Cara Perbaharui Lesen Memandu & Cukai Jalan Secara Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Perbaharui Lesen Memandu & Cukai Jalan Secara Online

Malas nak ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan? Jarak rumah yang agak jauh untuk melakukan urusan di JPJ? Jangan risau sebab sekarang urusan memperbaharui lesen memandu (driving license) dan cukai jalan (roadtax) boleh dilakukan secara atas talian sahaja. 

Risau bersesak-sesak dengan jumlah orang ramai, serta risau tentang kes Covid-19, sekarang anda sudah boleh melakukan urusan-urusan ini hanya secara online sahaja. Bagi memudahkan orang ramai, pihak JPJ telah mewujudkan satu portal iaitu portal mySIKAP yang digunakan untuk pelbagai urusan. 

Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam portal tersebut dan membuat bayaran atas talian. Walaubagaimanapun untuk urusan di portal mySIKAP, setakat ini kaedah penghantaran lesen memandu dan cukai jalan tersebut hanya di Kaunter JPJ sahaja setakat ini. 

Jika anda tidak mahu mengambil sendiri lesen memandu dan cukai jalan di kaunter, anda boleh menggunakan portal MyEG.  Pengguna boleh membuat bayaran secara online bagi memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan. Kaedah penghantaran pula, ianya boleh dihantar secara pos ke kediaman anda dengan kadar caj tertentu. 

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

CARA MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU & CUKAI JALAN SECARA ONLINE

PORTAL mySIKAP


Untuk menggunakan portal MySikap, anda perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu. Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar akaun di portal mySIKAP :

➤ Layari laman web JPJ seperti pautan di bawah dan tekan pada Log Masuk Kali Pertama


➤ Isi semua maklumat yang bertanda * dan masukkan kod sekuriti seperti yang dipaparkan
➤ Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul, tandakan pada kotak pengesahan dan tekan butang Hantar
➤ Satu mesej akan dikeluarkan dan pilih Ya
➤ Setelah pendaftaran berjaya, kata laluan pertama akan dihantarkan melalui emel.

* Kata laluan hanya sah untuk 7 hari sahaja, sekiranya melepasi tempoh tersebut hendaklah mendaftar semula


LOG MASUK KALI PERTAMA


➤ Layari semula laman web JPJ seperti pautan berikut:


➤ Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan pertama yang diterima di dalam emel
➤ Masukkan kod sekuriti dan klik log masuk
➤ Setelah log masuk, pastikan tukar kepada kata laluan yang baru dan isikan soalan sekuriti yang disediakan
➤ Selesai menukar kata laluan baharu, log masuk sekali lagi dan boleh mula melakukan urusan.

CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU DI mySIKAP


➤ Log masuk mySIKAP, klik pada butang Lesen Memandu
➤ Klik submenu Pembaharuan Lesen Memandu
➤ Isikan maklumat pembaharuan lesen yang diperlukan
➤ Buat pembayaran secara online
➤ Semak dan buat pengesahan
➤ Selesai, lesen boleh lah didapatkan dengan cara yang dipilih tadi.

CARA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI mySIKAP


➤ Log masuk mySIKAP, klik pada butang Kenderaan
➤ Klik submenu Transaksi / Tindakan dan pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
➤ Klik Ok dan masukkan No Pendaftaran kenderaan dan klik Carian
➤ Paparan maklumat kenderaan akan dikeluarkan dan klik Teruskan
➤ Semak maklumat dan jika betul klik Sah & Teruskan
➤ Isi maklumat yang diperlukan dan buat bayaran secara online
➤ Selesai, cukai jalan boleh diambil mengikut kaedah yang dipilih.

PORTAL MyEG


Sama seperti di saluran yang lain, anda perlulah mendaftakan akaun terlebih dahulu di MyEG.  Layari pautan seperti berikut:


Apabila selesai proses mendaftar akaun, anda bolehlah log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan di pautan di bawah:



CARA PERBAHARUI LESEN DI PORTAL MyEG


Baiklah, inilah caranya untuk anda perbaharui lesen di portal MyEG. 

➤ Apabila anda sudah log masuk, sila tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan.
➤ Kemudian tekan pula pada butang Baharui Lesen Memandu
➤ Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:
  • Nombor IC
  • Kategori lesen
  • Tempoh pembaharuan (Pilih 1 hingga 5 tahun)
  • Nombor Tel
  • Emel
  • Kaedah Pengambilan
➤ Buat pembayaran secara online
➤ Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik pada  Submit/Hantar


CARA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI PORTAL MyEG


Berikut adalah cara-cara untuk memperbaharui cukai jalan di portal MyEG.

➤ Apabila anda sudah log masuk, sila tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
➤ Kemudian tekan pula pada Perbaharui Cukai jalan
➤ Pilih sama ada Kereta atau Motosikal
➤ Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:
  • Nombor IC
  • Tempoh pembaharuan (Pilih 6 bulan atau 1 tahun)
  • Nombor Tel
  • Emel
  • Kaedah Pengambilan
➤ Buat pembayaran secara online
➤ Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar

Terdapat dua kaedah pengambilan iaitu :

➤ Secara Ambil Sendiri : Pusat e-Khidmat HQ Petaling Jaya, Selangor
➤ Secara Pos : 
  • RM 6 – Lembah Klang
  • RM 8 – Semenanjung Malaysia
  • RM 10 – Sabah & Sarawak
  • Boleh diterima dalam masa 2 – 5 hari
MAKLUMAT & BANTUAN LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk laman web JPJ ataupun media sosial mereka seperti pautan di bawah:

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam memperbaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan anda secara atas talian. Sekarang ini pelbagai urusan boleh dilakukan melalui atas talian sahaja, lebih memudahkan dan menyenangkan.

SEMOGA BERMANFAAT

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post