Penjagaan Kesihatan Kaki dari Sunfeet International Rehab Centre

Assalamualaikum dan salam sejahtera


1 daripada 5 individu mengalami sakit kaki, kebas atau kaki berdenyut sementara mereka yang lebih berusia cenderung mengalami masalah kaki pada kadar lebih tinggi, namun kajian mendapati wujudnya peningkatan masalah kaki turut dialami kanak-kanak dan remaja.

Baiklah, sebenarnya kaki merupakan antara organ yang penting kerana peranannya yang besar dalam melakukan tugas-tugas harian. Apa tugasnya? Sudah pastinya untuk menampung berat tubuh. Cuba bayangkan apabila kaki dalam keadaan sakit, lenguh-lenguh, tak dapat berdiri untuk tempoh lama dan sebagainya. Pasti ia akan mengganggu rutin harian terutamanya dalam melakukan tugasan di luar, pejabat atau dirumah. Sedikit sebanyak ia menjejaskan kualiti kerja dan menjadikan segalanya serba tak kena. 

PENJAGAAN KESIHATAN KAKI DI SUNFEET INTERNATIONAL REHAB CENTRE


Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang untuk menyertai sebuah 'talk show' di Sunfeet International Rehab Centre. Talk show tentang apa? Sudah semestinya tentang kesihatan dan juga penjagaan kaki. Banyak sebenarnya info dan fakta yang aku baru tahu tentang penjagaan kaki serta apakah risiko yang terjadi sekiranya kita salah menggunakan kasut yang sesuai. 


Talk show yang diberikan oleh Dato' Dr. Edmund Lee (Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia) yang juga pemilik Sunfeet International Rehab Centre ini sangat bermanfaat. Beliau yang sememangnya sudah pakar dalam bidang kesihatan dan penjagaan kaki ini memberikan penerangan dengan jelas dan mudah difahami.


Untuk pengetahuan anda, Sunfeet International Rehab Centre ini merupakan tempat terbaik untuk anda ketahui pelbagai perkara tentang kesihatan kaki anda. Selain menyediakan khidmat pemeriksaan kaki secara percuma, disini juga turut terdapat pelbagai jenis kasut yang khas untuk menjaga kesihatan kaki. 

Melalui 'Talk Show' ini juga aku dapat belajar bahawa ada waktu khas sebenarnya untuk membeli kasut. Menurut Dato' Dr Edmund, membeli kasut adalah terbaik diwaktu sebelah petang kerana kaki mengembang akibat aktiviti seharian. Kasut yang dipakai untuk kaki kita perlulah pada saiz, bentuk dan padan supaya tiada masalah yang akan timbul. 


Aku juga baru tahu ada beberapa jenis tapak kaki yang berbeza antara manusia, dan ada antaranya yang tapak kaki flat. Untuk mereka yang mempunyai kaki flat atau kaki rata ini adalah menyukarkan proses berlari serta tidak boleh berdiri dalam tempoh masa yang lama. Risiko lain adalah sakit tulang belakang, pinggul dan juga lutut. 

Bagaimana cara memilih kasut yang sesuai?
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan
  • Ukur kaki sebelum membeli kasut kerana lebar kaki mungkin meningkat dengan usia
  • Beli kasut pada waktu petang kerana kaki akan mengembang setelah berjalan seharian
  • Cuba kedua-dua belah kasut dan berjalan sekeliling kedai kasut untuk menguji keselesaan kasut
  • Pastikan ada ruang untuk jari-jari kaki anda bergerak
  • Pilih kasut yang lembut pada bahagian atas, dibuat dari bahan yang mudah lentur agar sesuai dengan bentuk kaki. Kulit lembut adalah pilihan terbaik kerana ia tidak menyakitkan kaki
  • Pilih tapak kasut yang tebal dan lembut dari buatan yang baik. Ia dapat mengurangkan tekanan semasa berjalan, terutama di atas permukaan yang keras



Selain itu, di Sunfeet International Rehab Centre ini juga anda boleh melakukan pemeriksaan kaki percuma. Anda bolehlah melihat bagaimana keadaan kaki anda melalui mesin yang sangat canggih. Seterusnya, anda juga boleh daptakan konsultasi dari pakar dengan sedikit bayaran dikenakan untuk khidmat konsultasi.


Untuk anda yang mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan kaki, ingin lakukan pemeriksaan kaki, sebarang konsultasi atau mahu dapatkan kasut untuk kesihatan, bolehlah ke Sunfeet International Rehab Centre.

Lokasi : Sunfeet International Rehab Centre, Ground Floor Wisma Daju 5 No 21 Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya Selangor. 

Waze: Starbucks PJ8

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (10am- 5.30pm)

Hubungi : 0135283939/ 0139122839
Laman Web : www.sunfeet.com.my


#NewSunfeet #DrEdmundLee #SunfeetMY #Sunfeet #foothealth #podiatry #footcare 

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم