Review Filem : Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Seminggu sebelum ditayangkan di pawagam, aku dah beli tiga tiket untuk menonton wayang filem ini dipawagam terdekat seawal tayangan hari pertama. Pilihan tempat duduk yang selesa dan dapat pengalaman menonton wayang terbaik. Ketika membeli tiket online, tidak banyak yang terjual. Tiba hari menonton, penuh tempat duduk sehingga ke barisan hadapan. Alhamdulillah nasib baik beli tiket awal. 


Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Motion Pictures, filem ini merupakan sekuel kepada filem Doctor Strange (2016) dan filem ke 28 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Sam Raimi, ditulis oleh Michael Waldron dan dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, Chiwetel Ejiofor, Xochitl Gomez, Michael Stuhlbarg dan Rachel McAdams. 

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness di tayangkan secara rasmi di Malaysia bermula 4 Mei 2022 dan merupakan sebahagian dariapda fasa 4 MCU. Filem ini menerima review dan ulasan positif daripada pengkritik dimana pujian diberikan kepada pengarahan Sam Raimi, sinematografi, visual effects, muzik, babak aksi juga persembahan yang diberikan oleh para pelakon. 

DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS (2022)



Pengarah : Sam Raimi
Penulis : Michael Waldron
Penerbit : Kevin Feige
Pelakon : Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, Chiwetel Ejiofor, Benedict Wong,  Xochitl Gomez, Michael Stuhlbarg, Rachel McAdams
Sinematografi : John Mathieson
Muzik : Danny Elfman
Durasi : 126 minit
Bajet : USD $200 Juta

BARISAN PELAKON FILEM DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS (2022)


  • Benedict Cumberbatch sebagai Dr. Stephen Strange
  • Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff / Scarlet Witch
  • Chiwetel Ejiofor sebagai Karl Mordo
  • Benedict Wong sebagai Wong
  • Xochitl Gomez sebagai America Chavez
  • Michael Stuhlbarg sebagai Nicodemus West
  • Rachel McAdams sebagai Christine Palmer
  • Patrick Stewart sebagai Charles Xavier / Professor X (Cameo)
  • Hayley Atwell sebagai  Peggy Carter / Captain Carter (Cameo)
  • Lashana Lynch sebagai Maria Rambeau / Captain Marvel  (Cameo)
  • Anson Mount sebagai Blackagar Boltagon / Black Bolt (Cameo)
  •  John Krasinski sebagai Reed Richards / Mister Fantastic (Cameo)

SINOPSIS FILEM DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS (2022)


Dalam adegan pembukaan, varian Dr. Strange dilihat berlari dengan seorang gadis dari makhluk ajaib di ruang antara alam semesta. Versi Strange ini mati semasa membantu gadis itu, yang entah bagaimana membuka portal ke Alam Semesta kita, membawa mayat Strange ini bersamanya.

Stephen Strange menghadiri majlis perkahwinan bekas tunangnya Christine Palmer di mana Strange meminta maaf kepada Palmer dan mereka memberitahu satu sama lain bahawa mereka berdua gembira. Tiba-tiba, makhluk yang tidak kelihatan menyerang bandar itu. Strange mendedahkan makhluk itu sebagai sotong interdimensi. Apabila Strange dikuasai, Wong, yang kini menjadi Sorcerer Supreme kerana Strange hilang selama lima tahun akibat Blip, menyertai pertarungan dan kedua-duanya akhirnya membunuh makhluk itu sambil menyelamatkan seorang gadis, yang memperkenalkan dirinya sebagai America Chavez. Chavez menjelaskan dia mempunyai keupayaan untuk mengembara melalui multiverse dan makhluk lain mengejar kuasanya. Dia juga mendedahkan bahawa Strange lain yang mati, cuba mengambil kuasanya sambil melindunginya daripada sotong yang sama seperti mimpi Stephen Strange. Chavez membawa Strange dan Wong ke mayat Strange yang mati dan mereka menganggap bahawa musuh menggunakan sihir untuk mengejar Chavez.


Strange bertemu dengan Wanda Maximoff, yang telah pun dirosakkan oleh Darkhold dan bertukar menjadi Scarlet Witch. Selepas Strange memberitahu Maximoff tentang gadis itu, dia secara tidak sengaja tersasul dan menyebut namanya walaupun Strange tidak pernah menyebutnya, mendedahkan bahawa dialah yang mengawal makhluk itu. Dia berhasrat untuk mengambil kuasa Chavez untuk bersama anak-anaknya Billy dan Tommy yang diciptanya semasa berada di Westview. Strange enggan memberikannya kepada Maximoff, jadi dia menyerang Kamar-Taj. Semasa serangan itu, kuasa Chavez dicetuskan dan dia dan Strange melarikan diri dalam portal, meninggalkan Wong di belakang dalam kurungan Maximoff. Maximoff mula menjalankan mantra Darkhold yang dikenali sebagai "jalan mimpi", untuk mencari dan mengawal badan versi Wanda Maximoff di alam semesta tempat Strange dan Chavez melarikan diri.


Strange dan Chavez berakhir di alam semesta alternatif, yang ditetapkan sebagai "Earth-838", di mana mereka ditangkap oleh Mordo alam semesta ini. Strange bertemu dengan Palmer dari alam semesta ini yang menamakan alam semestanya sebagai "Earth-616". Mordo membawa Strange kepada Illuminati, yang terdiri daripada Mordo, Peggy Carter, Black Bolt, Maria Rambeau, Reed Richards, dan Charles Xavier. Mereka menerangkan bagaimana Strange mereka menjadi mementingkan diri sendiri dan melulu dalam usahanya untuk mengalahkan Thanos mereka, dan membuat kesimpulan bahawa Strange adalah ancaman terbesar kepada multiverse. Mereka memutuskan untuk membunuhnya yang seterusnya menjadikan Mordo sebagai Ahli Sihir Tertinggi di alam semesta mereka. Illuminati kemudian mendakwa bahawa dia juga berbahaya. 


Scarlet Witch tiba dan menyerang ibu pejabat Illuminati, membunuh Black Bolt, Richards, Carter, dan Rambeau. Xavier memasuki fikiran Maximoff untuk mencari Maximoff-838. Dia gagal membebaskannya daripada Scarlet Witch, yang membunuh Xavier, walaupun Strange, Chavez, dan Palmer telah melarikan diri. Ketiga-tiga mereka memasuki ruang antara alam semesta di mana mereka pergi ke Kitab Vishanti, yang mereka ingin gunakan untuk mengalahkan Scarlet Witch. Namun, dia mengejar dan menyerang Chavez. Scarlet Witch mengawal Chavez untuk membuka portal lain dan melemparkan Strange dan Palmer ke sana. Dia, kemudian, membawa Chavez kembali ke alam semesta utama sebagai tahanan dan memulakan mantra untuk mengambil kuasanya.

Strange dan Palmer memasuki alam semesta yang hampir musnah di mana mereka bertemu dengan Strange lain yang didedahkan telah rosak oleh Darkhold. Strange membunuh Strange alam semesta ini dan membawa Darkholdnya untuk ber"mimpi berjalan'" ke dalam mayat Strange yang mati dari adegan pembukaan dan mengejar Maximoff. Wong dan Strange memerangkap Scarlet Witch dengan sihir. Semasa Wong menahan Wanda, Strange meyakinkan Chavez bahawa dia boleh mengawal kuasanya. Scarlet Witch menewaskan Wong dan Strange tetapi diserang oleh Chavez. Menyedari bahawa dia boleh mengalahkan Scarlet Witch, dia sebaliknya memenuhi keinginannya dan membawanya ke Earth-838 untuk bersama anak-anaknya. Kanak-kanak melihatnya sebagai raksasa dan berlari ke arah ibu mereka. Dia akhirnya tersedar dari khayalannya dan menebus kesalahannya dengan memusnahkan buku di setiap alam semesta. Dia juga memusnahkan makam darkhold yang jatuh di atasnya sehingga nasibnya tidak diketahui. Strange, Chavez, dan Wong kembali ke Earth-616 apabila Palmer-838 kembali ke alam semestanya tetapi tidak sebelum Strange mengaku bahawa dia akan sentiasa mencintainya di setiap alam semesta. Chavez memulakan latihan di Kamar-Taj.


Dalam adegan pertengahan kredit, Strange mengembangkan mata ketiga dan didekati oleh ahli sihir yang menjemputnya dalam dimensi gelap untuk mengelakkan pencerobohan yang disebabkannya.

ULASAN FILEM DOCTOR STRANGE IN THE MULTIVERSE OF MADNESS


JALAN CERITA : Perkara pertama yang aku nak ulas sudah semestinya berkenaan jalan cerita. Motif utama bagaimana watak Scarlet Witch menjadi jahat dalam filem ini sememangnya dapat difahami. Wanda Maximoff cuma mahu bersama anak-anaknya, tetapi tidak sedar bahawa anaknya tidak wujud untuk universenya. Kisah Doctor Strange (2016) juga diteruskan lagi di dalam filem ini. Walaupun kadangkala kelihatan Scarlet Witch mendominasi filem ini, tetapi bagi aku penceritaan dalam filem ini masih mengenai Doctor Stephen Strange.

Multiverse didalam filem ini juga memberikan penonton lebih pemahaman terutamanya apabila kebelakangan ini lebih banyak motif multiverse dipertontonkan bermula dari siri Loki (2021), filem Spider-Man :  No Way Home (2021) dan kini filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness. 


WATAK : Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff dan Scarlet Witch sememangnya adalah MVP untuk filem ini. Sebagai seorang yang mengikuti MCU dari awal, aku melihat bagaimana watak tersebut dijayakan dengan sangat baik, daripada watak sampingan kepada watak berat. Elizabeth Olsen sangat bijak & terbaik!



Benedict Cumberbatch juga perlu dipuji! Seperti biasa, beliau sentiasa memberikan persembahan terbaiknya dalam mana-mana naskhah lakonannya. Di dalam filem ini ada beberapa versi Dr Strange yang dibawakan dengan sangat baik. Xochitl Gomez yang membawakan watak America Chavez juga perlu dipuji. Diusia remaja, beliau mampu membawakan watak dengan baik dan aku harap beliau dan wataknya akan berkembang dalam MCU selepas ini.

Watak cameo di dalam filem ini juga memberikan impaknya juga. Walaupun keberadaan mereka dalam filem ini tidak lama, tetapi impak mereka memberikan kesan terutama pada peminat MCU. 


CGI / KESAN KHAS : Marvel Studios seperti biasa tidak menghampakan terutamanya memberikan filem-filem dengan CGI yang baik. Seperti yang diketahui filem Doctor Strange (2016) memberikan visual yang cukup menarik. Ia diteruskan lagi untuk filem ini dengan unsur multiverse diperkenalkan. 

Watak alien, raksasa dan pelbagai lagi juga bagi aku kelihatan baik. Babak lawan dan aksi juga bagi aku nampak sangat menyeronokkan dengan tambahan elemen kesan khas. Menghidupkan lagi suasana dan melengkapkan babak-babak tersebut.

MUZIK : Pada mulanya aku agak terkilan apabila Michael Giacchino tidak terlibat dengan filem ini. Aku suka muziknya terutama tema untuk Doctor Strange. Danny Elfman yang sudah tidak asing lagi bekerjasama dengan Sam Raimi dalam filem ini menyusun muzik untuk filem ini. Sebenarnya filem ini bukanlah hasil kerjanya pertama dalam MCU. Danny Elfman sebelum ini pernah menghasilkan muzik untuk filem Avengers : Age of Ultron (2015).

Setelah menonton filem ini, pujian patut diberikan pada Danny Elfman kerana berjaya membawa sisi seram (horror) kepada filem ini. Tema Doctor Strange  yang dihasilkan oleh Michael Giacchino juga turut dibawa ke filem ini. Setiap muzik yang dihasilkan mengikut babak memang sempurna. Antara track yang aku suka adalah "Lethal Symphonies". 


TEMA :  Tema seram (horror) dalam filem ini sebenarnya tidaklah melampau. Elemen adiwira masih kuat di dalam filem ini. Cumanya Sam Raimi membawakan elemen yang sinosim dalam pengarahannya yang memberikan feel kepada filem ini bukanlah seperti filem MCU yang pernah ditonton sebelum ini.

Babak mengejut atau "jump scare" yang terdapat dalam filem ini sememangnya elemen yang perlu terutama untuk memperlihatkan sisi seram Scarlet Witch. Sam Raimi sekali lagi membuktikan sentuhan beliau masih mempunyai magiknya.


Secara keseluruhannya filem ini sebuah filem yang menghiburkan, tidak menghampakan, penuh dengan elemen seram juga memperlihatkan Scarlet Witch dengan kuasa penuhnya. Penuh aksi dari awal sehingga ke penghujung dengan elemen MCU yang klisye masih ada tetapi kali ini dalam style Sam Raimi. Oleh itu, untuk filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022) ini aku memberikan :-

BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

Rujukan : -
  • Marvel Studios
  • Disney Plus
  • Google Image
  • Wikipedia

1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah. Dibaginya markah penuh. Iols pun LOVE sangat movie nie, walaupun Scarlet Witch lebih menguasai layar kali ini.

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم