Review Filem : Ad Astra (2019) Apabila Brad Pitt Berlakon Filem Sains Fiksyen ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ulasan Filem : Ad Astra (2019)

Brad Pitt dalam filem sains fiksyen? Menjadi angkasawan? Siapa sangka beberapa tahun lepas atau lebih tepat pada tahun 2019 telah ditayangkan sebuah filem sains fiksyen dimana Brad Pitt menjadi teraju utamanya. Walaupun sudah berusia, beliau masih giat berlakon dan filem ini salah satu filem yang unik.

Filem Ad Astra (2019) [ Dalam english bermakna To the Stars ] merupakan sebuah filem sains fiksyen, diterbitkan, diarahkan dan ditulis bersama oleh James Gray. Dibintangi oleh Brad Pitt, Tommy Lee Jones, Ruth Negga, Liv Tyler dan Donald Sutherland, filem ini mengisahkan tentang angkasawan yang mengembara ke angkasa mencari ayahnya yang hilang dalam misi mencari makhluk pintar lain. Misi tersebut dipercayai mengakibatkan kecelakaan bagi seluruh sistem suria termasuklah Bumi. 

Filem ini ditayangkan pada 20 September 2019 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik, terutamanya tentang lakonan Brad Pitt. Filem ini turut menerima pencalonan bagi kategori Best Sound Mixing di Academy Awards ke 92. Walaubagaimanapun, filem ini  hanya mengutip $135 juta USD sahaja. 

FILEM AD ASTRA (2019)

Ulasan Filem : Ad Astra (2019)

Pengarah : James Gray
Jalan Cerita : James Gray / Ethan Gross
Penerbit : Brad Pitt, Dede Gardner, Jeremy Kleiner, James Gray, Anthony Katagas, Rodrigo Teixera, Arnon Milchan
Pelakon : Brad Pitt, Tommy Lee Jones, Ruth Negga, Liv Tyler, Donald Sutherland
Sinematografi : Hoyte van Hoytema
Muzik : Max Richter
Durasi : 124 minit
Bajet Filem : $80 Juta USD - $100 Juta USD
Kutipan : $135.4 Juta USD


BARISAN PELAKON FILEM AD ASTRA (2019)

Ulasan Filem : Ad Astra (2019)
  • Brad Pitt sebagai Roy McBride, Mejar di U.S. Space Command
  • Tommy Lee Jones sebagai H. Clifford McBride, ayah Roy dan Komander bagi Projek Lima yang telah hilang.
  • Ruth Negga sebagai Helen Lantos
  • Liv Tyler sebagai Eve McBride, isteri Roy
  • Donald Sutherland sebagai Kolonel Thomas Pruitt
  • John Ortiz sebagai Lieutenant General Rivas
  • Greg Bryk sebagai Chip Garnes
  • Loren Dean sebagai Donald Stanford
  • Natasha Lyonne sebagai Tanya Pincus
  • John Finn sebagai Brigadier General Stroud
  • Kimberly Elise sebagai Lorraine Deavers
  • Sean Blakemore sebagai Willie Levant
  • Bobby Nish sebagai Franklin Yoshida
  • LisaGay Hamilton sebagai Adjutant General Amelia Vogel
  • Donnie Keshawarz sebagai Kapten Lawrence Tanner

SINOPSIS FILEM AD ASTRA (2019)



ULASAN FILEM AD ASTRA (2019)
Ulasan Filem : Ad Astra (2019)

Bagaimana aku boleh tau wujudnya filem ini? Semuanya kerana aku mencari filem-filem genre sains fiksyen di Netflix, Disney Plus dan pelbagai lagi laman 'streaming'. Seperti yang anda sedia maklum, aku memang penggemar cerita-cerita sains fiksyen.

Okay, filem Ad Astra (2019) ini aku tonton dengan berlapang dada, tiada sebarang jangkaan yang aku letakkan. Walaupun setakat ini, filem sains fiksyen terbaik yang pernah aku tonton adalah filem Interstellar (2014), adakah filem ini akan mengatasi filem itu? Tentulah tidak.

Jalan ceritanya bagi aku agak klisye, dimana angkasawan mencari hidupan pintar lain, atau mengembara tempat lain mencari planet untuk dihuni dan sebagainya. Banyak ya filem yang mempuinyai plot hampir serupa. Tetapi yang membezakannya adalahbagaimana plot tambahan di dalam filem yang membuatkan kita teruja, contohnya di awal filem kita lihat bagaimana mereka yang berada di antena diserang oleh radiasi elektrik, mengakibatkan mereka jatuh ke Bumi. Epik ya babak tu. Menyebabkan aku terus teruja nak tonton filem ini sehingga penghabisan.

Yang menarik juga adalah bagaimana manusia sudah berkembang maju dan mempunyai penempatan di Bulan dan planet Marikh. Salah satu impian angkasawan sekarang juga ya, mereka sedang mengusahakan agar impian itu terjadi. Manusia sudah berkembang maju, sehinggakan peperangan di Bumi, dibawa ke Bulan juga adalah plot yang menarik, membawakan maksud tersirat bahawa yang merosakkan sesuatu tempat adalah MANUSIA.

Ulasan Filem : Ad Astra (2019)

Pelakon di dalam filem ini tidak ramai, dan seperti yang kita maklum, tumpuan utamanya adalah pada watak Roy lakonan Brad Pitt. Lakonan beliau cukup hebat walaupun aku rasa filem ini banyak menggunakan skrin hijau.

'Lonely' atau bersendirian. Itulah pengajaran yang dapat kita lihat dalam filem ini. Bagaimana Roy memanfaatkan dirinya untuk menjadi angkawasan, kemudian pengembaraannya seorang diri ke orbit planet Neptun. Selain itu, elemen bersendirian juga dapat dilihat apabila ayah kepada Roy berada di kapal angkasa, bersendirian di luar planet Neptun beberapa tahun lamanya. Kalau anda tonton beberapa minit akhir, pasti anda akan rasa betapa sendiriannya mereka di sana, dengan Bumi yang berada dalam jarak berjuta-juta kilometer. 

Ulasan Filem : Ad Astra (2019)

Kesimpulannya, filem ini bagi aku ada kekurangannya, tetapi aku boleh meletakkan filem ini sebaris dengan filem The Martian (2015), kerana filem ini mempunyai kelebihannya juga, dari segi CGInya, dan teknologi yang dipertontonkan. Mungkin lemah sedikit dari segi penceritaan dan juga pemasaran filem ini.


BINTANG : ⭐⭐⭐⭐ / 5

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم