Pengalaman Sertai Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Alhamdulillah, baru-baru ini aku diberi peluang yang sangat berharga untuk menyertai satu program kelolaan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) iaitu program Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora. Program yang disertai seramai 30 pengamal media ini diadakan di Taman Tugu, Kuala Lumpur. Melalui program ini banyak sebenarnya pengetahuan tentang aspek penjagaan alam sekitar yang aku dan rakan-rakan belajar. Selain itu, aku juga dapat berjumpa ramai kawan baru. ✌


ALAM FLORA MENYOKONG AGENDA KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Sebelum bercerita tentang program itu sendiri, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengorak langkah lebih jauh dalam mengguna pakai pendekatan holistik ke arah kelestarian yang merangkumi aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merentas rantaian nilai. Ini dilakukan melalui beberapa program dan inisiatif yang melibatkan pengalihan sisa dari tapak perlupusan dan kemudahan rawatan sisa.

Ketua Pegawai Operasinya, Azahari Zainal Abidin, berkata Alam Flora kini berada di landasan yang betul untuk menambah baik aspek kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antaranya ialah menggunakan teknologi digital dalam operasi hariannya, dengan memantau kenderaan operasinya bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, dan dengan mengurangkan sisa bahan api yang boleh mengurangkan kesan karbonnya.

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Alam Flora juga telah membangunkan Kemudahan Kitar Semula Bersepadu (IRF) untuk mengurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah dan telah banyak mempromosikan program 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan membantu mencapai matlamat untuk mengurangkan sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025.

“Kita harus ingat bahawa mengekalkan persekitaran dan menjaga kebersihan adalah usahasama semua pihak. Untuk melakukan itu, informasi mengenai amalan kelestarian alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima informasi yang cepat dan tepat untuk aktiviti harian mereka.”

SUSTAINABILITY HUNT 2022 BY ALAM FLORA

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Tibalah masanya untuk aku ceritakan pengalaman aku sepanjang program ini berlangsung. Seawal 7 pagi lagi kami semua sudah berkumpul di Taman Tugu. Selesai bersarapan, seterusnya adalah aktiviti senaman untuk regangan badan. Sebenarnya ramai juga peserta program ini yan aku kenal dan pernah jumpa di beberapa acara sebelum ini. Tetapi lebih menarik apabila program ini turut disertai seorang selebriti dan pelakon terkenal tanah air iaitu Ummi Nazeera.

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

PEMBAHAGIAN KUMPULAN: Setiap kumpulan perlulah mempunyai seramai 6 orang. Alhamdulillah, aku bersama dengan rakan-rakan blogger dan juga seorang influencer terkenal dan aku lebih teruja kerana Ummi Nazeera turut menjadi ahli untuk kumpulan kami! Ahli lain adalah Rhys William, Dboy Studio, Chin Yee dan Carol Lam. Kumpulan kami adalah kumpulan Merah.

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora
AHLI KUMPULAN MERAH


Okay seterusnya adalah bermulanya SUSTAINABILITY HUNT! Terdapat 5 checkpoint yang mempunyai tugasan masing-masing. 

CHECKPOINT 1: TRASH ENCYCLOPEDIA

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Di checkpoint ini kami perlu mencari barangan yang disembunyikan sekitar kawasan tersebut dengan menggunakan kompas. Setelah menjumpai barangan tersebut, kami perlu mengasingkan barangan tersebut mengikut tong kitar semula yang sesuai.

Selain itu, untuk setiap barang yang dijumpai juga perlu dipadankan dengan barangan yang lebih lestari untuk alam sekitar. Sebagai contoh, beg plastik dipadankan dengan beg serbaguna yang boleh diguna berulangkali. Di sini aku sendiri dapat belajar sebenarnya banyak barang-barang dirumah yang sebenarnya ada pilihan yang lebih lestari untuk digunakan.

CHECKPOINT 2: SUSTAINABILITY CHAMPION

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Di sini pula tugasannya lebih mudah. Kami perlu menjawab beberapa soalan melalui QR Code yang diberi. Soalan dan jawapannya pula perlu dijawap dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Soalan yang diberikan adalah mengenai jejak karbon atau carbon footprint. Carbon footprint merupakan satu ukuran tentang kesan aktiviti seharian dilakukan terhadap pelepasan gas Karbon Dioksida melalui pembakaran bahan bakar fosil.

Tahukah anda bahawa setiap hari sebanyak 31 billion Tan gas Karbon Dioksida yang dilepaskan diruangan atmosfera? Memang banyak, disini aku dapat belajar bahawa banyak juga aktiviti seharian yang melepaskan CO2 tertinggi. Yang paling banyak pastinya daripada kenderaan yang bernama kereta.


