Travelogue Thailand : [Part 7] Last Day in Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelogue Thailand : [Part 7] Last Day in Thailand



Apa khabar semua? Baiklah, kembali lagi dalam siri Travelogue Thailand edisi ke 7. Oh ya, ini bukan edisi terakhir ya, edisi terakhir adalah edisi ke 8. Kali ini aku nak ceritakan tentang hari ke dua di Hatyai dimana beberapa tempat dilawati dan juga bergerak pulang ke lokasi terakhir.

Kepada anda yang baru sahaja membaca siri travelogue ini, ini adalah cerita travel aku sewaktu awal bulan Mac 2020 sebelum PKP 1.0. Diwaktu itu travel ke luar negara masih boleh dan kes covid adalah sangat kecil. Untuk baca artikel sebelum ini, anda boleh baca di 👉 Hatyai Day 1

Travelogue Thailand : [Part 7] Last Day in Thailand


 8.00 PAGI 

Travelogue Thailand : [Part 7] Last Day in Thailand

Setelah menyiapkan diri dan berpakaian segak, kami keluar dari hotel ke pasar pagi di Hatyai ini. Kalau di Malaysia, memang ada pasar pagi tapi aku bukanlah orang yang suka ke pasar pagi. Yang menariknya di Hatyai ini, pasar paginya dijalankan di tepi jalan, sama seperti pasar malam dan sebahagian pasar pagi di Malaysia.

Travelogue Thailand : [Part 7] Last Day in Thailand

Walaupun ada persamaan, tapi bagi aku lebih banyak perbezaan terutamanya dari segi makanan yang dijual serta cara menjual barangan mereka. Antara yang menarik minat aku adalah buah-buahan, penuh dengan warna warni. Buah-buahan disini sama sahaja dengan apa yang ada di Malaysia.

Travelogue Thailand : [Part 7] Last Day in Thailand

Sewaktu kami sampai, orang masih tak ramai, tapi selepas itu, orang ramai mula membanjiri kawasan ini untuk membeli barangan yang dijual. Aku ada beli tak? Mestilah tidak. Aku hanya melihat sahaja rakan-rakan yang lain membeli belah barangan dan buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

 8.45 PAGI 

Dimsum Chabura Halal Hatyai

Setelah meluangkan masa selama 40+ minit di pasar pagi tersebut, kami pun ke tempat untuk bersarapan. Pagi itu kami bersarapan di Dimsum Chabura Halal @Hatyai. Kalau sebelum ini, aku memang jarang atau tak pernah langsung makan dimsum. Aku rasa di Malaysia pun ada dimsum yang halal, tapi tak pernah pula nak cuba.

Dimsum Chabura Halal Hatyai

Dimsum Chabura Halal ini memang terkenal di kalangan pelancong Malaysia dan sebagainya untuk mencuba dimsum halal. Ada banyak dimsum yang terdapat disini, memang rambang mata melihat dan nak memilih yang mana satu pilihan hati. 

Dimsum Chabura Halal Hatyai

Memang sedap rasanya! Untuk orang yang pertama kali mkan dimsum macam aku ni, memang aku rasa berbaloi datang sini dan menikmati pelbagai jenis hidangan dimsum yang ada! In shaa Allah nanti akan ada artikel khas untuk Dimsum Chabura Halal ini ya!

 10.30 PAGI 

Selepas makan, kami pun pulang ke hotel tempat kami bermalam dan bersiap untuk check out. Selepas check out kami ke mana? Kami teruskan perjalanan untuk pulang ke Malaysia melalui jalan darat sahaja. Kalau sebelum ini datang ke Thailand menaiki kapal terbang untuk pulang kami melalui jalan darat menggunakan pengangkutan awam yang aku akan ceritakan dalam travelogue edisi terakhir.

 12.00 TENGAHHARI 

Tesco Lotus Sadao

Sebelum singgah di sebuah restoran lain untuk makan tengah hari, kami singgah sebentar di Tesco Lotus Sadao. Sadao merupakan sebuah bandar yang terletak berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia.

Di Tesco Lotus ini nampak sama sahaja dengan Tesco di Malaysia, cuma barangan yang dijual agak berbeza. KFC mereka juga berbeza berbanding KFC di Malaysia.  Kami singgah di sini sebagai lokasi terakhir membeli barangan Thailand sebab selepas ini tiada tempat membeli belah lagi untuk disinggah.

 1.00 TENGAH HARI 

Maimoke Restaurant Sadao

Sebenarnya perut masih lagi penuh dengan dimsum yang dimakan pada pagi tadi, tapi sebab ini adalah lokasi terakhir sebelum pulang ke Malaysia, aku makan sahajalah makanan yang diberikan. Restoran terakhir sebagai lokasi kami di Thailand adalah Maimoke Restaurant.

Restoran ini terletak di Sadao, hanya beberapa minit sahaja dari Tesco Lotus yang kami singgah. Apa yang menarik adalah rekaan dan seni bina yang menjamu mata aku ketika sampai sahaja di hadapan restoran ini.

Maimoke Restaurant Sadao

Makanannya jangan ditanya kerana semuanya sedap-sedap belaka. Semuanya dimasak dengan baik, dan memang sangat menyelerakan. In shaa Allah nanti aku akan tulis dengan lebih terperinci lagi tentang restoran ini dalam artikel lain ya.

Setelah selesai makan, akhirnya kami pun bergerak pulang ke Padang Besar. Sebenarnya terdapat dua lokasi pintu masuk ke Malaysia iaitu Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. Bagi aku Bukit Kayu Hitam lebih dekat tapi disebabkan perjalanan pulang ke KL adalah menaiki KTM ETS, jadi Padang Besar adalah lokasi yang sesuai.

In shaa Allah dalam edisi terakhir aku akan ceritakan pula perjalanan menaiki KTM ETS Business Class dalam edisi terakhir. Terima kasih kerana membaca artikel kali ini. 


#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post