Kisah Seram : Wanita Diganggu Ketika Bermalam di Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kisah gangguan di hotel merupakan antara kisah yang agak popular tambahan apabila sekarang ini lebih ramai yang mula menginap di hotel-hotel sebagai lokasi penginapan percutian mereka. Baiklah, dalam episod "Kisah Seram Apa Minggu Ini?", kali ini mengisahkan tentang gangguan yang diterima oleh wanita yang menginap di sebuah hotel. Marilah kita membaca dan hayati kisah ini.

KISAH SERAM : WANITA DIGANGGU KETIKA BERMALAM DI HOTEL


Kucu-kuca, kucu-kuca
(Oops, alamak)
Aku jatuh cinta

"Allah, ngantuk pulak malam ni", getus Farah. Dia menguap sambil menutup mulutnya degan belakang tangan. 

"Aku dah pasang lagu kuat-kuat, siap nyanyi lagi, tapi tak hilang rasa ngantuk gak," bebel Farah sendiri.

Tiba-tiba dia teringat artikel tentang 'microsleep'. Farah memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Fikirnya, dia perlu mencari sebuah hotel untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dia membuka aplikasi Trivago untuk mencari hotel yang berdekatan dengan kawasan itu. 


"Ha! Ada satu. Okay la ni. Dah tak mampu nak drive jauh-jauh." Farah meneruskan perjalanan untuk berehat di hotel itu.

Tiba di hotel, Farah ke kaunter dan dalam beberapa minit, dia telah mendapatkan kunci bilik yang berupa sekeping kad. Kemudian, Farah bergegeas ke biliknya. Dia meletakkan begnya di sudut bilik. Dia melihat-lihat bilik hotel itu dengan teliti. "Luas bilik ni," getus Farah. 

"Mandi dulu, baru tidur." Selesai membersihkan diri, Farah terus merebahkan dirinya ke atas katil. "Laparnya," keluh Farah apabila perutnya sudah berbunyi-bunyi beberapa kali. 

Farah memakai tudung lalu mengambil beg dan kunci kereta. 

"Ish, nape tak boleh bukak pulak pintu ni?". Pintu diketuk berkali-kali, memanggil sesiapa yang berada di luar, namun tiada jawapan sunyi dan sepi. Tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Dia cuba mengetuk pintu bilik itu dengan sekuat tenaganya lagi.

"Ya Allah, kenapa ni? Tolonglah sesiapa kat luar tu, bukak pintu ni!" getus hati Farah. Dia dihambat kerisauan. Merincing bulu roma.

Farah sedaya upaya mencari jalan keluar. Dia ternampak sebuah telefon di atas meja laci. Ketika Farah cuba menghubungi, telefon itu tidak berfungsi. "Ish! Apa function letak telefon kat sini?".

Setelah segala usaha menemui jalan buntu, Farah merebahkan dirinya ke atas katil. Dia keletihan. Dia melelapkan mata. Namun, tiba-tiba terdengar namapnya dipanggil.

"Farah.... Farah.... Farah..."

Farah ketakutan. "Kau nak apa? Jangan kacau aku lah! Pergi, pergi!" teriak Farah.

"Aku... Maria...."

Farah kaget, namun dia cuba memberanikan diri dengan mengajukan pertanyaan. "Kau nak apa?"


"Aku telah dibunuh... Di bilik ini... Oleh kawan baikku sendiri... Aku sedih... Aku sepi... Hihihihihihi..." Makhluk itu mula ketawa sehingga bergema hilai tawanya dan memecah suasana malam itu.

"Pergi! Pergi! Jangan kacau aku! Aku bukan kawan kau! Pergi!". Farah terlalu takut dan hanya mampu memeluk tubuh. Dia menangis. Menangis sekuat hati kerana terlalu takut. Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak sedar. Dia terjaga bila azan Subuh berkumandang dari telefon bimbitnya.

Cepat-cepat Farah bangkit, lalu membersihkan diri, menunaikan solat Subuh dan mengemas barangannya. Dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran, kemudian tangan kanannya memulas tombol pintu itu. Dahinya berkerut. Aneh. Pintu bilik itu terbuka dengan mudah. 

"Nah, kunci bilik. Saya nak tanya, kenapa telefon kat bilik itu tak berfungsi?" tanya Farah setelah mengembalikan kunci bilik.

"Saya minta maaf, cik. Nanti pihak kami akan periksa semula."

"Dan satu lagi, semalam pintu bilik itu berkunci. Saya ketuk macam nak roboh tapi tak ada seorang pun yang bukak pintu itu dari lua," kata Farah lagi. 

"Maaf sekali lagi, cik. Boleh saya tahu bilik nombor berapa cik tinggal, ya?"

"No.15, yang hujung sekali itu."

"No.15? Er, tak silap semalam, saya bagi cik kunci bilik No.12."

"Seriuslah?"

"Ya. Bilik No.15 itu dah lama kosong. Kami tak guna. Macam mana cik boleh masuk bilik itu?"

Farah terkedu. Lalu meminta diri untuk pulang ke rumah.

SUMBER : KISAH SERAM

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم