemandangan nya ^_^

    ReplyDelete
  2. Menariknya, masa ke Kuala Terengganu lepas tak sempat ke singgah Kampung Budaya nih. macam mana tu keropok lekor goreng dengan pasir ye, pasir dipanaskan ke ?

    ReplyDelete
  3. Kampung Budaya Terengganu sounds awesome. It's a must-visit if travel to Terengganu. Thank you for sharing your review and experience. Good post and good photos.

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa. tak sabar nak travel. paling best cantik batik tu teringin sangat

    ReplyDelete
  5. Best kan melawat Kampung Budaya. Rawlins tak pernah sampai lagi ke sana - pernah sampai Sarawak sahaja dan ianya membuatkan diri ini bangga dengan kebudayaan kita rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  6. Bagusnya ada tempat macam ni. Peluang yang baik untuk kita mengenal lebih dekat budaya yang ada dalam negara sendiri. Selama saya tinggal di Pantai Timur dulu pun tak pernah tau ada cara lain memasak keropok lekor selain menggoreng dalam minyak.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya, bagus betul Terengganu secure tempat ini untuk dijadikan tempat pelancongan ☺️ boleh kekalkan tradisi juga kan

    ReplyDelete
  8. Sukanya kalau dapat ke kampung budaya seperti ni. Cantik sangat. Sejak kecil pun da jarang jumpa kampung tradisi yg kebanyakkannya dah moden. Ada rezeki ke Terengganu memang akan berkunjung ke sini.

    ReplyDelete
  9. Baru Sis tau Trengganu ada Kampung Budaya gini.. belum pernah lagi ke sana.. bestnyaa.. pernah pergi Kampung Budaya Sarawak dulu.. ada rezeki nak juga singgah sini laaa

    ReplyDelete
  10. keropok lekor goreng guna pasir?? cemana tu? meletop-letop macam goreng ngan minyak tak? sebab paling fobia goreng kopok lekor ni. silap2 ke siling perginya hahaha. btw, lokasi menarik ni bagi sesiapa yang nak mengenali seni dan budaya di Terengganu. Mesti byk info boleh diperolehi kat sini kan.

    ReplyDelete
  11. Cantek kampung melayu ni. Suka tengok. Warisan yang perlu dikekalkan sampai bila-bila

    ReplyDelete
  12. yeah!! been to this place before & really amazed with its well maintained & cultures rich especially for tourists & young generations to learn the heritage. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. this is such a beautiful destination and there are so many historical significance to it. thanks for sharing, definitely making a trip to this place after the lockdown!

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post