Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Baru-baru ini aku berpeluang menonton filem Luca (2021) melalui Disney Plus Hotstar.  Sebelum ini dah beberapa kali jugak aku tonton trailer filem ini di Youtube. Nampak macam cerita yang menarik, mengenai raksasa laut cuba ke darat. Kemudian, bila nampak sahaja filem ini sudah boleh ditonton di Disney Plus Hotstar aku pun tanpa melengahkan masa, tinggalkan perkara yang aku sedang buat dan habiskan masa 1 jam lebih tonton filem Luca (2021) ini. 

Filem Luca (2021) merupakan sebuah filem animasi yang diterbitkan oleh Pixar Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Filem ini diarahkan oleh Enrico Casarosa, ditulis oleh Jesse Andrews dan Mike Jones. Filem ini juga diterbitkan oleh Andrea Warren. 

Disetkan di Italian Riviera pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, filem ini mengisahkan tentang Luca Paguro, seorang raksasa laut yang boleh mengubah menjadi manusia di daratan, bersahabat dengan rakan baru dan juga cuba merasai pengalaman yang mencabar. 

Filem Luca (2021) ini ditayangkan secara rasmi di Aquarium of Genoa pada 13 June 2021 dan pada awalnya disetkan untuk ditayangkan di panggung wayang gambar di Amerika Syarikat pada 18 June 2021. Walaubagaimanapun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda, filem ini ditayangkan di laman pengstriman Disney+.

FILEM LUCA (2021)

Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Pengarah : Enrico Casaroca
Penerbit : Andrea Warren
Lakon Layar : Jesse Andrews , Mike Jones
Cerita Asal : Enrico Casarosa, Jesse Andrews, Simon Stephenson
Muzik : Dan Romer
Syarikat Produksi : Pizar Animation Studios / Walt Disney Studios
Tarikh Tayangan : 13 Jun 2021 (Aquarium of Genoa) / 18 Jun 2021 (Amerika Syarikat)
Durasi : 95 Minit


PELAKON SUARA FILEM LUCA (2021)

  • Jacob Tremblay sebagai Luca Paguro
  • Jack Dylan Grazer sebagai Alberto Scorfano
  • Emma Berman sebagai Giulia Marcovaldo
  • Saveria Raimondo sebagai Ercole Visconti
  • Maya Rudolph sebagai Daniela Paguro
  • Marco Barricelli sebagai Massimo Marcovaldo
  • Jim Gaffigan sebagai Lorenzo Paguro

SINOPSIS FILEM LUCA (2021)

Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Luca Paguro adalah seekor raksasa laut remaja yang tinggal di pesisir bandar Portorosso di Itali yang menghabiskan masanya untuk menernak ikan "goatfish". Ibu bapanya, Daniela dan Lorenzo, melarangnya keluar ke permukaan kerana risau perkara tidak diingini berlaku, tetapi melakukan perkara yang sama hari demi hari akhirnya membuat Luca bosan.

Suatu hari, Luca bertemu dengan raksasa laut muda yang lain bernama Alberto Scorfano, yang telah berkali-kali ke darat dan mempunyai tempat persembunyian di Isola del Mare, sebuah pulau berhampiran Portorosso di mana dia mendakwa dia tinggal bersama ayahnya. Luca mendapati bahawa dia dapat berubah menjadi manusia ketika benar-benar kering, tetapi kembali ke bentuk sebenarnya ketika basah. Luca dan Alberto menuju ke tempat persembunyian Alberto, di mana Luca menjumpai poster di tempat persembunyian yang menunjukkan Vespa, dan mereka segera memutuskan untuk membina Vespa sendiri. Selama ini, Luca cuba merahsiakan kehidupannya did arat daripada ibu bapanya dengan hanya neneknya yang diberi maklumat dan merahsiakannya.

Lorenzo dan Daniela kemudiannya mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Luca dan memutuskan bahawa untuk menjaga keselamatan Luca, dia harus dihantar lebih jauh ke laut dalam untuk tinggal bersama bapa saudaranya, Ugo. Bingung, Luca lari ke bandar Portorosso bersama Alberto sehingga mereka dapat mencari Vespa dan mengembara ke dunia. Di sana, mereka bertemu dengan Ercole Visconti, pembuli tempatan dan juara berulang kali Perlumbaan Piala Portorosso, tetapi diselamatkan oleh seorang gadis muda bernama Giulia Marcovaldo. Giulia membawa Luca dan Alberto ke rumahnya di mana dia tinggal sepanjang musim panas dengan ayahnya Massimo, seorang nelayan yang pakar. Sementara itu, ibu bapa Luca mula sedar bahawa Luca hilang dan menuju ke permukaan untuk mencarinya.

Luca, Alberto dan Giulia memutuskan untuk memasuki Triathlon Cup Portorosso bersama-sama dengan harapan dapat memperoleh wang untuk membeli Vespa. Triathlon terdiri daripada tiga perlumbaan:  renang, makan pasta, dan menunggang basikal melalui bandar. Setiap peserta memutuskan untuk memikul tugas individu: Giulia berenang, Alberto mengambil pasta, dan Luca naik basikal setelah mengetahui caranya.

Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Lama kelamaan, Ercole mula curiga terhadap budak-budak itu, dan Luca dan Giulia mula menjadi lebih dekat antara satu sama lain. Ketika Giulia bercakap tentang pergi ke sekolah di Genova di mana dia menghabiskan sisa tahun ini, Luca mula berminat, membuat Alberto cemburu dengan persahabatan mereka yang semakin rapat. Setelah bertengkar, Alberto memperlihatkan identitinya sebagai raksasa laut kepada Giulia. Luca tidak melakukan perkara yang sama dan sebaliknya bertindak takut pada Alberto, meninggalkan Alberto untuk berundur ke tempat persembunyiannya dengan perasaan patah hati dan dikhianati. Giulia kemudiannya mengetahui bahawa Luca juga adalah raksasa laut dan menghantarnya pergi kerana takut dia disakiti.

Ketika Luca menemui Alberto di tempat persembunyiannya, Alberto mendedahkan bahawa ayahnya meninggalkannya dan menganggap Luca mahu melakukan perkara yang sama. Sebagai gantinya, Luca memutuskan untuk memasuki triathlon secara berasingan dari Giulia sehingga dia dapat memenangi Vespa untuk mereka berdua. Pada hari triathlon, Luca dan Giulia berjaya menyelesaikan dua cabaran pertama dan memasuki peringkat berbasikal. Ketika hujan mulai turun, Luca cuba mengelak dari basah, tetapi Alberto tiba-tiba datang bersama payung. Namun, Ercole menjatuhkannya, mendedahkan rupa raksasa lautnya. Luca hadapi rasa takutnya dan menyelamatkan rakannya, dengan Ercole mengejar dengan "harpoon". Giulia merempuh basikalnya ke basikat Ercole untuk menyelamatkan mereka, dan Luca dan Alberto berhenti untuk membantunya. Ketika Ercole mengancam mereka, Massimo mempertahankan mereka, dan dia menunjukkan bahawa mereka memenangi perlumbaan ketika basikal mereka berjaya melintasi garisan penamat, mengalahkan Ercole.

Luca bersatu kembali dengan ibu bapanya dan kota itu mula menerima raksasa laut, sementara Ercole dipermalukan oleh bekas orang-orang suruhannya. Semua orang berkumpul di rumah Giulia untuk meraikan kemenangan mereka setelah Alberto membeli Vespa dengan wang hadiah. Kemudian, Alberto mendedahkan bahawa dia menjual Vespa untuk membeli tiket kereta api untuk Luca, untuk membolehkan dia pergi ke sekolah bersama Giulia. Keluarga Luca, Massimo, dan Alberto (yang telah memutuskan untuk tinggal di Portorosso bersama Massimo) semuanya melihat Luca dan Giulia pergi di stesen kereta api.

Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Ketika bahagian kredit, Luca diperlihatkan bertemu ibu Giulia dan bersekolah dengannya sambil menunjukkan penampilan rupa raksasa lautnya. Alberto pula menerima Massimo sebagai figura ayah dan suka bekerja untuknya dan bermain dengan anak-anak. Keluarga Luca gemar berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Dalam adegan pasca kredit, Ugo bercakap dengan seekor ikan tentang betapa hebatnya hidupnya di kedalaman lautan, nampaknya tidak menyedari bahawa dia tidak bercakap dengan Luca.

Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

ULASAN FILEM LUCA (2021)

Filem Luca (2021) ini merupakan sebuah filem yang penuh warna - warni. Ada banyak sebenarnya pendapat dan ulasan yang aku lihat di ruangan media sosial termasuklah ada golongan yang kononnya menganggap filem ini adalah salah satu filem yang mewakili golongan ini. (dibawah aku akan jelaskan)

Okay, baiklah aku mulakan ulasan aku. Apabila selesai sahaja menonton filem ini, muncul perasaan nostalgia. Ya, dimana kita mula berkawan dengan orang baru, berseronok merasai pengalaman menarik, dan kemudiannya terpaksa berpisah. Begitulah dalam filem ini, bagaimana Luca mula bersahabat dengan rakan-rakan baru. Terdapat konflik yang berlaku tapi akhirnya penuh dengan kegembiraan. 

Menonton filem ini membuatkan aku teringat kembali situasi yang pernah aku alami sebelum ini, berkenalan dengan orang baru, belajar perkara-perkara baru ditempat yang baru dan sebagainya. Ramai sebenarnya yang boleh kaitkan diri mereka kerana aku pasti ramai yang alami situasi yang sama. 

Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Filem ini bagi aku sangat sesuai ditonton bersama keluarga sebab pelbagai nilai murni yang ada, persahabatan, ibubapa, dan juga bagaimana menjadi berani dengan diri sendiri. Walaupun keseluruhan cerita dalam filem ini hanyalah satu fantasi dan fiksyen sahaja (mana ada raksasa laut), tapi aku tak rasa itu adalah satu penghalang untuk kita melihat perkara-perkara disebaliknya. Masih ingatkah anda, Pixar pernah keluarkan filem mengenai tikus yang pandai memasak? Pelik bukan? Tapi disebaliknya banyak yang dapat kita lihat dan ambil sebagai nilai murni. 

Okay, dari segi penghasilan filem, Pixar Animation Studios sememangnya dari dulu lagi menghasilkan filem yang berkualiti. Walaupun animasi, ada jugak babak yang kelihatan seperti dunia sebenar. Warna-warna ceria yang ditonjolkan dalam filem ini memang sangat menarik. Berlatar belakangkan kawasan di persisiran laut Italy, Pixar sekali lagi membawa budaya dan persekitaran negara tersebut dalam filemnya. 



Review Filem : Luca (2021), Filem Pixar Terbaru 2021

Secara keseluruhannya, filem Luca (2021) merupakan satu lagi filem berkualiti dari Pixar dan Disney. Sesuai ditonton bersama keluarga, rakan-rakan atau sendirian. Jalan cerita untuk keseluruhan filem ini juga menarik dan segar. Adakah aku akan tonton filem ini lagi? Ya! Pasti akan tonton beribu-ribu kali lagi! Filem ini boleh ditonton di Disney Plus Hotstar sekarang!

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐

SUMBER : WIKIPEDIA / DISNEYPLUS / GOOGLE IMAGE

berkenaan golongan yang kononnya mengatakan filem ini mewakili mereka, golongan tersebut adalah LGBTQ, yang kononnya berpendapat bahawa persahabatan antara Luca dan Alberto adalah lebih daripada sahabat. Isu ini bagi aku sangat remeh, golongan tersebut suka untuk bawa pelbagai isu menjadi sebahagian daripada mereka, padahal sudah banyak filem yang menonjolkan persahabatan dua lelaki. Tambahan pula, watak mereka adalah berumur 13 dan 14 tahun. Masih MUDA!

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Its like you learn my mind! You appear to grasp a lot approximately this,
    such as you wrote the e book in it or something. I believe that you just could do with
    some % to drive the message house a bit, but instead of that, that is great blog.
    A fantastic read. I will certainly be back.

    my website;강남오피

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post