CHECKPOINT 3: THE TREE'S LAST MESSAGE

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Aktiviti disini sebenarnya agak sukar bagi aku. Aktivitinya adalah anda perlu menulis mesej terakhir daripada pokok-pokok yang ditanda untuk ditebang bagi projek perumahan dan sebagainya.  Menulis bagi pihak pokok itu sendiri membuatkan aku rasa sedih tetapi dalam masa yang sama ada rasa geram terhadap mereka yang degil dan membuat operasi pembalakan secara haram. 

CHECKPOINT 4: UPCYCLE

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Recyling adalah proses memusnahkan bahan-bahan tersebut untuk dijadikan barang baru manakala Upcycle merupakan aktiviti yang menggunakan bahan tersebut menjadikannya barang baru dalam bentuk yang asal. 

Aktiviti di checkpoint ini adalah sangat menarik. Setiap seorang daripada kami diberikan baju lama dan unting. Menggunakan dua bahan itu kami perlu menyediakan beg serbaguna yang cantik dengan panduan krew yang bertugas.  Upcycle sememangnya satu aktiviti yang sangat baik kerana dapat mengurangkan kos untuk menghasilkan bahan yang baru.

CHECKPOINT 5:  THE SEED OF LIFE

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

Checkpoint terakhir adalah bercucuk tanam. Di sini kami belajar tentang proses tanaman microgreen. Microgreen merupakan tumbuhan kecil yang diperkenalkan di restoran sekitar California, U.S pada tahun 1980-an. Tumbuhan ini bersaiz kecil tetapi penuh dengan nutrisi, penuh dengan khasiat dan rasa yang sedap. 

Microgreen ini boleh dituai pada 7 sehingga 21 hari selepas ditanam. Sangat pantas bukan?! Selain itu, bekas tanamannya juga kami menggunakan bekas plastik yang kebiasaannya digunakan untuk bawa pulang makanan. 

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

SELESAI

Selesai sahaja di checkpoint 5 maka berakhirlah aktiviti Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora. Sebelum berakhirnya program, majlis pemberian hadiah diadakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang. Untuk pengagihan hadiah, terdapat tiga kategori iaitu Media Arus Perdana, Blogger, KOL dan Influencer. 

Setiap kategori pula akan menerima jumlah hadiah yang sama iaitu, tempat pertama memenangi hadiah wang tunai RM500. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM300 dan RM150. 

Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, tetapi bagi aku sendiri program ini sangat baik kerana memberi kesedaran dan pengetahuan yang lebih banyak tentang betapa pentingnya alam sekitar untuk kita semua.

Apa-apapun aku sekali lagi berterima kasih pada Alam Flora atas jemputan untuk sertai program ini dan diharap agar program ini dijadikan sebagai acara tahunan dan in shaa Allah aku pasti akan sertai lagi!

Sustainability Hunt 2022 by Alam Flora

MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD

Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.


#AlamFloraSustainabilityHunt2022 #JomRawatBumi #BeyondWasteManagement #OnlyOneEarth #WorldEnvironmentDay


10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Best betul dapat join aktiviti macam ni. Nak nak retis sama group pulak tu. Lagi la semangat ye tak?.

    ReplyDelete
  2. aktiviti yang bagus dan bermanfaat mengajar kita utk lebih prihatin dan mengambil berat ttg penjagaan alam sekitar

    ReplyDelete
  3. Wahh best betul bila dapat join aktiviti macam ni. Da lama kan xde aktiviti mcm ni sejak pkp. Sekaligus dapat pupuk semangat cintakan alam sekitar

    ReplyDelete
  4. Menarik juga kan ada activities macam ni. Hopefully next one Nell pun dapat join to learn and be part of this campaign.. We need more of this too!

    ReplyDelete
  5. Bagusnya aktiviti seperti ini.. Pupukkan semangat cintakan dan sayangi flora dan fauna..

    ReplyDelete
  6. Best sangat aktiviti macam ni. Sambil selesaikan tugasan, kita belajar sekali.

    ReplyDelete
  7. Memang bagus initiative macam ni untuk memupuk sustainability living, i had a great time too

    ReplyDelete
  8. Bestnya event macam ni kannn, mendedahkan kita kepentingan hijau bumi.. kalau kat Johor ada, nak gak join..

    ReplyDelete
  9. Ohh wowo....this absolutely gonna benefitted to many. A very good initiative by Alam Flora, hope more programs like this moving forward. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Pernah join sekali memang setiap tahun alam flora buat hunt mcm ni hehehe harap next time ajak kita suka join gak hehehe meriah best walaupun penat sikit

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post