Siti Nurhaliza Hadiahkan Peminat 3 Lagu Medley di Youtube Bersempena 1 Juta Subscriber

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siti Nurhaliza Hadiahkan Peminat 3 Lagu Medley di Youtube Bersempena 1 Juta Subscriber

Penyanyi No. 1 Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza memberikan hadiah istimewa kepada peminat dan juga para 'subscribers'nya dengan tiga buah medley di saluran Youtube beliau bersempena dengan 1 juta 'subscriber'.

Saluran Youtube selebriti terkenal ini dilancarkan secara rasmi pada 25 Januari 2017 dan tepat pada tanggal 12 Oktober 2021 berjaya mencapai 1 juta subscriber. Menurut beliau, saluran youtube ini menjadi medan perkongsian karier, aktiviti dan juga kehidupan beliau.

Siti Nurhaliza Hadiahkan Peminat 3 Lagu Medley di Youtube Bersempena 1 Juta Subscriber

Mengenai video medley yang dihadiahkan pula, Dato' Sri Siti Nurhaliza diiringi CT Band dipimpin oleh Pown Hasril menyampaikan tiga medley berasingan. Medley pertama adalah gabungan dua buah lagu lama beliau sendiri berjudul Seribu Kemanisan dan Azimat Cinta. Manakala medley kedua adalah cover bagi lagu Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti dan Belum Siap Kehilangan. Medley terakhir adalah dua buah lagu dari album paling baharu beliau iaitu lagu Aku Bidadari Syurgamu dan Takhta Dunia.

Laman Youtube merupakan salah satu cara untuk penyanyi, artis dan mereka yang berpengaruh untuk lebih dekat dengan peminat. Peminat dapat melihat video kehidupan seharian, kisah belakang tabir dan pelbagai lagi. Dato' Sri Siti Nurhaliza menggunakan saluran ini dengan begitu baik, pelbagai video telah dimuat naik dan menjadi tatapan peminat beliau di seluruh dunia.

Tahniah diucapkan kepada Dato' Sri Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza Production dan semua pihak yang menjadikan saluran ini sentiasa aktif dengan kandungan menarik, tak pernah dilihat dan pelbagai lagi. Semoga selepas ini akan wujud pelbagai lagi kandungan-kandungan menarik untuk ditonton!

Kepada anda yang ingin menonton medley-medley tersebut, anda boleh tonton di bawah 🠋

MEDLEY SERIBU KEMANISAN & AZIMAT CINTA

 


MEDLEY MUNGKIN HARI INI, ESOK ATAU NANTI & BELUM SIAP KEHILANGAN 

 


MEDLEY AKU BIDADARI SYURGAMU & TAKHTA DUNIA 


SEKIAN

Kredit : Youtube Siti Nurhaliza | IG Siti Nurhaliza

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم