Aplikasi Yang Boleh Jejak Orang: Temui Aplikasi Terbaik

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aplikasi Yang Boleh Jejak Orang: Temui Aplikasi Terbaik

Kes jenayah culik dan orang hilang meningkat saban tahun. Statistik yang dilaporkan pada akhbar Utusan Malaysia menyatakan 900 orang hilang setiap tahun. Tidak kira sama ada dewasa atau kanak-kanak, lelaki atau perempuan, semua terdedah dengan risiko yang sama. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dan kegusaran dalam masyarakat.

Oleh sebab itu, amat penting untuk ibubapa atau ahli keluarga memiliki app yang boleh jejak orang untuk mengesan pergerakan ahli keluarga yang lain, supaya jika terjadi apa-apa kecemasan, ahli keluarga boleh mengambil tindakan pantas menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.

Jadi, dalam artikel ini, aku akan kongsikan aplikasi penjejak telefon untuk mengesan pergerakan yang tersayang sewaktu mereka tidak bersama kita.

Aplikasi #1: mSpy

Aplikasi ini boleh bertindak sebagai penjejak lokasi GPS secara langsung. Aplikasi mSpy mempunyai ciri-ciri yang membolehkan kita memantau pergerakan yang tersayang melalui peta interaktif dan melalui aplikasi ini juga, kita dapat menyemak semula tempat-tempat yang pernah mereka lawati.

Satu lagi cara mengesan telefon dipantau ialah dengan menggunakan ciri tambahan Geofensing yang terdapat dalam aplikasi mSpy. Ciri ini membolehkan pengguna menetapkan sempadan pergerakan pada peta, seperti kawasan rumah, kawasan sekolah atau kawasan tempat kerja.

Pengguna akan menerima notifikasi segera apabila telefon yang dipantau memasuki atau meninggalkan kawasan yang telah ditetapkan dalam ciri Geofensing ini.

Aplikasi Yang Boleh Jejak Orang: Temui Aplikasi Terbaik

Aplikasi mSpy juga boleh :

1) Pantau aplikasi media sosial (Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan sebagainya)
- Memantau segala aktiviti dalam aplikasi media sosial, melihat mesej dan video yang dihantar dan diterima.

2) Merekod log panggilan dan mesej - Kesemua panggilan dan mesej yang diterima dan dihantar (walaupun yang sudah dipadamkan), akan direkodkan.

3) Blok kandungan - Sekat laman web atau aplikasi yang tidak sesuai terutamanya untuk golongan remaja.

4) Keylogger - Merekod setiap kekunci yang ditekan pada telefon yang dipantau.

Dan itu hanyalah sebahagian daripada semua ciri - anda boleh meneroka kesemuanya di demo laman web.

Aplikasi #2 : Eyezy

Aplikasi Eyezy juga merupakan aplikasi jejak telefon. Sistem aplikasi yang mesra pengguna memudahkan kita untuk mengesan lokasi GPS orang tersayang secara langsung.

Sama seperti aplikasi mSpy, aplikasi Eyezy juga mempunyai ciri Geofesing yang membolehkan pengguna menetapkan sempadan pergerakan, dan pengguna akan menerima notifikasi jika orang tersayang melepasi sempadan yang telah ditetapkan itu.

Aplikasi Eyezy juga memiliki ciri-ciri lain seperti pemantau media sosial, merekod log panggilan dan mesej serta mempunyai keylogger yang merekod kekunci yang ditekan pada telefon yang dipantau. Aplikasi yang mudah dimuat turun serta mempunyai demo percuma yang boleh pengguna dapati di laman sesawang Eyezy.


Aplikasi #3 : Scannero

Scannero adalah apps untuk mengesan seseorang. Aplikasi ini membolehkan pengguna trace no telefon untuk mengetahui lokasi semasa telefon yang dipantau. Berfungsi sebagai penjejak lokasi GPS secara langsung, pengguna hanya perlu memasukkan nombor telefon, sistem akan terus menghantar pesanan ringkas tanpa nama pada telefon yang dipantau.

Sebaik sahaja telefon yang dipantau membuka pesanan ringkas ini, Scannero akan terus kongsikan lokasi semasa di mana orang tersayang berada. Scannero adalah aplikasi pemantau yang mudah dan cepat digunakan.

Kata Akhir

Kesimpulannya, dengan berhadapan masalah orang hilang, ternyata mSpy adalah aplikasi pemantau hp terbaik. Mempunyai penjejak lokasi GPS yang tepat serta mempunyai ciri-ciri lain yang dapat membantu mengesan lokasi orang tersayang, supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat berguna untuk semua. 

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!