Cara Daftar dan Tebus Kredit eBelia RM150 di Touch N Go eWallet

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Daftar dan Tebus Kredit eBelia RM150 di Touch N Go eWallet

Tahukah anda bermula 1 Jun 2021 ini, belia yang terpilih melalui inisiatif eBelia bakal menerima RM150 melalui akaun eWallet masing-masing? Anda mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun, ataupun sedang menuntut di peringkat Diploma atau SKM4 di IPT yang diiktiraf kerajaan. Tuntutan pula hanya boleh dilakukan di empat jenis eWallet iaitu Shopeepay, TNG, Boost dan Bigpay.

TOUCH N GO EWALLET

TNG eWallet merupakan penyedia perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan hidup anda. Antaranya adalah seperti pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain, tambah nilai prabayar telefon anda, membayar bil utiliti dan pascabayar anda, beli tiket wayang, pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet, pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet  dan juga untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect.

CARA DAFTAR TNG EWALLET

1) Download atau muat turun aplikasi TNG eWallet 

Google Playstore : TEKAN SINI
Apple App Store : TEKAN SINI

2) Hanya SATU ID sah ( MyKad / Tentera / Passport ) untuk  SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kep[ada SATU nombor mudah alih yang unik.

3) Isikan maklumat an butiran diri anda dengan lengkap.

4) Anda akan menerima kod pengesahan untuk tujuan verifikasi.

5) Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150. 


Cara Daftar dan Tebus Kredit eBelia RM150 di Touch N Go eWallet

CARA TEBUS KREDIT eBELIA RM150 MELALUI TNG eWALLET

1) Buka aplikasi TNG eWallet dan klik pada ikon eBelia Credit atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.

2) Klik butang Let's Go.

3) Ambil gambar kad pengenalan anda dikedua-dua bahagian. (Depan/ Belakang)

4) Ambil gambar selfie anda dengan jelas dan terang.

5) Akaun TNG eWallet anda akan diverifikasikan dalam tempoh masa 48 jam. 

Anda boleh mendapatkan info tentang tawaran terkini dari TNG eWallet berkenaan Program eBelia melalui pautan berikut https://www.tngdigital.com.my/ebelia-h5



SEKIAN

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم