Marvel Studios Umum 12 Siri Terbaru Bakal Ditayangkan di Disney Plus

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Marvel Studios mengumumkan 12 siri yang bakal ditayangkan di aplikasi streaming Disney Plus bersempena dengan Disney Plus Day. Disney Plus Day merupakan ulang tahun 

Disney Plus Day merupakan hari untuk meraikan kepelbagaian kandungan yang tersedia di dalam aplikasi pengstriman itu termasuklah kandungan-kandungan daripada Disney, Marvel, Star Wars, National Geographic dan pelbagai lagi. Selain meraikan kandungan yang telah tersedia, Disney turut mengumumkan kandungan-kandungan baru yang termasuklah beberapa filem baru, rancangan baru, dokumentari dan sebagainya sebagai perkongsian menarik untuk penonton setianya. 

12 siri yang tersenarai sebagai kandungan daripada Marvel Studios termasuklah beberapa siri yang pernah diumumkan sebelum ini dan juga beberapa siri dengan tajuk baru. Selain itu, melalui video trailer yang ditayangkan, Marvel Studios meraikan siri yang telah ditayangkan serta klip terbaru daripada beberapa siri yang belum pernah ditayangkan lagi.


12 SIRI MARVEL STUDIOS BAKAL DITAYANGKAN DI DISNEY PLUS

X-Men '97



Moon Knight


She-Hulk


Ms. Marvel


Echo


Ironheart


Agatha: House of Darkness


Secret Invasion


What If...? Season 2


Spider-Man: Freshman Year


I Am Groot


Marvel Zombies


Dengan kisah-kisah yang semakin berkembang, multiverse dan sebagaiya, pengumuman yang diumumkan Marvel Studios ini menambah keterujaan peminat MCU dan Marvel untuk terus mengikut dan setia dengannya. Dengan beberapa filem Fasa 4 yang telah ditayangkan seperti Black Widow (2021), Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021), filem yang baru ditayangkan, Eternals (2021) serta filem yang bakal menjengah pawagam bulan Disember 2021 ini, Spider-Man : No Way Home (2021), pastinya peminat Marvel Cinematic Universe sentiasa mempunyai kandungan sepanjang tahun tanpa henti.

Pada Disney Plus Day juga filem Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings (2021) ditayangkan di aplikasi streaming Disney Plus setelah beberapa bulan ditayangkan eksklusif di pawagam. Sebagai peminat MCU, aku sememangnya teruja dengan kandungan-kandungan yang disediakan dan bakal ditayangkan.

Dengan adanya Disney Plus atau Disney Plus Hotstar, Marvel Studios dapat menceritakan pelbagai kisah adiwira yang menarik di samping filem-filem yang ditayangkan di panggung wayang gambar (pawagam). Oleh itu, kepada yang belum mempunyai akaun di Disney Plus atau Disney Plus Hotstar bolehlah melanggan sekarang dengan serendah RM7.50 sahaja.

SEKIAN

RUJUKAN : MARVEL STUDIOS | DISNEY PLUS
















0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم