Meriah! Majlis Iftar NOIR Health & Beauty bersama Anak Yatim

 Assalamulaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, masih di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, persiapan raya pun sedikit demi sedikit disiapkan. Baiklah, baru-baru ini aku dijemput untuk berbuka puasa dalam satu majlis yang meriah.


MAJLIS IFTAR NOIR HEALTH & BEAUTY

Majlis iftar merupakan acara lazim yang dianjurkan oleh kebanyakan organisasi di sepanjang bulan Ramadhan, dengan objektif untuk meraikan golongan terpilih dengan memberi sumbangan untuk Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.


Tahun ini, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. juga tidak ketinggalan untuk meraikan anak-anak yatim. Seramai 31 orang anak-anak yatim dan 7 orang penjaga dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara telah dijemput khas bagi menerima sumbangan Aidilfitri berupa sepasang baju melayu dan baju kurung beserta duit raya setiap seorang.


Majlis iftar NOIR diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan Cantik & Menang kepada Puan Normah Binti Mohd Yaman dari Kuantan, Pahang yang telah terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan ini. Puan Normah yang ditemani suami dan anak lelakinya telah membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai pada malam tersebut.


Peraduan Cantik & Menang telah dilancarkan sempena dengan Anugerah Juara Lagu ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah RM 100,000.00. 


Peraduan tersebut boleh disertai dengan membeli mana-mana produk NOIR sekurang-kurangnya RM 50.00 dalam satu resit pembelian dan pemilihan pemenang akan dibuat pada setiap bulan dan pemenang berpeluang membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai.  


Selain Majlis Iftar bersama anak yatim, NOIR juga telah melakukan beberapa siri kebajikan sempena Ramadhan dengan memberi juadah berbuka puasa secara percuma kepada orang ramai di beberapa bazaar Ramadhan terpilih di sekitar Lembah Klang.


NOIR merupakan syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik berkualiti tinggi, halal dan premium yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga merupakan penaja utama AJL36 yang lalu.


Alhamdulillah, usaha murni NOIR dalam meraikan anak yatim sememangnya perlu dipuji. Semoga ditahun hadapan dapat diteruskan lagi. Juga, semoga jenama NOIR dapst berkembang dengan lebih pesat ke seluruh pelusuk negara.


Sekian

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم